Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, July 13, 2012

Sultan Ismail Petra Kota Bharu International Airport?

Gempak tajuk entri gua!

Sultan Ismail Petra Kota Bharu International Airport di Pantai Timur.

Tapi tu semua kita rakyat Kelantan jangan harap la.

Dengan keadaan dan persekitaran politik semasa ni semua itu hanya mimpi.

Walaupun airport kita mengendalikan pesawat yang paling banyak di antara ketiga-tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dan airport kita juga mengendalikan atau menerima penumpang lebih banyak iaitu berkali ganda penumpang yang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu ataupun Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Pahang.

Tapi yang lapangan terbang yang dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa adalah Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Kerana apa??

Kerana perbezaan fahaman politik!




Lapangan Terbang Sultan Mahmud dinaik taraf sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa
Sumber : Wikipedia




Jumlah Pesawat dan jumlah Penumpang yang di kendalikan lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Pahang
dari 2009 sehingga 2011
Sumber : MAHB 



Jumlah Pesawat dan jumlah Penumpang yang di kendalikan lapangan Terbang Sultan Mahmud di Terengganu
dari 2009 sehingga 2011
Sumber :MAHB




Jumlah Pesawat dan jumlah Penumpang yang di kendalikan lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan
dari 2009 sehingga 2011
Sumber :MAHB





Lu tengok dan lu fikirlah sendiri. Niat gua bukanlah hendak merendahkan lapangan terbang negeri lain. Cemburu, jauh sekali.

Tapi ini jelas menunjukkan sikap pemimpin kita yang sentiasa melaungkan politik yang matang tetapi sampai sekarang tidak matang matang..kahkah

Jangan tak akil baligh sudah lah.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...