Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, March 17, 2011

Semoga Maju Jaya

Minggu yang sudah gua dan keluarga kecil gua pulang ke kampung halaman gua di tanah serendah sekebun bunga kerna gua ada misi yang perlu gua selesaikan.



MISI GUA BESAR!! (bukan misi kat hospital yea)



Bukan hanya untuk gua.

Tapi untuk ramai orang.

Lu tau kan gua ada jual itu tayar punya mesin??

Itu hari kawan gua ada order untuk dia punya kedai. Beliau baru nak belajar berniaga. Perniagaan yang beliau pilih adalah perniagaan kedai tayar . Ini kerana beliau tahu beliau mempunyai seorang kawan yang agak terer, boleh diharap dan berpengalaman dalam bidang ini disamping kacak dan gagah perkasa. Lu tahu itu siapa?..gua tulis blog ni sambil hidung gua kempas kempis. Bukan bermakna gua takbur atau perasan. Tapi dah kenyataan. Gua pasrah..

"Tyre Changer, Wheel Balancer, Air Compressor, Impact Wrench, Floor Jack, Tool & Spana"


Semua dah siap siaga..



Tayar 12, 13, 14, 15, 16, 17..semuanya datang bergolek-golek.


Semuanya gua dah setelkan..Cuma tunggu masa untuk dijual.


Beliau hanya perlu cuci kaki sahaja dan terus mula berniaga.

Gua tak dapat nak muat naik foto-foto kedai beliau kerana telefon gua mengalami bekalan bateri yang tidak mencukupi disebabkan terlalu banyak panggilan dari rakan niaga yang gua terima dan buat termasuklah pangilan-pangilan misteri dari awek-awek cun yang mahu mengorat gua. Tapi lu tahu kan.Gua hanya setia pada yang satu..?? :p


Encik H dan Puan F..gua doakan perniagaan lu berdua berjalan lancar dan maju jaya hendaknya.


Jangan lupa buat semayang hajat dan doa selamat sebelum mula berniaga!!


Sentiasa positif!!


InsyaAllah berjaya!!














p/s: ada masa nanti gua akan paparazi dan muat naik foto-foto cun kedai beliau berdua.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...