Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, December 31, 2010

2011

Tahun baru datang lagi

Maknanya umur kita makin meningkat

Dan kematian makin hampir

Tanamkanlah azam untuk berjaya bukan saje di dunia

Yang lebih penting berjaya di akhirat


Tahun baru

Bukan hanya pesta untuk menghitung detiknya

Bukan hanya untuk melihat percikan bunga api

Mahupun konsert konsert yang melalaikan

Keesokan harinya tiada apa apa pengisian

Cuma sampah sarap saja yang bertaburan


Tahun baru

Makin dekat kita dengan kematian

Makin banyaklah amalan yang diperlukan

Sebagai bekalan, Sebagai pertahanan

Dari api neraka jahanam










(azam gua tahun ni..biarlah rahsia..)

Monday, December 27, 2010

Apalah Publisiti Murahan


(sila klik gambar untuk membesar bagai juara)

Huh..Utusan Meloya ni buat gua terkejut beruk je. Gua ingat MB gua betul-betul eksiden. Pandai dia buat tajuk berita. Bikin panas!!


Bila gua baca, huh orang lain yang sama nama rupanya, tarikh dia pun 28/8/2009.


Apapun Al-Fatihah buat mangsa dan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.

Perut Menyanyi

Aduh..tadi dah makan. Ni mintak makan lagi. Tak reti-reti kenyang. Nak tambah kolestrol ngan lemak gua la tu. Dengki tengok tubuh sasa gua la tu. Ok lah ok lah..gua nak pi rebus sosej jap. Pastu nak cicah ngan cili sos.


Memang betul la orang cakap yang perut ni bodoh..



Jangan tuannya bodoh jugak udahla..







Laser Cik Kiah Petola

"Amboi..amboi..amboiiiiiiii.....sedap sungguh hang kata kat aku no, mulut hang takdak insurans ka?" Cik Munah Mentimun maki hamun Cik Kiah Petola sambil berlalu..


Cik Kiah Petola memang femes ngan mulut laser beliau.


Orang kampung beliau semua dah paham sangat ngan mulut beliau yang kadang-kadang bau macam longkang tu.


Ketua kampung beliau iaitu Haji Karim Vespa Oren pun dah puas bagi nasihat supaya beliau berubah."Kiah, kamu masih tak ubah-ubah macam dulu jugak ya? rumah kata pergi, kubur kata mari pun kamu masih begini. Aku bukan marahkan kau, coma bagi nasihat. Itupun kalau kau sudi mendengarnya".


Namun, beliau masih tetap dengan hobi beliau yang berkata-kata tanpa berlapik, tanpa kiasan yang akan mengguris hati sesiapa yang mendengarnya jika yang mendengar kata-katanya itu dalam hatinya ada taman. Tak kiralah taman bunga ka, taman mainan ka, mahupun taman sarkis.


Adapun Cik Kiah petola tidak disenangi penduduk Kampung Batang Berjuntai kerana mulut lasernya yang suka laser orang dan suka menjaja cerita orang yang lebih laris daripada penjaja ikan yang menjaja ikan di pasar sehari di muara sungai Kampung Batang Berjuntai, beliau sangat disenangi kerna sifat semulajadi beliau yang sangat pemurah dan jujur orangnya.


Kadang-kadang beliau ibarat internet yang pantas menyampaikan berita terkini walaupon pada masa itu hanya terdapat radio kotak dan piring hitam sahaja yang memutarkan lagu P.Ramlee & Saloma dan lagu pok pok bujang lapuk menjadi siulan anak-anak muda yang lepak di atas jambatan sambil mengacau anak dara yang pulang dari pasar malam untuk membeli bedak paket.


Akan tetapi, seluruh umat Kampung Batang Berjuntai hairan yang amat sangat kerna sudah tidak mendengar lagi bingitan suara becok dan laser Cik Kiah Petola. Ke mana beliau menghilang? Adakah beliau disorok bunian atau hantu kopek? Segenap warung kopi dan warung ais kacang hangat bercerita tentang kehilangan Cik Kiah Petola.


Akhirnya Ketua Kampung, Haji Karim Vespa Oren dan kuncu-kuncunya dapat menemui Cik Kiah Petola bersembunyi di rumahnya dan bukannya disorok hantu kopek. Maka berduyun-duyunla hamba rakyat, orang kampung ada yang datang bertongkat, ada yang datang berlari, ada yang datang berusung, semuanya penuh membuak-buak membanjiri halaman rumah Cik Kiah Petola yang luas nya sekangkang kera yang kalau nak dibuat kebun petola pun tak lepas 5 pokok untuk mengetahui sebab musabab mengapa dan sebab apa beliau bersembunyi dan menyorok diri umpama katak dibawah tempurung.


Akhirnya setelah disoal siasat beberapa purnama oleh skuad CSI yang dibiayai oleh Ketua Kampung beliau, Cik Kiah Petola membuka cerita, membuka rahsia. Rupa-rupanya Cik Kiah Petola sudah tidak bermulut laser lagi kerna laser pada mulutnya sudah kena curi ketika beliau sedang nyenyak tido bersama bantal busuknya dikala bulan bermain biola.


====================================================================


Selepas berpuluh-puluh tahun selepas itu, laser Cik Kiah Petola dapat dikesan muncul kembali di Bukit Jalil, suatu tempat yang jauh sekali dari tempat asalnya Kampung Batang Berjuntai. Laser itu muncul ditengah-tengah keramaian orang yang sedang menonton perlawanan bolasepak di antara negara harimau belang yang menentang negara garuda. Laser itu muncul tiba-tiba di muka penjaga gol negara garuda yang menyebabkan matanya silau ibarat kepalanya. Kemunculan kembali laser ini di Bukit Jalilmasih menjadi bualan hangat sehangat mulut laser Cik Kiah Petola satu ketika dahulu..


Sekian arakian kisahnya..














(haha..lu kena tipu.gua mengarut sebab gua boring, tapi budak yang main suluh laser semalam kalau gua dapat gua bagi lempang berirama sampai dia jadi cerdik. memalukan negara sahaja. apapun tahniah untuk Malaysia. 3-0 amat selesa. tapi jangan lalai)


Sunday, December 26, 2010

Wiki koksey Kokdam


Lu nampak tak gambar kat atas tu?

Cuba lu perati nama negara yang kaler pink air laut tu

Huh..

Negara sial yang dilaknati kan??

Lepas puas duk lukis kartun hina Nabi Muhammad S.A.W

Kali ni nak sabotaj blog gua lak..

Ini mesti pakai CIA, FBI..tak pun Mossad

Ada ati nak jadi silent reader blog gua ye?

Nak intip pergerakan gua ye?

Ingat gua tak tahu

Nasib baik Puan Nuffnang bagitau..

Ingat ni Wikileaks ke?

Lu nak kena terajang ke?

Tak cukup lagi ke ngan bala yang lu dapat?

Gua dengar cite orang yang lukis kartun tu dah mampus!!

Tu baru balasan dunia bai..akhirat nanti tak tahulah..

Lu rasakan lah!!







(hehe..kerek tak gua?)

Lu Memang Tak Patriotik!!

Malam ni perlawanan akhir bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 pusingan pertama kat Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia lawan Indonesia. Suma orang tau. Lu tak tau? Lu peghak!!



Gua bangga ngan budak2 ni.

Dah lama bola Malaysia haprak!!

Tapi ada jugak yang buat gua panas.

Panas ngan orang yang sanggup jual maruah negara!!

FAM dah tetapkan tiket untuk penyokong Malaysia 85,000 & Indonesia hanya 15,000

Malaysia kan tuan rumah

Tapi ada antara lu orang yang haprak sanggup jual tiket tu kat penyokong Indonesia

Semata-mata nak untung cepat..






Lu jijik

Lu tak layak duk kat Malaysia

Lu bodoh

Lu tak patriotik

Lua gua anta kat Papua New Guinea lagi bagus

Biar kanibal kat sana buat sup!!




(ada ke kanibal kat sana?? gua teka je..hehe)

Tuesday, December 21, 2010

Malang Tidak Berbau, Ketiak Lu Yang Berbau

Semalam bila gua bukak je tivi Vok gua, terus kuar berita kemalangan ngeri bas persiaran kat Km 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. Gua terus jadi cuak. Emosi gua sedih bercampur marah. 27 orang terbunuh. 22 orang mati di tempat kejadian.

Kejadian kemalangan bas ni bukan hari ni je gua dengar. Dah acap kali. Tambah-tambah lagi bila musim perayaaan. Tiap kali tu jugak gua ada laporan yang syarikat bas xde permit la, pemandu bas xdak lesen la, bas tu dah ada 10 saman tertunggak la. Macam-macam perkara sial lain lagi la. Semuanya menyalahkan syarikat bas dan pemandu bas.

Pastu sibuk plak tubuh jawatankuasa siasatan tu, jawatan kuasa ni untuk siasat insiden tu. Berduyun-duyun la bapak polisi ngan Jay Pi Jay wat operasi nak tahan bas. Tunggu kat stesen bas. Bukak payung tepi jalan, semata-mata nak pantau bas dan pemandunya.

Tapi bagi gua tu suma fuk!!

Kenapa selepas sesuatu benda tu berlaku baru nak bersungguh nak cegah??

Yang mati dapat idup balik kah??

Yang putus kaki dapat sambung balik kah??

Yang cacat dapat jadi normal balik kah??

Sebelum ni mana lu orang pegi??

Lu orang tak buat kerjakah??

Bila orang tivi datang baru nak tunjuk rajin buat kerja kah??

Itu kerja Lu

Lu kena amik tau

Memang malang tak berbau

Tapi ketiak lu bau masam

Lu ingat pesan gua

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"

Kalo tu pun lu tak ingat..









Lu bangang!!

Sabda Rasulullah S.A.W

Pada akhir zaman kamu orang-orang Islam walaupun ramai ibarat buih-buih dilautan tetapi amat senang untuk diratah oleh orang-orang kafir.



Puncanya..


Apabila umat Islam terlalu cintakan dunia daripada akhirat



Renung-renungkanlah..





(gua tulis ikut pemahaman gua)

Pengucapan Awam

Benda yang gua paling benci

Buat gua ketar lutut

Buat gua tahan kencing

Buat gua tak lena tido

Buat gua tak lalu makan

Buat gua tak semangat lagha main pesbuk

Buat rambut gua gugur lagi..

%$@#&*!%
&?%#&@^@?>":


2 hari lagi nak kena present kat depan bos

Apa pun tak prepare lagi

Sape bleh tolong??

Gua belanja roti najib..





(kalu lu tak tau ape menatang roti najib. gua akan bagitau lepas lu belanja gua prosperity burger. western tak taste gua??)

Monday, December 20, 2010

Gambar rare yang gua snap


Malam semalam gua terpaksa berpisah nga Puan Booluck & anak kesayangan gua untuk kesini. Sebelum naik bas, gua usha kot2 ada awek kat stesen bas tuh. Tapi gua hampa kerna yang ada cuma makcik2 je..hehe

Pukul 11.30 p.m dah..bas 505 belum datang2..gua dah boring. Gua usha sana, usha sini. Boring betul buat orang yang tak suka buang masa macam gua ni, takleh duk diam langsung. Gua pun terpikir nak buat rancangan National Geographic macam kat tv.

Ni la gambar yang gua berjaya snap semasa pengambaran National Geographic tu.





Gua cakap gambar ni rare kerna zaman la ni menatang ni dah tak makan menatang tu.
Menatang ni cuma reti makan whiskas, nasi, ikan & ada yang makan roti ngan kek. Moden betul.

Yang ni boleh dikatakan Retro lagi, kalo orang lah. Orang lain dah isap cigarates. Dia masih isap rokok daun. Rare tak??



(sok keje. malasnya. gaji nak. takleh malas. nanti gaji tak berkat)

Friday, December 17, 2010

Kesah Faking

Arini gua ada azam baru. Azam baru gua sebelum tahun baru. DATANG KEJE AWAL. Huh..riak tak bunyinya? Azam ni gua baru terpikir semalam sebelom tido. Jadi untuk merealisasikan azam gua ni, maka malam ni gua akan tido awal seawal budak skolah tadika.

Azam baru ni menuntut gua bangun seawal mungkin, lebih awal dari ayam jantan berkokok & sebelum embun jantan kering dijilat mentari.

Ini semua kerna faking!!
Nak faking?? Tiada faking!!
Faking la dimana-mana


"Perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor pendaftaran F**K 1234. Sila alihkan kenderaan anda kerna menghalang laluan, terima kasih"

Melatah kawan gua mendengar pengunguman Cik Guard bersuara lemak manis itu.

"Lancau lu" kata beliau..

"Wa dah faking dalam kotak fuk la, nape nak kena alih lagi??"

"Nak faking katne lagi?? fuk..fuk..fuk"

Memang patot pun beliau bengang.

Beliau dah fuk kat tempat sepatotnya, tapi beliau dipersalahkan. Padahal orang lain yang faking merata tak kena fakk pon. Memang fakk!!


Lu tengokla gambar faking ni..keta kawan gua kaler kuning itam ala-ala bumble bee tu dipaksa alih kerna keta viva kontot yang senget tu nak kuar.

Sepatutnya keta kuning taik nga 3 bijik keta bangang kat belakang tu yang kena alih, tak pon bakar terus kerna facking merata-rata. Bukan orang yang fuk kat dalam kotak facking.



Peristiwa hitam yang menimpa kawan gua ni yang mencetuskan azam baru gua tu. Gua nak datang awal-awal. Gua nak faking & block terus kat depan pagar, biar suma orang tak leh masuk. Biar padan muka suma orang termasuk Pak Guard.Hehe..



Gila Khinzir Betul!!






(best tak idea gua?? jangan plak keta gua yang kena bakar. baru padan muka gua)


Monday, December 13, 2010

Mulai Hari Ini

Mulai hari ini..gua tak mau guna aku ngan kau..
Gua & lu baru Rock!! Indie Rawk!!

.
..
...
....
.....
......
.......
........
.........
..........


Gua caya sama Lu!!

Saturday, December 11, 2010

malam itu

malam itu
langkah sayu
tangan kaku
mata layu
demi tanggungjawab
demi sesuap nasi
aku gagahkan juga kesini
meninggalkan kesayanganku

malam itu
aku hairan
aku nak marah
kenapa ramai sangat orang bodoh
kereta bermata satu
motosikal tiada berlampu
f**k u!!

malam itu
kalo kau nak mati
mati sorang2
jangan susahkan orang lain
kau ingat ni tahun 60an?
zaman batu?
naik kereta, naik moto xpayah pasang lampu??
sape kau punya cikgu??

malam itu
aku tetap berlalu
selamat datang kesini
sambil menghitung hari
untuk berjumpa kesayanganku kembali

otak kau otak aku sama saja

otak kita sama saja
apa pon bagsa kita, melayu, cina, india, matsaleh, iban, murut..
tuhan xcipta bangsa ni bodoh, bangsa ni pandai
yang membezakan pandai ngan bodoh seseorang tu bergantung kat diri korang sendiri
pandai guna + banyak fikir = maju jaya & selamat
malas guna otak + banyak tido = bodoh, mundur,haprak..

aku penah dengar orang cakap
otak orang jepun perah2 kua keta canggih, kua keretapi laju
otak orang melayu perah2 kua cekodok..haha
hampeh..

orang jepun bukan bijak sangat, tapi diorang rajin
mereka bukan kreatif, tapi inovatif
mereka bukan mencipta, tapi mengubah ciptaan orang lain
menambah baik, menambah nilai

orang melayu bukan bodoh, tapi korang malas
malas usaha, malas segala2..
suka tido, hiburan, berfoya-foya
suka harapkan subsidi, biasiswa, grant..dll
sebab tu korang ketinggalan..

last skali,otak ni sama saja
rajin explore banyak output
kalau malas, duk kat situ je la

aku nak pesan
jangan samakan otak korang ngan otak udang
mahupun otak lembu & otak2
hahaha..

Thursday, December 2, 2010

Ikhlas..

Kepada sesiapa yang berkenaan..

Kalau anda rasa apa yang anda sedang buat itu ikhlas. Tak perlulah mengungkit. Tak perlulah perli sana - perli sini. Mulut dengan tangan sama banyak bekerja. Kalau tak nak buat bagitau awal-awal. Kami tidak akan susahkan anda. Kita manusia bukanlah semuanya sempurna. Akhirnya..bukan sahaja pahala anda tidak dapat, malahan dosa bertambah.

Fikir-fikirkanlah..




Untuk korang yang ada baby


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...