Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, July 12, 2012

FAM Bunk Suck!!





FAM makin lama makin teserlah kebodohannya. Tiada lagi pasukan bolasepak di dunia ini menerima piala di dalam dewan. Mungkin Kelantan adalah pasukan pertama.

Kerana apa?

Alasan bodoh FAM. Para pegawai mereka sedang sibuk dengan SUKMA.

Woi FAM, kami dah menang piala ni. Kami nak kongsi dengan para penyokong pasukan kami. Bukan dengan pegawai lu! Lantaklah diaorang sibuk dengan SUKMA ke? SUKTHAI ke?

Yang penting kami nak Majlis Penyerahan Piala Liga Super tu di buat di Stadium SMIV pada perlawanan terakhir kami nanti.

Adakah kerana pasukan Kelantan yang menang Liga Super maka FAM suka hati mak bapak dia nak buat apa saje. FAM memang tak habis habis sakit hati dan cemburu dengan kejayaan Pasukan Kelantan yang di terajui oleh Tan Sri Anwar Musa.

Tan Sri Anwar Musa (TSAM), satu susuk yang dilihat boleh menggugat kedudukan Ahli Majlis Tertinggi FAM yang lain kerana kebijaksanaan beliau menguruskan Pasukan Bolasepak Kelantan sehingga menjuarai banyak piala dan menjadi satu pasukan yang digeruni buat masa ini. TSAM juga mempunyai pengaruh yang sangat besar dan sangat pandai menarik hati penaja sehinggakan terlalu banyak syarikat korporat yang mahu menaja Pasukan Bolasepak Kelantan, tengok saja jersi bolasepak Kelantan, penuh dengan logo penaja. Sebab itulah TSAM disingkirkan dari FAM atas alasan yang tidak munasabah dan hukuman yang dikenakan ke atas beliau sangat kejam. 

FAM kini makin dibenci semua penyokong pasukan bolasepak di Malaysia kerana bukan sahaja mementingkan kroni, malah rangking pasukuan bolasepak Malaysia diperingkat antarabangsa yang makin merosot juga menjadi penyebabnya. FAM dilihat tidak berfungsi. Yang lebih memualkan, FAM sanggup mengubah format didalam liga tempatan semata mata untuk menjaga kepentingan atau memberi kelebihan kepada sesebuah pasukan yang menjadi 'Anak Emas'nya. 

Kami Penyokong Kelantan tidak boleh menerima perbuatn FAM!

Barang diingat, pendapatan FAM juga sebahagian besar datangnya dari penyokong Kelantan yang sentiasa memenuhi stadium walaupun harga tiket lebih mahal dari negeri lain.RM15.

Kalau kita berterusan diperlakukan begini, gua cadangkan kepada TSAM ada baiknya kita keluar sahaja daripada Liga Malaysia pada tahun hadapan. Kita main Liga Thailand ataupun Liga Singapore. Gua yakin pasukan kita mampu bersaing.

Jangan biarkan orang terus pijak kepala kita. Kerana kita juga ada maruah.

FAM BANGSAT!









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...