Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, February 24, 2012

Now Your Turn To Think!!


Rare Earth Factory






Radioactive Activities




Radioactive Pollutions


What People Get??





..............................................................
.................................................................
............
..




1. Money ?



2. Jobs?




Yes, people can gets job & money, but.... also get . .. ...

RADIATION EFFECT










SO, WHAT ARE YOU WAITING FOR??






LETS JOIN



SAVE MALAYSIA, SAVE EARTH!!









Tuesday, February 21, 2012

Hanya Untuk Orang Bodoh!




Perbandingan Melaka dengan Kelantan dari pandangan gua :

Melaka ADA Disco/Nite Club : Kelantan TIADA
Melaka ADA kedai TOTO,MAGNUM,KUDA : Kelantan TIADA
Melaka ADA Sekolah Mengandung : Kelantan TIADA
Melaka Bandaraya Bersejarah : Kelantan Bandaraya Islam
Melaka Arak dijual terbuka : Kelantan TIDAK
Keluasan Negeri Melaka = 1,658 km² : Keluasan Negeri Kelantan = 14,931km²
(Sumber Jabatan Perangkaan)

Keluasan Negeri Melaka adalah sembilan (9) kali ganda lebih kecil dari negeri Kelantan. Jadi untuk perkara 12 sehingga perkara 17 kalau difikirkan secara logik, Melaka lebih teruk kerana untuk negeri yang kecil dan penduduk yang tidak ramai, bilangan jenayah kekerasan, penagihan dadah adalah hampir dengan negeri yang besar.

Perbandingan MBBM dengan MPKB mampan dan sederhana mampan?? kah kah kah..

Paling bangang, untuk perkara 12 dan 13, kenapa statistik tahun 2007 dan 2008 digunakan??

Adakah untuk tahun 2009 teruk??


Gua nak tanya, perbandingan negeri siapa paling ramai alim ulama dan hafiz al-quran taknak buat ka??





Friday, February 17, 2012

Sekarang Lu Sudah Pandai Berlagak!!

Minggu lepas gua ada pergi ke pejabat asteruk. Niatnya mau apply siaran tivi berbayar. Bukan gua nak sangat melanggan siaran syarikat tersebut, seperti yang kita tahu kualiti yang ditawarkan tidak sepadan dengan harga yang ditetapkan. Apabila hujan tiada siaran. Harga selalu dinaikkan. WTFunk!!


"Ok bang, kita akan pasang dalam masa 7 hari" gua masih ingat kata-kata budak promoter asteruk tu.


"Orait, kalau boleh kasi cepat sikit, kesian bini & anak gua nak tengok tivi, gambar tak clear macam sial" gua balas.


Hari ni, bulu ketiak gua yang gua cukur minggu lepas dah panjang balik. Tapi asteruk belum nampak batang idung lagi. Asteruk memang teruk.


"Wei bro, lu cakap seminggu je, ni kucing gua dah bertanduk pun lu belum datang lagi, gua maki kan" marah gua dalam telefon.


"Rileks bang, nanti saya check dulu nama abang dah boleh pasang atau tak" kata budak tu tersekat-sekat.


"Laa, baru nak check. Damn!!" kata gua.


Talian gua putuskan. Shit!!


Sebenarnya gua bukan lapar sangat nak tengok siaran stesyen lu. Tapi terpaksa untuk bagi siaran clear. Dah jadi macam keperluan untuk tengok tivi supaya gambar terang. Lu pun tahu, sejak adanya siaran dari stesyen lu, siaran tivi menggunakan antena biasa sudah tidak sejelas seperti mana gua dibangku sekolah dulu. Lagipun rancangan yang lu siarkan banyak yang melalaikan dan melaghakan. Baik gua layan Ustaz Don di tivi Al-Hijrah.


Dulu kat kampung gua dah pasang asteruk ni. Sehari apply dah pasang. Sekarang seminggu pun nak kena main kejar-kejar dulu. Sekarang Lu Sudah Pandai Berlagak!! Maklumlah customer dah ramai dan lu takdak saingan. Lu demand la.


Kadang-kadang gua terpikir, kenapa dulu kala semasa tiada siaran berbayar lu, siaran percuma jelas dan terang. Sedangkan sistem penyiaran kita semakin maju.


Atau mungkin ada sesuatu yang tidak kena??


Mungkin...







Jangan Kerana

Pesanan untuk kita bersama. Jangan kerana terlalu mendambakan sesuatu, kita sanggup menjadi penjilat dan pencacai. Benda yang betul kita mengatakan ia salah. Benda yang salah kita menegakkannya. Kerana harta dunia.


Ya, harta itu penting. Tapi kalau dah menyokong orang yang melanggar hukum Allah untuk mendapatkan harta kekayaan dunia, ia salah. Hidup hanya sementara. Senang di dunia, merana di sana.


Mengapa orang yang menyampaikan kebaikan dan dakwah ditegur dan disalahkan?? Sedangkan masih banyak lagi perkara yang tidak betul dan maksiat-maksiat yang berlaku disekeliling tidak diendahkan.


Kerana.


Jilat dan jilat.


Bila tentang disana, yang disini akan suka. Segala yang didambakan akan dapat.


Beringatlah sebelum terlambat dan sebelum orang meluat.






Wednesday, February 1, 2012

Gua Tertarik

Daripada kata-kata seseorang itu kita dapat mengetahui kebijaksanaan dirinya.


"Mereka boleh menarik gelaran profesor saya, tapi bukan ilmu saya. Ilmu saya tetap bersama-sama saya".

Begitulah lebih kurang kata-kata Dr.Aziz Bari selepas pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik gelaran profesornya.


Gua salute Dr.Aziz Bari. Pejuang sebenar tak perlukan pangkat atau gelaran.


Lagi menarik kata-kata Pak Samad kita.
"Jikalau berjuang bernafsukan wang ke mercu mana pun najis yang terhimpun".


Gua tertarik!!






Emas

"Kalau ada tanah jual lah, dapat dua ratus ribu, buat modal jual emas" gua masih ingat kata-kata Abang Mie walaupun dah hampir seminggu.

Abang Mie, kenalan rapat keluarga mertua gua. Kini memiliki kedai emas sendiri di bangunan PWTC. Walaupun secara kecil-kecilan tapi amat menguntungkan.

Lu dengar macam bodohkan bila orang jual tanah untuk beli emas. Bagi gua adalah lebih bodoh orang yang jual tanah untuk beli kereta. Kereta adalah aset yang mempunyai susutnilai. Manakala tanah dan emas adalah aset yang sentiasa meningkat nilainya.

Jual tanah beli emas. Ya, tanah juga mempunyai nilai pasaran yang sentiasa meningkat. Tetapi peningkatan terlalu perlahan dan amat sukar dicairkan jika lu memerlukan wang dengan segera. Kecuali lokasi tanah lu itu cukup strategik dan ditengah-tengah bandar dan menjadi rebutan ramai. Untuk mendapatkan wang, lu perlu mencagarkan tanah lu ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Tapi hanya berapa peratus sahaja daripada nilai tanah lu yang bank luluskan untuk pinjaman.

Emas. Dulu. Kini & Selamanya.


Jual tanah beli emas. Ya kalau kena cara lu boleh jadi kaya raya. yang penting lu kena ada ilmu berkenaan jual beli emas dan sedikit ilmu mengenai ketulenan emas. Kalau kena cara, sebidang tanah yang lu jual tadi lu boleh beli balik dan mungkin bertambah berekar-ekar lagi.

Lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit. Duit nilainya mungkin jatuh. Jika nilainya jatuh bawaklah berguni-guni duit pun orang tak akan mahu. Tapi kalau emas, jual lah ke negara mana pun pasti ada orang yang mahu membelinya. Emas adalah logam yang sangat bernilai dari dahulu hingga kini dan disukai orang diserata dunia.

Contoh peniaga emas terbaik bagi gua, Pak cik gua. Jual sebijik permata, untung sepuluh ribu. Terus beli kambing sedekah sanak saudara makan. Baru rezeki berkat dan bertambah-tambah.










Peristiwa Pagi Hari

Pagi tadi masa perjalanan gua ke tempat kerja, suasana tenang macam biasa. Jarak rumah gua ke tempat kerja lebih kurang enam belas kilometer.


Sesampainya gua di kilometer keenam, gua nampak suasana yang biasanya tenang seperti ada sedikit kekalutan. dari jauh gua sudah nampak sebijik kuda putih (moto polis trafik) parking atas jalan raya.


"Pergh..pagi-pagi dah buat road block, nak tambah traffic jam la ni" gua menyumpah dalam hati.


Gua memulas pendikit minyak motosikal gua tenang menuju ke depan. Apa nak takut, lesen, road tax semua ada. Sesampainya gua ke tempat kekalutan itu, gua dapati sangkaan gua meleset. Tiada sekatan jalan raya. Sebaliknya, KEMALANGAN JALAN RAYA.


Ya, Allah masih ada mayat diatas jalanraya yang ditutupi kain putih yang penuh darah.


Meremang jugak bulu roma gua, kelajuan motosikal, gua diperlahankan. Gua hanya berlalu sambil sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa seandainya arwah beragama islam. Gua mana boleh tengok darah bro.


Gua meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal secara skema seperti budak yang sedang belajar motosikal di sekolah memandu sambil berdoa pada Allah semoga gua dijauhkan daripada kemalangan dan bala bencana. Amin.







Nota: Gua rasa mat-mat rempit tu ada dua nyawa, sebab tu mereka sangat berani.




















Diam-Diam Rabu #4








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...