Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Sunday, July 31, 2011

Esok Puasa?



Jika ditakdirkan Allah S.W.T anak bulan Ramadhan kelihatan malam ini. InsyaAllah mulai esok kita akan menyambut Bulan Ramdahan Al-Mubarak. Bermakna esok kita akan mula berpuasa dan malam ini kita akan mula sembahyang tarawih.


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Kelebihan Bulan Ramadhan

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)



Syukurlah kita kerana Iblis dan Syaitan telah dibelenggu pada bulan ini. Tingkatkanlah ibadah. Jauhi perkara yang dilarang. Jadikan bulan ini suatu permulaan perubahan dalam hidup kita.




Mudah-Mudahan Kita Diberi Pengampunan Oleh Yang Maha Esa.




Lu Setan, Pergi Main Jauh-Jauh..








Thursday, July 28, 2011

Siapa Baham Siapa?


Aum..Aum..

Harimau Mesti Baham Singa!!

Malaysia Mesti Menang







Jangan lupa pakai Jersi Kuning malam ini!!










Tags: Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014, Harimau Malaya, Rajagobal, Malaysia, Singapura

Tuesday, July 26, 2011

Makan Sikit-Sikit Bukan Sikit-Sikit Makan



"Makan Sikit-Sikit Bukan Sikit-Sikit Makan"


Bunyi seakan sama tapi maksud berlainan.
Makan sikit-sikit bermaksud, makan dalam kuantiti yang sedikit & mengikut keperluan.

Sikit-sikit makan bermaksud, makan secara kerap atau sekejap-sekejap makan.


Impak dari
kedua-duanya amatlah berbeza. Sebagai contoh, Makan sikit-sikit membuatkan badan kita sihat dan tidak terdedah kepada obesiti atau penyakit-penyakit lain yang berpunca daripada makanan. Dari segi agama pula ia bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi 'Makan apabila kamu lapar dan berhenti sebelum kamu kenyang'.







Keadaan kedua, Sikit-sikit makan. Walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi dalam keadaan yang kerap menyebabkan kuantitinya menjadi banyak. Sebagai contoh, setiap dua jam, makan sepinggan nasi atau makan coklat dan makanan ringan. Makan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit. Rata-rata rakyat Malaysia apabila umur mencecah 50'an, pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis mula dikesan. Semua penyakit-penyakit ini datangnya daripada pemakanan yang tidak sihat. Dari segi produktivi kerja pula, produktiviti kerja akan menurun disebabkan kerana pekerja asyik makan dan lepak dikedai kopi dan ini akan mengganggu kerja mereka.


Gua sebut pasal makan ni sempena menghangatkan suasana menyambut Ramadhan yang akan menjelma minggu depan. Bulan Ramadhan, bukan hanya kita mengawal nafsu makan sahaja.,nafsu marah, nafsu syahwat, mata, telinga, mulut, kaki, tangan semua kena jaga daripada membuat perkara maksiat atau dosa yang boleh membatalkan puasa. Sembahyang 5 waktu, sembahyang sunat, membaca Al-Quran adalah amalan yang digalakkan.

Bulan puasa semua syaitan akan dikurung, kalau lu masih buat maksiat & buat jahat jugak, maka lu lebih jahat daripada syaitan. Wallahualam.



Takbirrrrrr.....


Sunday, July 17, 2011

Gua Nak Jual ECU / Computer Box Jeep Cherokee




Salam semua,

Gua ada nak jual satu barang susah dapat 'rare' - Jeep Cherokee 2.5cc Manual ECU / Computer Box.

Kondisi beliau berfungsi dengan cemerlang. Gua nak jual sebab Jeep Gua dah 'upgrade' enjin Toyota Soarer 1JZ-GTE.

Harga gua bukak RM2,200.00 cash!! Barang 'rare' harga pun 'rare'.


Sape cepat dia dapat. Call Gua 016-980 9246.







Barang - barang Jeep Cherokee yang lain untuk dijual :

1) Alternator - RM350.00
2) Radiator - RM350.00
3) Intake + Throttle Body - RM999.00
4) Cylinder Head - RM800.00
5) Dashboard + Meter - RM550.00


Barang lain :

1) Intercooler 1JZ - RM250.00
2) Toyota Soarer 1JZ-GTE ABS Pump - RM1000.00



Kondisi semua barang baik & cemerlang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...