Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, March 3, 2011

Nombor 4 Dari 5 Perkara

Dah lama gua tak update blog tak best gua ni. Masuk je tahun baru dua ribu sebelas ni & bulan bulan mendatangnya gua sudah dan akan terus menyibukkan dan disibukkan dengan kekangan kerja yang menimbum menimbum dan berlambak lambak serta mendambakan gua untuk keluar dari stesyen gua (outstation).


Dalam sebulan tiga hingga empat kali gua dipaksa dalam rela untuk keluar dari stesyen gua ke sana sini untuk menjalankan tugas gua sebagai secret recipe agent..hehe. Lu mana tau. Bulan dua yang lepas, gua tiga empat kali terpaksa ulang alik ke ibu kota yang penuh pancaroba untuk melaksanakan tugasan gua. Bulan tiga ni gua tetap kena ke sana dan ke Negeri Dibawah Bayu untuk memenuhi tuntutan tugas gua sebagai VVIP. Kalau setakat ke ibu kota gua memang tak kisah sebab gua boleh angkut anak dan bini gua sekali. Tapi kali ni memang agak sukar untuk gua mengangkut dua orang yang gua sayang itu kerana kekangan kos pengangkutan yang agak mengekang poket gua. Mereka terpaksa gua tinggalkan buat sementara waktu. I'll gonna miss them so much..(dalam hati gua pun ada taman..haha)


Tapi apakan daya, Saya Yang Menurut Perintah.


Sedih gua sedikit terubat kerna kawan gua kat sana cakap awek2 Philiphines kat sana cun cun & sexi. 12 hari di sana boleh la gua panjat gunung yang ada di sana. Woi lu jangan pikir bukan bukan, yang gua maksudkan adalah Gunung Kinabalu. Ini kalau bini gua baca ni mau kecik ati beliau ni.hehe..tapi beliau amat tahu yang suami beliau adalah seorang suami & seorang ayah yang mithali. Mana mungkin gua pandai bermain kayu tiga, main konda kondi ngan kayu ria (joy stick) gua pandai la.


Bila tiba masa sibuk ni, gua rindu saat saat gua pegi keje naik moto kecik gua, walaupun top speed nya hanya 80KM sejam, kadang kadang gua makan asap moto roda tiga penjual ikan. Tapi gua rasa seronok. Gua rindu nak tido dalam stor waktu rehat. Gua rindu nak makan mee singapore yang bini gua masak bila gua balik keje. Gua rindu nak peluk cium anak gua. Gua rindu semuanya.


Lu orang kalau belum sampai no 4 dari 5 perkara, gunakan ia sebaik mungkin.












(p/s: mana tisu ni, gua nak nangis)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...