Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, December 27, 2011

Perjuangan




"Dalam perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan seroang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik), demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah. Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini..." - Petikan ucapan YAB Tuan Guru MB Kelantan di Majlis Pelancaran Pendaftaran 100 Ribu Ahli PAS di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 16 Disember 2011.


Gambar : YAB Tuan Guru membelek kitab-kitab lama di sebuah madrasah di Kg Teluk Kitang, Pengkalan Chepa.


Sumber : Facebook Tok Guru







Saturday, December 24, 2011

Macam Macam Gila



Banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi

Kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau
selalu risau
sama-sama jadi sasau
hai jadi sasau

Satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
limaaaaaaa ringgit

Satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss....

Kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri

Kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi

Tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi..













Mula-mula gila judi. Lama-lama GILA BABI!!












Thursday, December 22, 2011

Lawak Si Bocil

Bocil Saehu


Param



Ibrahim Pendek The Lagend



BOCIL = BODY CILIK

Singkatan perkataan Bahasa Indonesia.

Gua kagum dengan mereka semua ni. Walaupun dilahirkan sedemikian, namun mereka pandai menggunakan anugerah tuhan itu untuk diri mereka dan menghiburkan orang lain.








Salute!!

Wednesday, December 21, 2011

Bayi Valentine!!











Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara


Pewitttt..

Ni lagu Otai Rock. Takde kena mengena dengan berita di atas. Tapi liriknya menggambarkan situasi muda mudi remaja zaman sekarang.


Cinta??


Faking!!


Oh demi cinta ku sanggup serahkan segalanya. Walaupun harta, duit dan body. itu semua sanggup ku lakukan demi membuktikan cintaku padamu.


Faking!!


Mengapa begitu bodohnya, begitu pendeknya akal dan begitu ceteknya pengetahuan agama muda mudi sekarang ini.


Faking Valentine!!


Hari Kekasih kepala bana lu! Lu romen awek lu. Awek lu bunting. Keluar anak lu. Lu lari. Awek lu bunuh anak lu.


Faking Valentine!!


Kerana Hari Valentine Fakk ni la ramai muda mudi melakukan dosa besar.

Pertama : BERZINA

Kedua : MEMBUNUH BAYI YANG TIDAK BERDOSA



Berita di atas adalah kesan kenikmatan 9-10 bulan lepas. Kenikmatan Faking Valentine!!


Kalau lu tak percaya lu tunggu tahun depan. Mulakan pengiraan 9 bulan 10 hari daripada 14 Febuari.


Tapi awas, jangan gua nampak muka lu pulak yang masuk berita!!






Pttuiiii..

"Aku jumpa kau aku ludah muka kau. Budak kurang ajar"


Pttuiii..



Sekarang ni kan musim ludah meludah.



Pttuiii..



Tapi gua ada teringat kat sorang ni, dulu bila dia gaduh dengan sorang kawan dia ni. Macam macam keburukan kawan dia tu dia akan ceritakan pada semua orang yang dia jumpa. Tak kira la orang tu kenal atau tidak kawan dia tu. Janji dapat kutuk dan dia puas hati. Bukan main lu ludah kawan lu tu.


Pttuiii..


Tak lama lepas tu, gua dengar mereka dah berbaik semula. Bagusla.


Pttuiii..



Apa yang lu ludah dulu. Lu jilat balik!!




Hak Hak Pttuii..







Friday, December 9, 2011

Hukum Allah Lu Buat Main-Main

Hukum Hudud bukan mana-mana parti yang cipta, tapi ia hukum Allah. Kalau lu tak suka atau menyampah dengan mana-mana parti sekali pun, jangan sampai menghina dan mempertikaikan hukum Allah.





Lakonan bodoh lu buat gua mengucap panjang. Lu memang dasar Islam sekular. Yang perempuan tudung entah ke mana, yang tua kopiah atas kepala. Tapi hukum Allah lu hina. Akhirat kelak lu jadi putung kayu bakar api neraka.



Sementara pintu taubat masih terbuka, harap lu insaf serta merta.









Friday, December 2, 2011

Nak Kencing Pun Agak-Agak Ar!!

Gua bukan Filter Bio Aura


Lu kenal tak benda alah apa kat atas tu??


Yang paling besar tu Air Filter, yang putih kecik tu Fuel Filter, yang 'Hitam Metalic' tu Oil Filter.


Filter-filter ni semuanya untuk Mitsubishi Pajero. Bukan Pajero Sport yang baru, tapi Pajero body petak yang lama. Macam Pajero JPJ pakai dulu.



Ok. Dah kenal, sekarang mari check harganya.


Harga sila lihat dalam bulatan


Harga untuk ketiga-tiga item tersebut adalah $98.78. Dalam USD.

Bila di convert dalam RM, gua amik kadar paling tinggi la darab RM3.80 = +-RM375.00.

Katakanlah barang ni daripada Negara Japan. Shipping Cost + Tax, paling tinggi gua rasa dalam RM200.00.

Jumlahnya RM575.00 untuk tiga item. Ini adalah contoh pengiraan tertinggi jika kita membeli ketiga-tiga item melalui laman sesawang di atas.


Tapi untuk item pakai buang seperti di atas tidak perlu rasanya kita beli secara online kerana berlambak kedai spareparts kat negara ni menjual barang tersebut. Nak yang Ori ke yang tiruan ke, semua ada. Kalau beli kat sini yang Ori Mitsubishi pun gua rasa tak sampai RM150.00 untuk ketiga-tiga barang.


Mitsubishi beb, semua ramai orang pakai. Semua orang tahu alat ganti dia murah. Bukan macam Porsche atau Ferrari.

Tapi yang paling gua bengang, ada orang yang beli setiap satu item tersebut dengan harga RM700.00 setiap satu. Diulangi RM700.00 setiap satu, bukan tiga.




"Gua tak marah kalau lu beli semua tu dengan duit lu sendiri, tapi gua jadi marah bila lu beli semua tu dengan duit orang ramai!! GUA BERTAMBAH MARAH SEBAB LU BUKAN BELI SEBIJIK, TAPI SETIAP SATU ITEM LU BELI 2 DOZEN".






Lu ni memang HARAM JADAH!! GUA FAKK LU!!













Thursday, December 1, 2011

TOYOL Curi Laptop

Tu dia sekor TOYOL kecik, sekor TOYOL besar duk curi laptop


JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.



Pandai pulak dia menyorok

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.


Berita ni gua amik kat SINI



Gua rasa budak-budak ni dah terpengaruh dengan cite-cite dan filem-filem merepek kat Malaysia ni. Dari drama dan filem lah mereka diajar buat jahat, buat jenayah. Daripada tak tahu, jadi tahu. Mana taknya, semalam gua tertengok satu drama melayu dan gua masih ingat lagi satu dialognya yang paling bangang ;


"Bos jangan risau, mayat budak tu saya dah campak jauh-jauh dalam hutan, mukanya saya dah bakar supaya orang tak kenal dan ibu jarinya dah saya potong supaya identiti mayat tak dikenali"




Fikirlah dengan waras, cite lu tu bukan orang tua bangka je tengok, remaja, budak-budak sekolah semuanya tengok. Melalui cite, lu secara tak langsung ajar mereka buat jenayah. Kalau dulu mereka takut untuk buat jenayah, sekarang lu ajar mereka cara nak lupuskan bukti. Mereka sedikit demi sedikit menjadi makin berani.


Haloo..lu yang terlibat dengan penapisan dan meluluskan drama atau filem, sini gua nak pesan.
Sekarang ni kat dalam TV berlambak-lambak drama atau filem yang berkisarkan hantu, tahyul, gangsterisme, mat rempit, jenayah, cinta-cintun..semuanya macam bab*!!. Penerbit dan pengarah filem/drama mereka semua cari makan. Mana yang orang suka itu yang mereka buat. Tanggungjawab lu, sekat semua benda mengarut macam ni dari terus menular dan mempengaruhi pemikiran generasi muda. Gua taknak generasi akan datang hanyut dengan benda-benda sial macam ni. Mana menteri lu yang cakap pom pam pom pam tapi habuk pun tarak??


Ciss!!..sebelum banyak lagi kata kesat keluar, gua blah dulu..






Fak LU!!






Tentang Dhia

Perghh..macam mana gua boleh terjebak menonton drama melayu jiwang nih. Ini Bini gua punya pasal la ni. Tiap-tiap hari dok tunggu drama nih. Bukan nak kata gua tak patriotik ka apa bila tak tengok drama-drama melayu nih. Tapi drama-drama melayu nih jalan cite dia, berbelit-belit, masalah tu, masalah ni, cinta sana cinta sini. Tu tak masuk yang cite pasal dunia korporat lagi, bisnes kapal laut, bisnes kapal terbang, meeting ngan client luar negara la, naik keta mewah, syarikat sana syarikat sini. Tapi kenyataan??


Gua malas tulis banyak-banyak, nah gua bagi sinopsis pasal drama nih..


SINOPSIS TENTANG DHIA




Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?




Disini gua nak pesan, walau best tahap dewa atau hensem atau cun mana pun drama atau pelakonnya, lu nak tengok sampai keluar bijik mata pun tengoklah. Tapi jangan lupa sembahyang Maghrib dulu. Jangan lengah-lengahkan solat atau JANGAN TAK SEMBAHYANG LANGSUNG!!


Ingat di akhirat nanti perkara pertama sekali ditanya adalah SOLAT, bukan tanya Dhia pilih siapa jadi suaminya..Paham??








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...