Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, August 26, 2011

26 Ramadhan

Ustaz Azhar Idrus
Melda Ahmad
Najwa Latif
Ainan Tasneem
Fynn Jamal
Cikgu Shida
Fatin Fadzil
Mat Luthfi


Sekadar menyebut beberapa nama.

Lu kenal tak sape mereka-mereka ni?

Mereka-mereka ni.

Made in Youtube!!


Tapi yang paling Gua suka & respect Ustaz Azhar Idrus

Ustaz yang cool & sempoi, berdakwah menggunakan Youtube.


Ish..dok rok cetong..


Sekarang ni, mana-mana masjid beliau pergi ceramah. Mesti full.

Inilah berkat guna teknologi dengan cara yang betul.

Bukan macam sesetengah pihak yang gunakan TV & suratkhabar untuk menghentam orang lain sahaja.

Diri sendiri semuanya betul. Ada kuasa semua boleh buat.


Dia sebenarnya lupa ada lagi yang Mahakuasa darinya.








Wednesday, August 24, 2011

Diam-Diam Rabu #1








Tuesday, August 23, 2011

Satu Hari Di Bulan Puasa

Kelihatan mulut kecilnya terkumat kamit seperti membaca jampi serapah, sambil itu beliau berpaling ke arah Gua yang sedang bersandar di sofa sambil menonton berita-berita bodek di peti televisyen sementara menunggu bilal melaungkan azan maghrib yang menandakan sudah masuk waktu berbuka bagi seluruh kawasan yang sama waktu dengan rumah Gua.


Gua buat tak peduli, "Ish dari mana budak ni belajar buat mulut macam ni?" bisik hati kecil Gua yang tulus suci.


Tapi makin lama, makin kuat mulut kecilnya berkumat-kamit. Gua mula respon.


"Oh ini muka manja mohon simpati, Oh mulut kumat-kamit ni tandanya lapar" Gua berfirasat.


"Tak mungkinlah, susu dah minum dua botol tak kan lapar lagi?" Hati busuk Gua cuba protes.


"Budak nak membesar memang perlu makan banyak, macam aku dulu la" Hati suci Gua membalas lagi tapi kali ini tacklenya sedikit keras.


Lalu dengan susah payahnya dan berbekalkan sumber tenaga yang masih ada berkat bersahur dengan gulai kurma ayam yang bini Gua masak, Gua gagahkan jua tulang empat kerat ini untuk bangun walaupun sekali sekala kedengaran urat belikat yang tersimpul berteriak kecil apabila ditegangkan menandakan Gua tidak muda seperti dulu.


Destinasi yang dituju adalah bahagian dapur, atau yang lebih tepat lagi ke "peti sejuk". Untuk ke sana Gua tidak memerlukan pertolongan GPS kerana tidak mungkin gua akan tersesat di dalam rumah Gua sendiri
yang luasnya hanyalah 1:20 daripada banglo mewah milik Dato' Yusuf Haslam yang terkenal dengan drama bersiri 'Gerak Khas' dan 'Si Capik'. Itu semua Gua tak peduli kerana amal ibadat yang boleh dibawa mati dan bukannya banglo mewah. Gua ingat lagi pesan Ustaz Gua, hidup ni kena 'Wasatiah'.


Berbalik kepada cerita Gua tadi. Pintu peti sejuk itu Gua buka sopan sambil mata melilau-lilau mencari apa yang boleh dijadikan santapan untuk anakanda tersayang.


"Apa kata kalau bagi Nestum Ok jugak, kenyangnya sampai ke malam" bisik hati Gua gembira.


Setelah puas menggeledah peti sejuk kesayangan bini Gua yang sarat dengan jajan-jajan beliau akhirnya Gua temui juga tupperware yang mengandungi bijirin Nestum anakanda Gua. Maklumlah, peti sejuk tersebut kali terakhir Gua membukanya dua bulan lepas. Gua tak suka makanan atau minuman sejuk.


Lalu tupperware Nestum Gua capai lembut sambil tangan kiri memegang mangkuk "Dora" kesukaan anakanda Gua.
Tangan kanan gigih membuka tutup tupperware tersebut.


"Oh bijirin Nestum sekarang amat kasar dan tidak sehalus yang Gua makan sewaktu Gua bayi dulu" fikir Gua sambil cuba mengimbau kenangan manis sewaktu menjadi bayi lama dahulu.


Bijirin Nestum tu Gua masukkan kedalam mangkuk "Dora" dan Gua campurkan sedikit air panas lalu Gua gaul dengan penuh kasih sayang dan dengan rasa penuh tanggung jawab sebagai seorang ayah yang mithali. Bismillah Gua baca dalam hati.


"Sudah tiba masanya untuk kamu makan wahai anakku" kata Gua tenang sambil anak Gua tersenyum melihat Gua datang bersama mangkuk "Dora" nya.


Gua duduk bersila dihadapan anakanda Gua dan bersedia untuk menyuapkan beliau bijirin Nestum yang Gua buat sendiri, tiba-tiba..


" Awat ayah duk pi suap OAT tu kat anak? Oat tu mami punya, bukan untuk baby" kata bini Gua sambil meniru loghat Penang berkat suka makan laksa Penang.



Kata-kata bini Gua membuatkan Gua terus meluru ke dapur mengambil baldi dan syampu lalu membasuh kereta dan motor serentak walaupun tak kotor sambil dalam hati Gua berkata,



"Cis macam mana Gua boleh tertukar Nestum dengan Oat".



Hari itu berlalu tenang sambil dalam hati Gua bertekad " Gua taknak tinggal solat terawih lagi".








Sunday, August 21, 2011

Lu Nak Duit Raya??

Kalau Lu nak Lu join la ChurpChurp!

Ajak kawan join pun dah dapat RM1.

Hari Raya Lu lebih bermakna dengan ChurpChurp!!














Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?






Saturday, August 20, 2011

10 Yang Terakhir

Pada 10 yang terakhir..


Hendaklah Lu menghidupkan malam Lu dengan :

- Membaca Al-Quran
- Sembahyang Tahujud
- Sembahyang Sunat Taubat
- Sembahyang Sunat Hajat
- Berzikir
- Mencari keredhaan Lailatul Qard



Janganlah Lu berjaga malam semata-mata untuk :

- Membuat biskut raya
- Melepak di Kopitiam
- Melayan Facebook
- Merempit
- Bermain Mercun
- Berkaraoke





Kerana Ramadhan kali ini mungkin Ramdhan terakhir untuk Lu..


Siapa tahu??









Thursday, August 18, 2011

Gua Salah Seorang Darinya..









Patutlah Gua ni hensem, genius, gagah perkasa dan disukai cewek-cewek ganteng. Baru sekarang Gua tau sebabnya.





Lu semua jangan dengki sama Gua tau!!

Tuesday, August 16, 2011

10 Moto Paling Laju Di Dunia..Setakat Ni La..

10. Ducati 1098s – Top Speed: 169mph (271km/h)



9. BMW K 1200 S – Top Speed: 174mph (278km/h)



8. Aprilia RSV 1000R Mile – Top Speed: 175mph (278km/h)



7. Kawasaki Ninja ZX-11/ZZ-R1100 – Top Speed: 176mph (283km/h)



6. MV Agusta F4 1000 R – Top Speed: 176mph (299km/h)



5. Yamaha YZF R1 – Top Speed: 186mph (297km/h)



4. Honda CBR1100XX Blackbird – Top Speed: 190mph (310 km/h)


3. MTT Turbine Superbike Y2K – Top Speed; 227mph (365 km/h)



2. Suzuki Hayabusa – Top Speed: 248mph (397 km/h)





1. Dodge Tomahawk – Top Speed: 350mph (560 km/h)









Gua rasa moto EX5 pun dah laju..





Monday, August 15, 2011

Haru Di Bulan Ramadhan


Lu kenal menatang ni tak??



Kalau lu tak kenal, Gua pasti bini lu kenal. Lain lah kalau Lu ni jenis adik-adik.




Semalam, anak Gua telan menatang ni sampai habis. Gua & bini Gua?? Ternganga tido. Maklumlah puasa..hehe


Gua tanya misi, misi cakap menatang ni bahaya kalau telan. RACUN. Apalagi, Gua pecut moto Gua pegi beli air kelapa. Nasib baik antibodi anak Gua kuat. Alhamdulillah setakat ni tak apa-apa kejadian yang tak baik yang berlaku.











p/s: Lu agak gua & bini Gua bleh dapat anugerah Ibubapa Cemerlang tak??





MEMPERSEMBAHKAN...







Inside Warriors - Majalah RASMI TRW
PROMOSI sempena Perlawanan Persahabatan Selangor vs KELANTAN
di Stadium Shah Alam | 17 Ogos 2011 | 10 malam |



KINI DIBUKA untuk tempahan :


Pakej A :

Pembelian 100 naskah keatas dengan harga RM 4.00 senaskah.

**Penghantaran disediakan untuk kawasan Lembah Klang & Kota Bharu.



Pakej B :
Pembelian 10 naskah keatas dengan harga RM 4.00 senaskah.

**Khidmat penghantaran tidak disediakan.



Turut dijual di pada hari perlawanan (Selangor vs KELANTAN ) di Stadium Shah Alam dengan harga RM4.50 senaskah.


KEPADA YANG BERMINAT, sila hantarkan :

1) Nama Penuh

2) Nombor Kad Pengenalan

3) Alamat
4) Bilangan Naskah
DAN emailkan ke : rwcreative@ymail.com

STOK TERHAD : "first come first serve"





Gua salute pasukan & penyokong TRW, semangat kecintaan pada TRW yang begitu kuat. Rasa-rasa Gua, TRW ni dah ada lebih dari 50 jenis produk sendiri seperti Baju, Topi, Payung, Keropok Segera dan macam-macam lagi. Untuk maklumat lanjut, lu klik The Red Warriors.


Gua rasa TRW ni dah macam pasukan EPL dah..perghh..





Saturday, August 13, 2011

Benda Paling Rare di Bulan Ramadhan

Kalau kat Amerika, kat Iraq, kat Russia ada Bazooka ada rocket launcher.



Kita sebagai penduduk Tanah Melayu harus berbangga kerana kita punya senjata yang tak kurang hebatnya.


















Walaupun hebat, ianya tak merbahaya. Tembak lembu pun tak mati. Paling kuat pun tukang tembak yang putus jari. Tu la, penyakit sape suruh cari. Kah Kah Kah...








Thursday, August 11, 2011

Buoh Kekoh Chaa



Salah satu kueh yang pemes pada bulan Ramadhan.
Onde-Onde atau nama lain Buah Melaka.
Kueh yag dibuat daripada tepung gandum dan didalamnya berintikan gula melaka.
Di bahagian luar pula disaluti isi kelapa muda yang dimesin halus.
Rasanya manis dan lemak berkrim.







Itulah sebabnya Gua suka "Buoh Kekoh Chaa"

Tuesday, August 9, 2011

Kegilaan Wanita Berfesyen

Sepatu








Boots






Beg Tangan







Tudung / Selendang







Cermin Mata Besar












Ada banyak lagi, tapi Gua dah tak larat nak upload. Broadband Gua dah slow macam siput.

Apa yang dipakai, apa yang peragakan terpulanglah pada citarasa dan kemampuan diri sendiri. Asalkan menutup aurat dan tidak mendatangkan perasaan menunjuk-nunjuk kerana itu boleh mendatangkan dosa.

Berfesyen tak salah kalau tahu batasnya dan kena caranya.

Ok?

Harini ada berita baik. Kakitangan Awam dapat bonus separuh gaji. Kaum wanita mesti dah tersenyum lebar dan dalam kepala terkenang beg raya, kasut raya, baju raya..haha. Apa yang penting, utamakan keperluan.
Wassalam.


Bonus..Bonus..Bonus..



Friday, August 5, 2011

PUASA bukan PESTA MAKAN!!

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


Alangkah baiknya jika kita dapat mengamalkan apa yang Rasulullah S.A.W amalkan sewaktu berbuka. Bersederhana dan berpada-pada.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, Gua bukan kata kat orang lain, tapi kat diri Gua sendiri.

Pasar Ramdhan tumbuh bagai cendawan bila tiba bulan puasa. Pelbagai jenis makanan dijual. Kueh-mueh pelbagai warna, lauk-pauk pelbagai rasa, baunya perghh bisa menggugat iman perut yang sedang berpuasa. Apabila tiba saat itu, perut telah menggantikan otak. Segala perbuatan dan percakapan telah dikawal oleh perut, bukannya lagi oleh otak.


"sedap-sedap belaka"

Maka oleh yang demikian, tangan akan mula tunjuk makanan tu, kueh ni, mulut akan muncung tunjuk lauk tu, air ni. Kesannya ber'plastik-plastiklah' makanan yang dibeli tanpa mengira boleh dihabiskan atau tidak. Apa yang hairan, kenapa apabila bulan puasa saja kueh-mueh pelbagai jenis boleh muncul? Di bulan lain takde?

Setelah poket yang tadi tebal menjadi sedikit nipis, maka berarak pulanglah pengunjung pulang kerumah dengan perasaan gembira sambil tidak sabar-sabar menunggu azan maghrib berkumandang. Saat yang dinanti tiba, kueh ditibai, nasi dibedal, air dibantai. Akhirnya tersandar di dinding kekenyangan, lebih parah jika terlelap akibat perut penuh. Solat maghrib entah kemana, makanan yang dibeli banyak tadi tidak kehabisan lalu dibuang.


PUASA bukan PESTA MAKAN!!

Tapi PESTA AMAL IBADAT!!



Sungguh bermakna jika duit yang digunakan untuk membeli makanan yang berlebihan itu dijadikan sedekah pada bulan yang mulia ini, atau makanan yang dibeli berlebihan itu disedekahkan kepada jiran tetangga atau mereka-mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat sama-sama merasa. Selepas berbuka terus solat berjemaah maghrib, isyak, dan tarawih. Suasana malam dihidupkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir yang indah dan bukannya bunyi mercun dan meriam buluh yang berdentum-dentam....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...