Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, January 11, 2011

Ali Baba & 40 Orang Penyamun


"Yang pangkah Kuning tu mungkin rumah Kassim Baba, Yang Pangkah Merah tu jamban taik chip" kata Sarjan Pendek.

"Bodoh!! abis duit aku beli minyak wangi nak bagi 40 ekor penyamun mandi" kata Chip.


====================================================================


Lu pernah tengok Ikan Kelisa tak?


Cantik dan mahal kan?


Tapi Kelisa kat atas bodoh macam "jamban taik".
Busuk dan jijik.


Kerana tuannya datang kerja lewat & jalan jem, terus parking keta kat situ serta berlari lari anak untuk mengetip kad kedatangan (punch card - sastera abis ayat gua) tanpa mempedulikan keadaan lalulintas di belakangnya yang statik akibat dihalang oleh jamban taik tersebut, ibarat longkang tersumbat, pampers disalahkan. Kata Karam Singh Walia.


Kemudian selepas 10 minit beliau datang semula dengan buat buat muka tak bersalah dan kontrol ayu untuk mengalihkan "jamban taik" tersebut dari membuat onar disitu. Itu pun setelah mendapat cacian dan makian yang tidak terkira banyaknya daripada pemilik pemilik kereta sukan (sport) di belakangnya.


"Dia tu memang fishball la, eh silap selfish betul. Eh, bukan selfish ni jual ikan ke?? Dah 10 tahun makcik keje sini tapi tak pernah lagi kejadian seumpama ini berlaku. Nasib baik besar, kalau kecik makcik dah vacuum keta tu" kata saksi kejadiaan, seorang Makcik Cleaner yang berlalu setelah ditempeleng bosnya kerana curi tulang semasa kerja.


Menurut Jabatan Perumahan pula, pangkah kuning menunjukkan yang rumah rumah Kassim Baba telah dibina diatas tanah haram kerana tanah halal telah dipenuhi rumah lain. Oleh itu, pemilik rumah terbabit juga boleh disabitkan kesalahan dan boleh dijatuhi hukuman sula dengan lidi satay 4 hari berturut-turut atau lari dalam guni dari Perlis sampailah ke Sabah, yang mana lebih ringan.


Jabatan Perpaduan & Andartu pula menyatakan, yang kita sebagai rakyat 1Malaysia harus menghindari sikap "jual ikan" atau "selfish" ini untuk kesejahteraan kaum dan kroni kroni terlibat. Selepas diminta wartawan untuk membuat ulasan mengenai kenyataan Mak Cik Cleaner itu tadi.


Kini pemilik "jamban taik" itu menanggung malu yang tak terhingga akibat perbuatan terkutuk beliau setelah diejek bertubi-tubi oleh Persatuan Cleaner SeMalaya yang di ketuai Mak Cik Cleaner tersebut.


"Tak malu..Jual Ikan Yey..Jual Ikan Yey.."


Itulah ejekan yang sering berkumandang setiap kali pemilik "jamban taik" itu melalui wilayah jajahan Mak Cik Cleaner dan kroni kroninya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...