Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, June 24, 2011

Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia (2) Lubnan (1)

Tahniah Malaysia.

2-1 Menewaskan Lubnan.

Kini, Malaysia merupakan wakil tunggal Asean & tergolong daripada 12 Pasukan Bolasepak Asia yang terbaik.


















Pakai Baju Kuning Setiap Sabtu, Mulakan Dari Esok!!


Your Voice Matters Vote!!




Kuning warna Daulat!




Tak kira lah baju BERSIH ke tidak. Yang penting baju warna kuning. Pakai setiap hari sabtu. Mulakan dari esok.




Bagi Gerombolam kecut!!














15 hari lagi............................

Sekali Lagi with DiGi

The local movie industry has been booming lately, with hit after hit being released this year! The local scene needs all the help it can get, and DiGi has thrown its support behind one of the upcoming movies releasing soon – Sekali Lagi, starring Lisa Surihani, Shaheizy Sam, and Mia Sara Nasuha.









Sekali Lagi tells the story of Arman (Shaheizy Sam) a man with autism who comes across a little girl, Amy, as snatch thieves almost rob him. Amy is a little girl who is smart and independent therefore Arman frequently spends time with Amy, which in turn enables Arman to be more independent. Things take another twist when Arman meets Amy’s mother Sheila (Lisa Surihani), and Sheila soon finds that she’s torn between her boyfriend Faris (Bront Palarae) and the sweet Arman (Shaheizy Sam), with whom her daughter has formed a bond with.

Sekali Lagi is premiering soon, and DiGi wants you to be part of the premiere! Details of the event are as below:

Date: 27 June 2011 (Monday)
Time: 11 am – 2 pm
Venue: TGV Sunway Pyramid

We have 8 pairs of passes to give away to you Angels for the premiere! If you wanna be the first in the country to catch the movie AND to meet the stars in person, all you have to do is tweet the following: “I’m A DiGi Angel, nak pergi #SekaliLagi! @NuffnangMY @DiGi_Telco”.

The first 8 tweets by DiGi Angels will win a pair of tickets to the premiere of Sekali Lagi next Monday! Hurry Angels, submit your tweets now!

Thursday, June 23, 2011

1.Dunia 2. Dunia 3.Dunia 4.Akhirat..Aik Ade Ke Akhirat?

Adakah lu rasa lu cantik bila berpakaian begini?
(sekadar gambar hiasan)








Baju dan Mutiara ribuan ringgit boleh dibeli.


Apakah tudung sepuluh ringgit sehelai tidak mampu dimiliki.

Inilah Contoh "Dunia Didahulukan, Akhirat Dikemudiankan"

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang munafik.




Sama-sama kita fikirkan.

Wednesday, June 22, 2011

Kalau Lu Betul, Buat Apa Lu Nak Takut!!








Kalau lu buat benda yang betul, buat apa lu nak takut?
Kenapa siang malam perlu melatah?
Kenapa perlu upah orang itu, upah orang ini untuk cakap orang ini betul, orang ini salah?
Kenapa panggil samseng ugut sana-sini?
Kenapa orang cakap aman lu cakap kacau?
Semua lu cakap, Semua lu buat betul.



Lancau Lu!!




Gua tau lu sekarang takut kat warna KUNING!!

Sunday, June 19, 2011

Harimau Malaya Tunjuk Belang Di Kota Bharu




Tahniah!!

Tanah Serendah Sekebun Bunga mencatat sejarah apabila skuad Harimau Malaya berjaya menumpaskan Myanmar 2-0 dalam Perlawanan Persahabatan.

Gol dijaringkan oleh Amirul Hadi dan Badrul Bakhtiar.

Syabas untuk Ultras Malaysia terutamanya Ultras Kelantan yang membanjiri stadium keramat kita walaupun hujan lebat, Aura penyokong setia TRW, mula meresap kedalam diri peminat Harimau Malaya.









Go More Malaysia Go More!!

Friday, June 17, 2011

picaGARI




oh murung wajah mu
kusut tak terurus
lemah longlai
bak mayat hidup

insaflah kawanku
usah kau celaru
khayal melayan
syurga sementara






jauhilah
dadah musuhmu
perosak akhlakmu

lindungilah
masa depanmu
usah cemarkannya

ayuh basuh tangan dosamu
pilu airmata ibu mengalir
memikirkanmu

Thursday, June 16, 2011

Dulu Besut Pun Kelantan Jugak

Maka tidak hairanlah bila..



Jiwa Mereka Tetap Jiwa Kelantan, Semangat Mereka Semangat Tok Janggut Bukan Semangat Haji Abdul Rahman Limbong



Anak Terengganu, Kelantan Pelihara / Bela




Siap ada akaun Facebook lagi




Go More Kelate Go More!!












Orang Dulu..Laga ayam punya pasal, kampung tergadai..Bodoh macam Pak Kaduk!!








!!

Apabila Hukum Agama Dipersendakan












Nak buat lawak ke, nak bodek ke, agak-agak ar. Lu ingat hukum agama boleh buat main-main ke?

Anonymous Dah Godam Website Kerajaan!!

V for Vandetta





Hebat betul mamat-mamat hackers ANONYMOUS ni. Mereka panggil OPERATION MALAYSIA. Gua ingat saje je, tapi diaorang hacked betul-betul. Tu la kerajaan asyik-asyik nak sekat tu, sekat ni. Semua tak boleh. Internet is Freedom!!

Godam jangan tak godam. Biar pakar IT Kerajaan buat keje sikit. Ni tak, asyik-asyik update status pesbuk & update anti virus je kejenya..haha


Ni senarai website yang dah kena hacked.









Ada yang Switched Off terus, ada yang kena hack tapi dah pulih, ada yang tak pulih-pulih..haha



Pesbuk Cuti-Cuti 1Malaysia yang berkos 1.8juta tu xkena hack ke? haha

Gerhana Bulan

Semalam tepat jam 3.18 a.m. terjadinya fenomena alam gerhana bulan penuh.

Salah satu bukti kekuasaan Allah S.W.T.



Fenomena Gerhana Bulan Penuh terjadi apabila Bumi berada betul-betul diantara Bulan dan Matahari, dan menyebabkan Bulan dilindungi bayang Bumi daripada menerima cahaya Matahari.







Harini Google pun pakai tag Gerhana Bulan.





SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Wednesday, June 15, 2011

Nora Elina

Gua sangat tak puas hati sebab siri drama Nora Elina yang menjadi kegilaan para wanita disiarkan pada pukul 7 petang hingga 8 malam.






Waktu Maghrib!!







Orang azan kat masjid, peminat drama ni duk bersidai depan tv.




Memang Taktik Yahudi.


Tuesday, June 14, 2011

Cuti Sekolah Ibarat Hari Raya Di Kelantan

Dua minggu lepas gua bersama keluarga ada balik ke Kelantan sempena cuti penggal persekolahan. Walaupun gua bukan cikgu dan anak gua belum bersekolah tapi gua tetap mahu balik kampung waktu cuti sekolah.

Cuti Sekolah = Hari Raya

Ye betul!!







Di Kelantan apabila tiba musim cuti sekolah, maka akan bergendanglah periuk dan belanga, akan tumbanglah ribuan ekor lembu, akan sibuklah si tokey ayam, akan kalutlah si penjual santan, pesilat teguh menyusun langkah, kumpulan dikir barat gendang bergendang, maka bergembiralah para kedua mempelai.

Di segenap ceruk kampung dan bandar sarat dengan kenduri kendara. jalanraya, jalan kampung penuh adanya dengan jentera besi yang hingar bingar menuju kerumah sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Yang jauh sudah didekatkan, yang dekat sudah dimesra-mesrakan dan yang mesra sudah diserasi-serasikan.

Begitulah hebatnya kenduri-kendara di Kelantan.

Walaupun Negeri Kelantan tidak banyak tempat pelancongan menarik seperti mana di Terengganu, namun ia tetap menjadi pilihan pelancong disebabkan keunikan rakyatnya yang mesra, peramah dan berbudi bahasa. Negeri yang kaya seni budaya. Makanan yang enak walaupun agak manis semanis senyuman orangnya.

Silat, Wau Bulan, Wayang Kulit, Dikir Barat, Mak Yong, Kertuk, Rebana Ubi, Gasing, pendek kata ADO BELAKO.


Itu belum lagi tempat membeli-belah. Walaupun di Negeri Kelantan tiada pusat beli-belah sehebat Pavillion, Suria KLCC, Mid Valley dan lain-lain pasaraya besar kepunyaan kapitalis barat yang tidak perlu dibanggakan, Gua amat bangga dengan reputasi Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor yang sentiasa penuh dengan pengunjung tambahan pula pada musim cuti sekolah. Ada yang datang dengan kereta dan ada yang datang dengan bas. Nak cari parking keta pon susah, kalau ada pun jauh sangat, nak kena jalan kaki pulak. Masing-masing kiri kanan tangan penuh dengan beg plastik hasil belian. 99% peniaga adalah orang melayu kita. Ini akan meningkatkan lagi taraf hidup dan pendapatan bangsa kita.


Pintu masuk Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Gua bangga kerana rakyat Kelantan mempunyai sifat dan semangat berniaga yang tinggi. Mereka usahawan sejati. Di Kelantan anda tidak perlu bersusah payah hendak ke pasar untuk membeli ikan, ayam dan daging serta sayur-sayuran kerana di tepi-tepi jalan sudah banyak gerai-gerai yang menjual semua itu tumbuh bagai cendawan. Ayam, ikan daging, sayur semuanya fresh. Tidak seperti di pasaraya yang dijual semuanya sudah disimpan di dalam peti sejuk dan ais.


Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang




Woi dah lari topik la..gua dah melalut..gua chow dulu..


Apa pun dari gua..


" Kelantanese The Great"




Monday, June 13, 2011

Oh Wanita..

Gua jadi hairan bilamana seorang wanita yang gua tengok susuk badannya sudah kurus tapi masih mengatakan dirinya sudah gemuk dan mengeluarkan statement yang beliau sedang berdiet untuk menurunkan berat badan. Walhal kalau dalam bahasa kasar beliau sudah tergolong dalam golongan "cicak kobing"

Gua tak nafikan semua itu kerana kaum wanita tersangatlah unik, mereka diciptakan dengan sifat yang tiada pada kaum lelaki, iaitu cintakan kecantikan.







Kerana sifat semulajadi inilah yang membuatkan mereka masing-masing berlumba-lumba mencuba pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat dipasaran. Samaada yang mempunyai sijil dari Kementerian Kesihatan atau tidak. Itu tidak mereka pedulikan. Apa yang penting "Kecantikan". Tambahan pula produk yang menjadi dutanya adalah artis-artis yang terkenal dan cantik. Maka laris bagai pisang panas lah produk tersebut.

Dari segi pakaian pula, kaum wanita kalau tidak keterlaluan gua katakan adalah pengikut tegar dunia fesyen di dunia ini. Mana tidaknya, kebanyakkan 'fashion show' yang diadakan 90% peragawati-peragawati memperagakan pakaian untuk kaum wanita. Paling ketara yang dapat kita lihat bilamana pasaraya-pasaraya mengadakan promosi jualan. yang paling ramai memenuhi dan berebut-rebut beg tangan dan kasut tumit tinggi adalah wanita. Kaum lelaki hanya melihat dari jauh isteri-isteri mereka bagai dirasuk memilih pakaian, beg tangan mahupun kasut yang mereka idamkan sambil menyedut rokok dunhill dan berkira-kira berapa yang patut dibayar sekejap lagi.

Walauapapun, bagi gua, tanpa wanita cantik dunia ini tidak akan berseri..hohoi..








p/s : Untuk mendapatkan berat badan yang cantik..cubalah Produk TRA daripada NU Skin. Anda boleh dapatkannya disini..TRA. Untuk maklumat lanjut tentang produk NU Skin, sila klik di sini NU SKIN. Bini gua dah cuba, hasilnya memang 'A' lah!!


Cuti Sekolah Sudah Tamat



Harini sekolah dah bermula semula. Ramai murid sekolah yang susah bangun pagi kerana dah dua minggu tak bangun pagi. Masa cuti kalau bangun pun sebab ada cite kartun yang best waktu pagi. Mandi Pagi!! lagi la..sejukkkkk..







Cuti sekolah juga ibarat hari raya. Mana tidaknya, seluruh pelusuk kampung penuh dengan kenduri kawin. Gua terima jemputan berderet-deret sampai tak tau yang mana patut pergi. Nak pergi semua, pengsan gua..

Yang pasti..9 bulan akan datang akan penuhlah hospital-hospital dengan ibu-ibu yang bersalin.

InsyaAllah..ramaila umat Nabi Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini.


Ustaz gua ada bagitau, setiap pasangan yang berkahwin akan membuatkan syaitan menangis.

Apa Yang Gua Nampak



Daripada pemerhatian gua selama gua hidup.

manusia yang memandu kenderaan tanpa menyalakan signal ketika membelok adalah manusia yang...



"Tiada Akal"







Gua Tak PAHAM!!

Rasionalisasi subsidi.

Penyelarasan Harga Bahan Api.

Tarif Elektrik Akan Disemak.

Subsidi akan jadikan negara kita bangkrap.



Faking!!






Tiap-tiap hari dalam tv duk ulang benda yang sama.

Adakah negara kita betul-betul tenat?

Woi dari dulu kami dapat subsidi.

Kenapa pemimipin dulu tak bising??

Lu pulak yang bising pasal negara bangkrap.

Lu tak reti ke atau buat-buat tak reti?

Lu hanya reti habiskan yang mana ada..


Lancau lu!!

Sunday, June 12, 2011

Yang Lepas Usah Dikenang

Adoi, dari semalam sampai ke harini mood gua masih suram. Gua percaya mood fans The Red Warriors yang lain pun sama. Tambah lagi fans yang ke Stadium Bukit Jalil dari Kota Bharu. Gua dah boleh bayang dah, dalam perjalanan balik semalam atau harini masing-masing tak bercakap.

Bagi gua sepatutnya, pasukan Kelantan dah patut menang Piala FA semalam, tapi mereka cepat leka dan membiarkan pemain Terengganu menjaringkan gol pada saat-saat akhir perlawanan.







'Gua salute pemain pasukan Terengganu yang tidak pernah berputus asa sehingga ke saat akhir'

Gol penyamaaan dari pasukan Terengganu semalam adalah berpunca dari tandukan pemain Kelantan sendiri iaitu Daud Su.

Disebabkan jaringan sendiri Daud Su semalam, beliau dikecam hebat fans Kelantan.

Harini saja dekat 10 page mengutuk dan 'back up' Daud Su wujud di pesbuk.







Bagi gua, yang lepas usah dikenang. Kita fokus pada Liga Super & Piala Malaysia.

Gomo Kelate Gomo!!






p/s: gua dengar berita ada fans yang Red Worrior yang meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa perjalanan balik. Al-Fatihah.

Saturday, June 11, 2011

Sokongan Kami Zaman Berzaman

Dari Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai sampailah ke Gua Musang.

Kereta, Bas, Teksi, Kereta api, Kapal Terbang & Motosikal.

Semangat Cik Siti Wan Kembang & Tok Janggut Kami Bawakan.

Ke Bukit Jalil Penuh Impian.








Piala FA mesti di bawa pulang.

Sokongan Kami Bukan Kepalang.



Sokongan Kami Zaman Berzaman!!







GOMO KELATE GOMO!!

GOMO KELATE GOMO




Pertembungan Dua Gergasi Pantai Timur. Kelantan vs. Terengganu. Untuk Merebut Piala FA. Di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pahlawan Merah akan buatkan Penyu menangis lagi.



GOMO KELATE GOMO!!


InsyaAllah Kelantan Menang..







Amin.

Wednesday, June 8, 2011

Jiwa Kelajuan Lagi..V-Tec Plak

Gua tak berapa minat kereta prang..tapi gua tujukan untuk lu yang minat V-Tec.



Iklan Nuffnang




Bagaimana Turbocharger Berfungsi

Kalau lu jiwa kelajuan macam gua, lu kena layan ni..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...