Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Monday, July 12, 2010

Nisfu Syaaban

Sempena Malam Nisfu Syaaban Ni Pakat2 Kita Tambah Amal Ibadat Kita.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Apabila telah selesai solat maghrib kata
Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca "Yasin"
dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah,
kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan
diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya,
kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin
serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan
doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang
boleh)
Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
Membaca al-Quran.
Membaca Tasbih. (seratus kali)
Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha,
Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat
Hajat ditengah malam sebaik- baiknya memohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan
jangan sekali- kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana
dalam menangguh- nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Rebutlah peluang lima sebelum lima :

Masa muda
sebelum tiba masa tua.
Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
Masa hidup sebelum tiba mati."


Sabdanya lagi :-
"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan
adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan
memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya."

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang
masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal
sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang
banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat,
yang
akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan
Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.

p/s: Dipetik dari galeriilmu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...