Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, May 27, 2011

Harini Hari Jumaat

Gua rasa cukup-cukuplah gua lagha kat sini. Gua nak gi semayang Jumaat ni. Lu pon kena pegi.











Lu jangan cakap lu uzur!!

Thursday, May 26, 2011

Kerja Sambilan Gua

Gua sekarang dah ada part time job. Gua dah jadi Takafulman. Huh!! Apakah itu?



Takafulman, Bertukar!!









Kerja gua melindungi anak-anak kecil supaya pelajaran dan masa depan mereka terjamin.


Macam superhero plak gua ni. Ni lah logo Takafulman gua!!





Kalau lu nak gua lindungi anak-anak lu atau nak maklumat yang lebih lanjut. Jangan malu-malu nak helo gua : 016-9809246.


Motto Takafulman : "Jangan Biarkan Masa Depan Anak Anda Diselubungi Kegelapan"


Amacam best tak motto gua. Sambil cari rezeki, sambil tolong orang.







p/s: Bini gua juga ada produk yang boleh buat bini lu slim+shape= CUN.
Nak tau klik sini BARANG BAIK

Anak Gua & Klinik

Semalam gua ada pesan kat anak gua suruh dia tido awal sebab harini dia kena pegi klinik untuk cucuk 6 bulan.


Harini dia bangun lewat & menangis. Mengamuk. Beliau tak mahu pergi klinik.

Bila cakap tak jadi pegi klinik harini, terus beliau OK & senyum seperti biasa.



Sangat bijak & cerdik budak sekarang, teringat plak masa gua umur 6 bulan dulu.


Mana tumpahnya kuah kalau tak ke roti canai.



Tuesday, May 24, 2011

1JZ - GTE Twin Turbo


Semalam lepas pusing punya pusing kedai potong, lepas kasut kawin gua jadi hitam kena minyak itam. Setelah berpanas, berhujan dan bersesak-sesak di jalanraya dan di lebuhraya. Akhirnya emas dari Jepun yang gua cari berjaya dijumpai. Lepas ni akan bermulala satu project yang gua namakan "Projek Ah Ah". Bukan main susah mahu mendapatkan beliau kerana permintaan terhadap beliau amat laris macam goreng pisang panas Mak Cik Kalsombi.




Kod E-JZZ30 gua rasa dari Toyota Soarer, bukan Supra. Gua kurang pasti sebab bodypart dah tiada. Tapi ianya masih enjin yang sama macam Supra.



Halfcut 1JZ ni kian pupus, sama seperti kawan-kawan beliau yang lain seperti 1G, 2JZ, RB26, RB26, RB25, RB20, SR20DET, CA18DET dan lain-lain. Ini kerana di Negara Jepun kereta-kereta yang menggunakan enjin yang sedemikian telah hampir pupus akibat dasar automotif negara matahari terbit itu yang membenarkan sesebuah kenderaan itu berada diatas jalanraya hanya untuk tempoh lima tahun sahaja. Kemudian kereta-kereta ini dijadikan kereta skrap dan dieksport kenegara-negara membangun. Enjin-enjin dari kereta generasi baru ni gua rasa macam takleh blah je. Gua rasa engineer sekarang ni terdiri daripada budak-budak skema yang dapat kerja kat kilang kereta disebabkan pointer yang cemerlang. Ah merepek plak gua..cis!!






Nantikan Kemunculan "Projet Ah Ah" gua pada entry yang akan datang. Gua lapar, nak pegi makan burung merpati jap.

Sunday, May 15, 2011

Anak Gua & Pantai

Seminggu dua ni kehidupan gua dan anak gua amat sinonim dengan pantai. Tiap tiap petang dia ajak gua pegi pantai.

.
..
...
....
.....

Belum sampai pantai sudah tido.





Memang perangai budak kecik!

Huh..

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

“Wahai Tuhanku, kasihilah kedua ibu bapa ku, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi ku & mendidik aku waktu kecil.” [Al Israa’:24]




Selamat Hari Ibu gua ucapkan pada "ma" gua
Semoga Allah panjangkan umur & murahkan rezeki
Serta diberikan kesihatan untuk beribadat

Supaya mendapat tempat dikalangan orang-orang yang beriman
Diakhirat kelak
Amin.




Tuesday, May 3, 2011

Gua Ada Berita Terbaru!!

Breaking News..!!

.
.
.
....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Osama Bin Laden Called Obama
.
.
.
.
.
And
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Said "I Love The Way U Lie"..

Kematian Osama Bin Laden. Satu Propaganda?





WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. [Msian Insider]



Hasil siasatan, terbukti kematian Osama Bin Laden hanyalah propaganda Obama dan Amerika Syarikat.



Gua pun rasa ini propaganda Amerika & Yahudi.


Mari Gua kantoikan Amerika & Yahudi.


Lu renung-renung & fikirkan gambar ini baik baik.



Gambar Osama Di Berita TV Pakistan



Gambar gigi waktu hidup & mati adalah sama




Luka dari Orang lain di'paste' ke gambar asal



Pembohongan yang KANTOI














Gua rasa kerajaan Amerika ni tak belajar dari kesilapan kerajaan Malaysia. Nak buat video ke, photoshopped ke, kasi le nampak ori sket. Orang sekarang dah makin cerdik













.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...