Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, March 17, 2011

Lu rasa ok tak?





Kalau gua pakai Jeep Cherokee macam ni pastu sangkut enjin Jepun macam Nissan RB20 ke RB25 ke SR20 ke, takpun Toyota 1J.


Baru Maskulin..kan? kan?


Mesti awek-awek kerja Mydin berebut nak add gua dalam pesbuk.


Huh bangga sungguh gua.



Ingat nak pakai Hummer terus. Tapi duit gua lagi singgit tak cukup nak membelinya..haha





Semoga Maju Jaya

Minggu yang sudah gua dan keluarga kecil gua pulang ke kampung halaman gua di tanah serendah sekebun bunga kerna gua ada misi yang perlu gua selesaikan.



MISI GUA BESAR!! (bukan misi kat hospital yea)



Bukan hanya untuk gua.

Tapi untuk ramai orang.

Lu tau kan gua ada jual itu tayar punya mesin??

Itu hari kawan gua ada order untuk dia punya kedai. Beliau baru nak belajar berniaga. Perniagaan yang beliau pilih adalah perniagaan kedai tayar . Ini kerana beliau tahu beliau mempunyai seorang kawan yang agak terer, boleh diharap dan berpengalaman dalam bidang ini disamping kacak dan gagah perkasa. Lu tahu itu siapa?..gua tulis blog ni sambil hidung gua kempas kempis. Bukan bermakna gua takbur atau perasan. Tapi dah kenyataan. Gua pasrah..

"Tyre Changer, Wheel Balancer, Air Compressor, Impact Wrench, Floor Jack, Tool & Spana"


Semua dah siap siaga..



Tayar 12, 13, 14, 15, 16, 17..semuanya datang bergolek-golek.


Semuanya gua dah setelkan..Cuma tunggu masa untuk dijual.


Beliau hanya perlu cuci kaki sahaja dan terus mula berniaga.

Gua tak dapat nak muat naik foto-foto kedai beliau kerana telefon gua mengalami bekalan bateri yang tidak mencukupi disebabkan terlalu banyak panggilan dari rakan niaga yang gua terima dan buat termasuklah pangilan-pangilan misteri dari awek-awek cun yang mahu mengorat gua. Tapi lu tahu kan.Gua hanya setia pada yang satu..?? :p


Encik H dan Puan F..gua doakan perniagaan lu berdua berjalan lancar dan maju jaya hendaknya.


Jangan lupa buat semayang hajat dan doa selamat sebelum mula berniaga!!


Sentiasa positif!!


InsyaAllah berjaya!!














p/s: ada masa nanti gua akan paparazi dan muat naik foto-foto cun kedai beliau berdua.


Sunday, March 6, 2011

Perniagaan Yang Bangsa Kita Masih Kurang




1. OTO AUTOMATIC TYRE CHANGER SINGLE PHASE (WITHOUT ARM)
2. OTO WHEEL BALANCER
3. 3HP ADACHI AIR COMPRESSOR
4. 3 TON JACK GARAGE X2

F.O.C:
- 1/2" AIR IMPACT WRENH X2
- JACK STAND 1 PAIR


Kalau lu orang berminat nak buat bisnes tayar, jangan malu jangan segan nak hello gua. Gua sedia membantu dari mesin hingga ke tayar. Pendek kata dari A - Z.


9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dan murankanlah rezeki kami di dunia dan di akhirat.


Amin.

Thursday, March 3, 2011

Nombor 4 Dari 5 Perkara

Dah lama gua tak update blog tak best gua ni. Masuk je tahun baru dua ribu sebelas ni & bulan bulan mendatangnya gua sudah dan akan terus menyibukkan dan disibukkan dengan kekangan kerja yang menimbum menimbum dan berlambak lambak serta mendambakan gua untuk keluar dari stesyen gua (outstation).


Dalam sebulan tiga hingga empat kali gua dipaksa dalam rela untuk keluar dari stesyen gua ke sana sini untuk menjalankan tugas gua sebagai secret recipe agent..hehe. Lu mana tau. Bulan dua yang lepas, gua tiga empat kali terpaksa ulang alik ke ibu kota yang penuh pancaroba untuk melaksanakan tugasan gua. Bulan tiga ni gua tetap kena ke sana dan ke Negeri Dibawah Bayu untuk memenuhi tuntutan tugas gua sebagai VVIP. Kalau setakat ke ibu kota gua memang tak kisah sebab gua boleh angkut anak dan bini gua sekali. Tapi kali ni memang agak sukar untuk gua mengangkut dua orang yang gua sayang itu kerana kekangan kos pengangkutan yang agak mengekang poket gua. Mereka terpaksa gua tinggalkan buat sementara waktu. I'll gonna miss them so much..(dalam hati gua pun ada taman..haha)


Tapi apakan daya, Saya Yang Menurut Perintah.


Sedih gua sedikit terubat kerna kawan gua kat sana cakap awek2 Philiphines kat sana cun cun & sexi. 12 hari di sana boleh la gua panjat gunung yang ada di sana. Woi lu jangan pikir bukan bukan, yang gua maksudkan adalah Gunung Kinabalu. Ini kalau bini gua baca ni mau kecik ati beliau ni.hehe..tapi beliau amat tahu yang suami beliau adalah seorang suami & seorang ayah yang mithali. Mana mungkin gua pandai bermain kayu tiga, main konda kondi ngan kayu ria (joy stick) gua pandai la.


Bila tiba masa sibuk ni, gua rindu saat saat gua pegi keje naik moto kecik gua, walaupun top speed nya hanya 80KM sejam, kadang kadang gua makan asap moto roda tiga penjual ikan. Tapi gua rasa seronok. Gua rindu nak tido dalam stor waktu rehat. Gua rindu nak makan mee singapore yang bini gua masak bila gua balik keje. Gua rindu nak peluk cium anak gua. Gua rindu semuanya.


Lu orang kalau belum sampai no 4 dari 5 perkara, gunakan ia sebaik mungkin.












(p/s: mana tisu ni, gua nak nangis)

Ingat 5 Perkara, Sebelum Datang 5 Perkara

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati







Kalau datang yang nombor 5 tu memang takdak sape2 bleh tolong dah!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...