Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Wednesday, November 30, 2011

KEPUTUSAN ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011

KEPUTUSAN ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011

1.Kelab Terbaik: PKNS
2.FA Terbaik: FA Selangor
3.Pemain Harapan: Wan Zack
4.Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti
5.Penyerang Terbaik: Mat Yo
6.Midfield Terbaik: Shafiq Rahim
7.Defender Terbaik: NorHafiz Zamani Misbah
8.Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Apek)
9.Anugerah Supermokh: Mat Yo


Kategori pemain dipilih oleh 28 jurulatih dari liga Malaysia. Manakala FA terbaik dipilih oleh Jawatankuasa Pertandingan FAM.


Cuba teka siapa pemilik jawatan Jawatankuasa Pertandingan FAM ini. ? Misi 33 diteruskan??




Tahniah untuk semua pemenang kecuali kategori FA terbaik dari KOKSEY KOKDAM.







Saturday, November 26, 2011

Salam Muharram 1433 - Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada Akhir waktu Asar petang ini 26 November 2011. Ini kerana di dalam Islam hari baru bermula selepas Maghrib dan bukannya pada pukul 12 tengah malam.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AKHIR TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



DOA AWAL TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.








Gua : Inilah cara menyambut tahun baru cara Islam, bukan dengan konsert atau nyanyian yang melalaikan. Bukan dengan bunga api atau 'count down' di Dataran Merdeka. Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara. Akhirat sana kekal selamanya.



Friday, November 25, 2011

Carok Air

"Uje turun berek berek jak kemarin dulu ni lagumano la mek mung wei, carok air abih dohla tebaka kito" rintih Seleme sambil menggulung rokok daunnya bersama tembakau cap kapal terbang.


"Nok wak lagumano cik dio wei mugo loni puye dio" jawab Mek Joh kepada suaminya.


"Aku ni buke gapo, tebaka ni kalu carok air, abih punoh daun dio. Nok jual laku berapo sen jah. Modal abih beribu doh" kata Seleme yang bersimpuh di serambi rumahnya.


"Tok soh duk mikir sangat gak cik mung, gapo hok tuhe buat ni ado hikmoh blako, kalu dio tok turun uje, kito pakat ngepek kato kemarau pulok. Ni dio wi uje pon kito duk ngepek jugok. Keno belajar bersyukur la etek cik mung, kito ni tuo doh" Mek Joh menasihati suaminya.


"Mung tau gapo mung oghe tino!!" Seleme mula meninggikan suaranya.


"Yak kelih bokte cik mung ni tokde apo-apo bekeng selaluh, jak mudo pah ko tuo perangai bekeng tu tok abih-abih. Hoh ambik kopi ni, minum molek panah tuh, kea nepoh bibir mulut tu!" kata Mek Joh sambil menghulurkan secawan kopi cap badak sumbu kepada suaminya yang mula melenting bila diberi nasihat olehnya.


"Tok lamo lagi skoloh nok buko doh, baju skoloh Mek Ani keno beli hok baru mugo dio naik tingkate satu, tok ke nok pakai baju skoloh derjoh ne lagi. Kasut skoloh Mat Ju, Satar, Ripin nga Minoh aku tengok soyok rabok doh. Keno beli hok baru, malu kokre la anok gi skoloh pakai kasut soyok." Seleme berhujah mengenangkan 5 orang anaknya yang masih bersekolah sambil menghirup kopi cap badak kegemarannya.


"Kito beli koho-koho la cik mung, beli sikit-sikit. Kalu beli skaliguh gak berat jugok braso. Nanti ambo tengok hok mano buleh pakai kito toksoh beli lagi." Mek Joh memberi pendapat.


"Tu tok masuk yurea skoloh lagi tu. Buku skoloh lagi. Seribu riyal tok cukup. Pening palo skakloh." Seleme mula membuat kira-kira.


"Emm..nya ado la rezeki tuhe bui, kito pakat-pakat do'o la ko tuhe" Mek Joh redha akan nasib keluarganya.



"Tu jah hok mung tahu" rengus Seleme.




Dari jauh kedengaran bunyi deruman enjin motosikal menghampiri rumah mereka yang mematikan perbualan mereka suami isteri yang semakin panas.



"Assalamualaikum..Mea..Ooo..Mea..Ado dumoh ko?" Sohok, jiran sekampung mereka memberi salam.


"Waalaikummusale..Owh mung Sohok, aku ingat sapo mari tadi. Mapuh gak dulu muto tu, nok kecek pon tok dengar" jawab Seleme yang mengenali Sohok dari kecil lagi.


"Aku loghat ni Mea. Aku mari ni ado hajat besar" jawab Sohok dengan nafas yang turun naik.


"Kalu yo pon loghat mari la naik alah katah rumoh ni dulu" Seleme mempelawa Sohok.


"Smula la Mea, aku mari ni nok mitok tulung mung ganti aku jago stor padi Pok Su Amid tu buleh ko dok? Aku ni keno gi Kola Lupur rumoh anok aku sebab bini dio nok branok. Busuk-busuk pon duo bule jugok duk sano. stor tu tak dok oghe nok jago" Sohok menyampaikan hajatnya.


"Bakpo aku pulok?" tanya Seleme.


"Ho la mugo dale kapong ni, mung soghe jah hok mudoh basso. Dekpon puye uje ni aku tau mung tokke nok gi padde nok nane tebaka. Pade dok sajo baik aku wi ko mung ganti aku kijo jago stor. Gaji dio buwi 1500 riyal sebule. Ko lagumano?" Sohok membuka jalan.


"Pah Pok Su Amid tahu ko?" Seleme bertanya lagi.


"Aku kecek doh nga dio kemarin, dio royak bereh doh. Dio pon kenal mung, oghe juruh, pe'el perangai comei" Sohok memuji Seleme.


"Mung nih pah ceghoh main angin aku" Seleme merendah diri.


"Pah mung nok ko dok nih? Aku nok jawapea slaluh nih. esok aku naik bah gi KL doh" Sohok ingin kepastian.


"Molek benar dohtu cik mung gapo hok Sohok tawar tu, terimo jo la. Lagipon tokke sebule puye uje ni nok duk dumoh sajjo jah, lamo kea tok berasap la dapur kito. Sohok toksey naik ko, ubi rebuh cicoh gulo ado ni?" sampuk Mek Joh yang baru keluar dari dapur.


"Takpo la Joh wei, aku mari smeta jah ni. Banyok kijoea lagi ni aku keno pelesar. Lagumano Mea? Oghe tinno mung pon setuju doh tu" ujar Sohok.


"Doh kalu gitu gak bulehla Sohok wei, oghe kato rezeki jange tolok. Pah bilo aku buleh start kijonyo?" tanya Seleme.


"Esok pon buleh doh" jawab Sohok.


"Kalu gitu gak terimo kasih banyokla Sohok wei, mung banyok tulung aku" Seleme berterima kasih.


"Alohla Mea, mung nga aku saing jak kecik lagi, kito ni supo adik bradik doh. Kalu gitu lepah ni aku telepon ko Pok Su Amid royak pasal ni. Pahtu aku nok mitok diri dulu la. Nok gi beli krepok lekor nok wokgi KL esok" Sohok membalas dan meminta diri.


"Tok apola, kalu ado gapo-gapo mung telepon katku deh" kata Seleme.


"Ok begheh boh, Assalamulaikum.." salam Sohok sambil berlalu.


"Walaikummussale.." jawab Seleme dan Mek Joh serentak.




"Hoh lagumano cik mung, jolo dok gapo hok ambo royak tadi, tuhe ni maha adil, maha pemurah. Dio tarik koktu Dio buwi kokni. Dio nok tengok kito ni bersyukur ko dok" kata Mek Joh kepada Seleme.


Seleme tidak menjawab dan menghabiskan kopinya tadi sambil merenung jauh dalam hatinya mengenangkan kata-kata isterinya tadi. Seleme mengucapkan Alhamdulillah.


Hari itu berlalu pergi bersama aliran hujan yang turun laju membasahi bumi.









p/s : Kalau tak faham sila tanya Sabri Yunus. Gua tak Sorok Bau Budu..haha.
Gua dalam mood banjir. Banjir macam pesta kat kampung gua.
















Thursday, November 24, 2011

Hari Ini Pada Tahun Lepas

Hari ini pada tahun lepas.
Selepas sembilan bulan 10 hari dinanti.
Lahir seorang hamba Allah yang gua sangat sayang.


Hari ini selepas setahun.


Selamat Hari Lahir Wan Abir Rawdha Binti Wan Aerry.
Semoga kamu panjang umur & dimurahkan rezeki.
Semoga kamu menjadi anak yang solehah, anak yang menghormati ibubapa.
Anak yang berjaya di dunia & di akhirat.
Amin.







Ayah Sayang Kamu






Monday, November 21, 2011

Makan Budak!!


Gua dah ada 5 batang gigi..



Lu langsi..Gua gigit
!!








Sunday, November 20, 2011

Gelora Bung Karno Bergelora Lagi

21 November 2011 sekali lagi Stadium keramat Timnas Indonesia, Stadium Gelora Bung Karno pasti bergelora lagi dengan sorakan "Ganyang Malingsia" kerana perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea menemukan pasukan bawah 23 tahun negara menetang pasukan Indonesia.

Walaupun beberapa hari lepas pasukan negara dah mengalahkan pasukan Indonesia 1-0 diperingkat kumpulan, gua harapkan agar pemain negara jangan terlalu yakin dengan kemenangan tipis tersebut. Mereka ada kelebihan kerana mereka bermain ditempat sendiri. Dibantu pula oleh sorakan ratusan ribu penyokong mereka yang mengGILA.

Dulu gua masih ingat yang orang selalu katakan yang penyokong bolasepak Kelantan paling gila di Malaysia, tapi penyokong Indonesia lagi hebat. Mereka terlalu taksub dan sanggup melakukan apa saja. Mereka tidak boleh terima kenyataan jika pasukan mereka kalah.

Hanya di Indonesia sebuah pasukan bolasepak ke stadium menaiki 'BARRACUDA'.



Kereta Perisai Indonesia - BARRACUDA



Penyokong Kelantan, kami tidaklah seganas itu. Kami masih mempunyai adat ketimuran dan iman yang masih membataskan kami untuk bertindak di luar kawalan. Tapi kadangkala ejekan dan provokasi yang melampau membuatkan sesetengah dari kami tidak tahan dan memberi respon. Kami tidak akan kacau orang lain jika tidak dikacau. Kata pepatah, "Harimau yang tidur jangan dibangunkan, buruk padahnya".




Awas!! Kami orang 'GEDEBE' kerana Kami 'BAKA OGHE BERANI'.





Tapi Gedebe kami Gedebe bertempat.







Thursday, November 17, 2011

Gua Masih Hidup

Selepas lima minggu gua dikurung dan diseksa fizikal dan mental. Gua kini kembali lagi. Minggu yang sudah-sudah memang mencabar dalam hidup gua. Penat takyah cite. Nah..


1) Gua kena kursus 5 minggu
2) Habis kursus sehari sebelum raya haji
3) Raya Haji
4) Lepas 2 hari raya gua bergegas ke Kuantan untuk pindah rumah
5) Tak sampai setahun gua sewa rumah tu, tuan rumah plak gatal nak duduk sendiri
6) Angkut semua barang mak nenek ke rumah baru (3X penat - Kemas+Angkat+Kemas Balik)
7) Pening!! - kos lori angkut barang, deposit rumah baru, kos cabut pasang aircond
8) Masuk ofis kerja menunggu. Ada 6 lagi PTJ gua kena audit. Outstation lagi...
9) Minggu depan gua kena exam jabatan. 3 paper ( Perakaunan, Pengauditan & Perlembagaan & Undang-Undang)
10) Sekarang gua dalam Mood Study..kalah budak amek SPM


Tolong doakan gua berjaya..Amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...