Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, September 29, 2011

Real Steel.. Robot Pun Bleh Boxing




Cite ni seolah-olah tinju bukan lagi untuk kaum lelaki, lebih tepat lagi bukan lagi untuk manusia. Hero cite ni (Hugh Jackman)telah membina robot sendiri dari besi buruk untuk pertempuran jalanan Kejohanan tinju 'underground'!!


Kira cite tinju robot lawan robot la. Ganas..ganas.


Apa-apa hal. Lu klik dulu link biru kat bawah ni. Gua nak ulas pon Gua blom tontonya lagi. Haha..





Real Steel movie trailer make me want to watch 2000-pound, 8-foot-tall robots box away! #TuneTalkRealSteel

Rindu

Panas betul hari ni. Matahari memang betul-betul kat atas kepala. Peluh jantan membasahi dahi Gua. Banyak pulak keje yang Gua kena setelkan. Minggu depan kan Gua kena kursus sebulan. Jadi budak sekolah asrama balik la Gua.




1 Zulkaedah ni takde orang buat 'open house' raya tak??





Gua rindu rendang sama lemang.








Wednesday, September 28, 2011

Utusan Malaysia Memang Faking!!




Haha..padan muka dah kena fakk!! Tu la, sapa suruh lu tulis dan sebar berita fitnah. Fitnah sana, fitnah sini. Laga sana, laga sini. Bodek membodek kerja lu. Memang lu la suratkhabar bodek terbaik abad ini. Lu jilat sampai licin..kah kah.




Agama pun lu bleh buat main. Lu kalau nak jilat pun, ingat sikit neraka tu!!


Suratkhabar lu tak laku. Iklan pun takdak. kah kah..Suruh jabatan kerajaan beli. Wakil rakyat bahlol beli. Bagi free kat orang kampung. Lu ingat orang kampung mau baca ka?







Paling bangsat pun letak kat reban ayam. Buat lapik ayam bertelur..Kah Kah..

Friday, September 23, 2011

Bulan Hari Lahir





Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Hakim,berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.Beratilah ilmu yang Engkau kurniakan kpd kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ayah, suami dan muaalim yang soleh..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini.

Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbil-Alamin.










p/s : Sempena bulan ulangtahun Gua, Isteri Gua, Ibu mertua & adik ipar Gua, Kawan-kawan Kamcing Gua dilahirkan ke dunia.

Cinta & Kentut



CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana.

CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”
KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”
Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.





p/s : bau kentut bila makan telor banyak..perghhhh..







Sunday, September 18, 2011

Transit

Dah 3.15 a.m.
Mata belum mengantuk lagi. Esok keluar stesen lagi.
KL.
Lepak wisma transit lagi.
Gua dah menyampah.
Gua rimas dilayan macam tentera.
Tapi Gua layan.
Sebab jiwa Gua.
Bukan jiwa kacau.


Nih Gua bagi lagu ada iras-iras wisma transit..kah kah




Albert Hammond Jr. - In Transit






Friday, September 9, 2011

Duit Budak Sekolah Pon Lu Nak Pau Ka??

Selepas harga minyak tidak boleh dinaikkan lagi
Selepas tarif elektrik sudah dinaikkan berkali-kali
Selepas semua harga barang sudah dinaikkan untuk kurangkan subsidi


Kini Lu tercari-cari
Tercari-cari apa yang boleh dirembat lagi
Apa cara semua jadi
Asalkan kaya Lu punya bini


Kini rakyat terkena lagi
Terkena dek kebodohan diri
Sudah diterangkan berkali-kali
Tapi langsung tidak dipeduli


Bila terkena baru menyesali
Sesal kemudian tak berguna lagi
Marah berkati-kati pun benda dah jadi
Tapi bila diberi kain pelikat dan T-shirt free
Tahu depan Lu undi lagi


LU MEMANG DASAR MUDAH LUPA DIRI!!






WTF Cukai 6%??












p/s: kebanyakan yang pakai prepaid adalah budak sekolah




Paling Bangsat Pun Facebook!!

Oh tolonglah..
Yaa ampunnnnnnnn
Gua merayu
Merayu sangat-sangat..


Oh tolonglah..
Dunia sekarang dunia IT
Semua maklumat dihujung jari
Lu jangan hanya pandai mendengar
Lepas dengar telan bulat-bulat
Lu kena mengkaji
Mengkaji dengan membaca
Baru tahu baik buruk
Baru terbongkar yang mana benar yang mana salah
Baru Lu tak sesat
Baru Lu bukan katak dibawah tempurung


Oh tolonglah..
Gua respek Lu ada Broadband
Di internet ada
Blog
Youtube
Wikipedia
Google
yahoo
Semua maklumat lu boleh cari


Oh tolonglah..
Lu kehulu kehilir bersama broadband Lu
Semua yang Gua sebut diatas Lu tak tahu
Lu hanya sibuk dan hanyut dengan Naruto Lu
Otak Lu hanya disitu








TOLONGLAH..
PALING BANGSAT PUN LU BUKALAH FACEBOOK




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...