Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Monday, January 31, 2011

The Green Hornet











Gua rasa satu satunya sebab gua nak tonton cite ni pon pasal keta dia yang power, tu je.





Lagha lagha gua tak layan!!

Sunday, January 30, 2011

Bang Bang Boom

Bodoh punya Bang Bang Boom


Dajal orang sampai nak terkencing


Haha..kesian budak tu, siap nyanyi lagu rock kapak lagi



gua simpati nih!!









Gua prank baik punya!!

Pedas nak mampos!!

Sampai arini gua masih trauma lagi ngan ikan bakar yang gua makan kat Port Dickson aritu.



Pedas nak mampos!!


Nak bunuh orang ke ape?



Patutla kat Negeri sembilan ada tempat nama Pedas.

Friday, January 28, 2011

Bodoh!!


Gua ada terpikir semenjak dua menjak ni otak masyarakat melayu kita banyak diperbodohkan dengan cite cite atau filem filem antu, tahyul, kurafat, cinta, lawak bodoh dan sial..


Anak anak & budak budak kecik dah diajar takut pada antu, bukan pada tuhan


Budak budak sekolah & para remaja diajar cara bercinta
sebab tu kes buang anak makin banyak

video 3gp suma budak melayu jadi pelakonnya


Suma tu bagi gua sangat bangang..



Woi..pak menteri!!



Mai sini gua nak bagitau lu


Kalau lu nak negara lu & rakyat maju, lu kena haramkan suma yang bangang bangang

Lu kena banyakkan cite cite pasal sains, agama, hidup bermasyarakat & nilai nilai murni lain yg diajar dalam pendidikan moral.. :p


Ni tak, antu antu, cinta, antu, cinta, antu, cinta..sampai meleleh..


Atau lu nak rakyat jadi sama bangang macam lu??


Jadi bodoh supaya rakyat tak bangun menentang lu??





Lancau Lu!!








Si Kecil Yang Berhati Mulia



Itu gelaran gua kat anak gua yang bagi gua sangat comel

Walaupon baru masuk 2 bulan, beliau sudah mahu meniarap & bercakap


"Ekong..Ekong"... ayat peberet beliau.



Kecik kecik udah Champion


Mengalahkan gua sebagai bapanya..


Mana nak tumpah gulai kalau tak ke nasi dagang..


Huh..tiba tiba gua rasa lapar..


Blah dulu..





"Ekong ekong"

Tuesday, January 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..arini gua dah launch kedai online family kecil gua. gua jual semua barang asalkan halal. Ni logo kedai online kami. Kalau lu nak shopping, jom terjah FB ni A.I.A SHOP







Amacam..logo cam logo superhero tak??


Lu kena doakan bisnes gua berjaya sampai ke peringkat obersea tau.

Mana Hilang Suma Gambir Sarawak??

Abis kecoh pasal suma gambir Serawak dah hilang.

Abis pokok gambir kena tebang.

Membuatkan harga gambir melonjak dipasaran.






Rupanya suma kena tibai sama itu orang tua kawin awek Lubnan.

Kasi lumur satu badan, kasi keras itu barang.



Hahahahahahahaha..hahahaha
hahahahahahahahah..



Lu xcaya??

Tanya itu Raja Brooke!

Sunday, January 16, 2011

Jenis Jenis Pemandu Yang Gua FAKK!!

1. Jenis yang keluar simpang merayap macam siput BABI sampai gua kena tekan brek takut terLIWAT BONTOT kereta dia.

2. Jenis nak masuk simpang tak bagi signal. suka hati mak bapak dia je. Gua ingat kalau dapat gua nak patakan tuil signal dia sekali ngan tuil wiper sekali biar padan muka.

3. Jenis main SMS.

4. Jenis BEROMEN dalam keta.

5. Jenis laju tapi tak pakai otak.

6. Jenis bawak keta sampai basikal pun bleh potong.

7. & Jenis jenis bahalol yang lain.




Semua orang boleh pandu kereta. Tapi Bukan semua orang pemandu berhemah.





Lu ada dalam senarai di atas??

Bukan Duit Lu. Apa Nak Kesah!!

"Ok, untuk penduduk kawasan ni gua bagi peruntukan 40juta, untuk pertubuhan ni gua up peruntukan 2 juta, sejuta wat baiki bangunan, sejuta untuk operasi. Mana lagi rakyat miskin gua nak bagi duit? Pilihanraya nanti jangan lupa undi gua & kroni gua"

"Bini gua nak duduk hotel 100k satu malam pon gua tak kisah. Duit banyak. Lagi pun bukan duit gua"


"Bila duit dah abis, gua naikkan harga minyak & barang, Apa gua nak kesah!!"








LU LANCAU!!

Thursday, January 13, 2011

Mencari Konklusi

Gua rasa gua dah dapat jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah faking kat tempat keje gua yang memang fuk abis. Save Cost, Save space, Go Green!!












====================================================================







Paksa suma orang datang keje naik beskal. Pastu sidai camni, cam orang sidai baju. Baru cepat kering beskal korang.haha.. Tapi gua tengah pikir gak cara nak sidai beskal tu kat atas sana.




Lu agak agak kalau pakai galah boleh lepas tak??

Lu Pikir La Sendiri


Lu rasa Mat Rempit tu ke Bapak dia yang tak dak otak??

Gua rasa dua dua takdak otak..hahaha

Tuesday, January 11, 2011

Malaysia Ke Arah Menjadi India Dan Indonesia

PULAU PINANG 10 Jan. - Dua anggota polis cedera ketika cuba melarikan diri daripada dicekup sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang awam di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 1.30 petang, kedua- dua suspek sebelum itu meminta sogokan bagi melepaskan dua 'orang awam' terbabit yang ditahan setelah berpura-pura melakukan kesalahan lalu lintas.

Difahamkan, SPRM sebelum ini menerima banyak aduan orang ramai mengenai kegiatan rasuah melibatkan anggota polis di kawasan berkenaan.

Bertindak daripada maklumat diberikan, SPRM memasang perangkap bagi menahan suspek.

Ketika ditahan, suspek meminta wang daripada 'orang awam' tersebut supaya tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Semasa mahu menyerahkan suapan wang tunai RM800, dua lagi pegawai SPRM muncul dan cuba menahan suspek.

Kedua-dua suspek cuba meloloskan diri semasa hendak digari tetapi terjatuh sehingga mengalami cedera ringan sebelum berjaya diberkas.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, tinjauan di Hospital Pulau Pinang mendapati kedua-dua suspek dilihat keluar dari Unit Kecemasan hospital berkenaan kira-kira pukul 7.15 malam selepas menerima rawatan.




Wah, polis kita dah nak jadi Inspektor Shahab..No money yillek!!

Semua sudah pandai mintak pelincir..

"Ada pelincir baru sedap bangat pak., baru masyuk" kata Ariel Peterporn

Amanah

"Jika seseorang manusia itu tidak sanggup dan tidak boleh menerima amanah sebagai khalifah di muka bumi ini, baik dia letak jawatan sebagai manusia"

: Pengarah SPRM Negeri Pahang






Gua rasa manusia jenis ni kalau letak jawatan sebagai manusia, mungkin boleh jadi binatang atau gunung ganang. Tapi yang gua musykil, kalau jenis manusia yang terima amanah, tapi pecah amanah nak jadi apa??


Binatang & Gunung ganang tak boleh dah. Mereka lagi mulia.



Nak jadi Biskut pun biskut lagi mulia.


Pam basikal, troli supermarket, bantal busuk, tv LCD, atap nipah, nasi goreng pattaya, air mineral, duit syiling 5 sen, baju kelawar, panty liner, tiang gol.......semua tak boleh. Beliau beliau tersebut mulia dan suci.


Gua ingat orang yang "pecah amanah" ni memang tak dak tempat la kat muka bumi ni.




Gua rasa lori najis pun tak nak terima orang macam ni.



Bila mati kubur berasap.....

Ali Baba & 40 Orang Penyamun


"Yang pangkah Kuning tu mungkin rumah Kassim Baba, Yang Pangkah Merah tu jamban taik chip" kata Sarjan Pendek.

"Bodoh!! abis duit aku beli minyak wangi nak bagi 40 ekor penyamun mandi" kata Chip.


====================================================================


Lu pernah tengok Ikan Kelisa tak?


Cantik dan mahal kan?


Tapi Kelisa kat atas bodoh macam "jamban taik".
Busuk dan jijik.


Kerana tuannya datang kerja lewat & jalan jem, terus parking keta kat situ serta berlari lari anak untuk mengetip kad kedatangan (punch card - sastera abis ayat gua) tanpa mempedulikan keadaan lalulintas di belakangnya yang statik akibat dihalang oleh jamban taik tersebut, ibarat longkang tersumbat, pampers disalahkan. Kata Karam Singh Walia.


Kemudian selepas 10 minit beliau datang semula dengan buat buat muka tak bersalah dan kontrol ayu untuk mengalihkan "jamban taik" tersebut dari membuat onar disitu. Itu pun setelah mendapat cacian dan makian yang tidak terkira banyaknya daripada pemilik pemilik kereta sukan (sport) di belakangnya.


"Dia tu memang fishball la, eh silap selfish betul. Eh, bukan selfish ni jual ikan ke?? Dah 10 tahun makcik keje sini tapi tak pernah lagi kejadian seumpama ini berlaku. Nasib baik besar, kalau kecik makcik dah vacuum keta tu" kata saksi kejadiaan, seorang Makcik Cleaner yang berlalu setelah ditempeleng bosnya kerana curi tulang semasa kerja.


Menurut Jabatan Perumahan pula, pangkah kuning menunjukkan yang rumah rumah Kassim Baba telah dibina diatas tanah haram kerana tanah halal telah dipenuhi rumah lain. Oleh itu, pemilik rumah terbabit juga boleh disabitkan kesalahan dan boleh dijatuhi hukuman sula dengan lidi satay 4 hari berturut-turut atau lari dalam guni dari Perlis sampailah ke Sabah, yang mana lebih ringan.


Jabatan Perpaduan & Andartu pula menyatakan, yang kita sebagai rakyat 1Malaysia harus menghindari sikap "jual ikan" atau "selfish" ini untuk kesejahteraan kaum dan kroni kroni terlibat. Selepas diminta wartawan untuk membuat ulasan mengenai kenyataan Mak Cik Cleaner itu tadi.


Kini pemilik "jamban taik" itu menanggung malu yang tak terhingga akibat perbuatan terkutuk beliau setelah diejek bertubi-tubi oleh Persatuan Cleaner SeMalaya yang di ketuai Mak Cik Cleaner tersebut.


"Tak malu..Jual Ikan Yey..Jual Ikan Yey.."


Itulah ejekan yang sering berkumandang setiap kali pemilik "jamban taik" itu melalui wilayah jajahan Mak Cik Cleaner dan kroni kroninya.


Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Gua!!




Ana..

Tahniah abang ucapkan kat Ana kerana berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu Ke 25 semalam. Abang mintak maaf banyak banyak sebab tak dapat bersama meraikan kejayaan Ana semalam kerana Abang amat sibuk menguruskan hal rumahtangga sepeninggalan Ana di rumah.

Di sini ada beberapa perkara Abang nak ingatkan Ana :

i) Sebelum Ana keluar semalam pintu umah Ana tak kunci. Ana ingat ni umah kebajikan ke?
ii) Kain baju seminggu dah berlambak tak berbasuh. Dah bau longkang dah.
iii) Lampin anak nape tak tukar?? dah berkulat Abang tengok. Kesian budak tu.
iv) Abang balik keje semalam lapar tapi Ana tak masak apa pun..huh
v) Cik Joyah datang tanya pasal duit kutu. katanya dah tertunggak 3 bulan. Ape cite??






Dah dah mai balik ni. Yang menang semalam tu Ana Rafalli. Awak tu Ana Binti Ramli. Jangan nak mengada ngada.

Pendurhakaan Tiga Abdul

"KAFA tak kisah pemain nak pindah kemana..tp mereka wajib beritau 60 hari sebelum kontrak tamat supaya kafa ada waktu runding dgn pemain ganti...ini tak pernah beritau hingga skrg.yg ada SMS nak naik gaji Dan itu pun telah di layan..menyusun team bukan kerja 2 minggu.. sy merancang setahun lebih awal...SAMPAI MASANYA PEMAIN JUGA DITUNTUT BERSIKAP PROFESIONAL SEPADAN GAJI BERBELAS RIBU"

"Dlm bolasepak kelab selalu d tuduh tak jaga kebajikan pemain,tak byr gaji, tak byr epf dll..tapi bila kelab tunai segalanya APA PULA TANGGUNGJAWAB PEMAIN PD KELAB?..SUSAH SGT KAH PEMAIN YG BERGAJI BERBELAS RIBU NAK TULIS SURAT 2 baris MENJAWAB NOTIS KELAB.ADILKAH MENINGGALKAN KELAB CARA MENDADAK HINGGA KELAB TERSADAI TANPA PENGGANTI?"

: Tan Sri Annuar Musa










Gua rasa tiga Abdul ni bukan tak nak tulis surat notis. Tiga Abdul ni memang terer main bola. Cuma Tiga Abdul ni tak reti menulis dan membaca...haha..

Sunday, January 9, 2011

Budu Yang Gua Suka



Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Sumber : Wikipedia




Baru gua tau.patutla gua kacak & bijak.huh..Budu yang gua suka lebih best dari ribena. Pasni gua nak buat MLM jual budu. Jual Budu dapat point, dapat melancong. Amacam?? Lu nak joint??


Wednesday, January 5, 2011

ADM = Alam dan Manusia

Gua masih ingat lagi masa gua baru darjah empat. Subjek ADM. Subjek yang gua paling suka. Subjek yang mengajar gua dan kawan kawan gua mengenali tentang manusia, haiwan dan tumbuhan. Cikgu ADM gua plak baik. Kalau tiap tiap hari belajar subjek ADM pun gua nak. Tapi sekarang ni subjek ni dah tak de lagi. Ganti ngan subjek Sains dan Kajian Tempatan kot. Serius gua rindu subjek ni.


Cite bergambar ni pon gua kaitkan ngan Subjek ADM sebab nak menunjukkan kat lu yang gua sayang subjek ni. Betul,gua tak tipu..




Menantang ni namanya ketam nipah. Bapak gua tangkap menatang ni kat sungai kat kampung gua. Orang kata Menatang ni kalau rebus dan dimakan boleh buat ubat demam denggi. Boleh jadi jugak.





Ini plak namanya Burung Gembala Kerbau. Berapa banyak kerbau beliau gembala pon gua tak tau, tapi dah namanya begitu. Burung ni gua tangkap sebab beliau datang umah gua dan terlalu jinak. Esoknya beliau didapati hilang dari bilik tahanan kemungkinan di culik atau meloloskan diri..tapi gua syak bapak gua yang lepaskan..hehe






Kalau tadi kita belajar tentang spesis fauna.Beliau ni dari spesis flora pula. Nama beliau kalau gua tak silap "bonsai cina". Bonsai ni milik pak cik gua. Ada dalam 30 pokok. Tapi malangnya semasa ketiadaan pak cik gua di rumah. Bonsai ni telah dicuri menggunakan lori..haha.Oleh yang demikian, pak cik gua telah merantai kesemua pokok bonsainya kerna semasa dicuri bonsai terbabit tidak menjerit meminta tolong.




Sekian pelajaran kita hari ini..

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini harga petrol ron 97 naik lagi 10 sen menjadi RM2.40/liter

Bekalan minyak masak tiada dalam pasaran. ~disorok untuk naikkan harga.

Bekalan kelapa & santan juga tiada dalam pasaran.~ dulu santan sekilo RM6. Sekarang RM12/kg.

Bulan lepas harga gula mencatat kenaikan RM0.20 menjadi RM2.10/kg.

Semuanya naik naik naik dan terus naik..

Cuma hujan je yang turun tak henti henti membuatkan mata gua layu.








(lu bayangkan harga minyak petrol tahun 2020, mau RM15/liter)

Tuesday, January 4, 2011

RARE!!

"Pelik nya nama anak, nama ayah dia lagi pelik" kata misi pada Puan MamiBooluck


Helo puan Misi..


Ni baru RARE..



Lu mana tau..

Monday, January 3, 2011

Bahaya!!

Gua bagi warning kat lu orang. Jangan minum teh timbang lagi sebab ada pewarna tiruan yang merbahaya.



Lu degil, Lu tanggung!!

Sunday, January 2, 2011

Mata Gua Pedih

Pandu kereta 360km

Negeri penyu gua rentasi

Hujan renyai renyai

Sekejap hujan sekejap panas

Tido tak cukup

Neon lampu isyarat memboringkan

DJ radio cakap macam gampang

Tabah.Sabar.Tekun.Usaha

Akhirnya gua sampai ke sini

Cukup cukup gembira dan bahagia





Kerna bersama sama anak dan isteri terchenta..














(gua nak tido kerna hari esok kerja)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...