Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, July 6, 2012

The Red Warriors Penyelamat Maruah Bolasepak Malaysia



Tidak keterlaluan jika gua berkata sedemikian. Ya kerana gua yakin. Ianya akan menjadi satu kepastian tidak lama lagi.

Kelantan satu satunya pasukan penyelamat maruah bolasepak Malaysia!

Kerana hanya Kelantan sahaja pasukan yang mampu menyekat pasukan Lion XII untuk merampas Piala Liga Super dari bumi Malaysia.

Hari ini 06.07.2012. Kelantan dengan 54 mata di depan pasukan Lion XII dengan 50 mata. Kelantan mempunyai tiga (3) baki perlawanan. Manakala pasukan Lion hanya ada dua (2) baki perlawanan sahaja.

Walaupun pasukan Kelantan mempunyai halangan getir dari mereka mereka yang cemburu dan iri hati dengan pencapaian pasukan Kelantan, yang terburuk ialah penggantungan Presiden KAFA selama 30 bulan. Namum itu bukan menjadi faktor untuk melemahkankan semangat pasukan Kelantan yang di kendali jurulatih Bojan Hodak, sebaliknya pasukan Kelantan bertambah kuat.

Untuk musim ini, Kelantan telah berjaya memenangi Piala FA. Tidak lama lagi Piala liga Super, dan tidak mustahil untuk memenangi Piala Malaysia untuk kali kedua dan menjadi pasukan dari Malaysia yang pertama menjuarai Piala AFC. InsyaAllah.

Rahsia kejayaan pasukan Kelantan adalah kekuatan pemain ke 12 nya.



Go More Kelate Go More!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...