Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama Bin Laden. Satu Propaganda?





WASHINGTON, 2 Mei — Pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden sudah meninggal dunia, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama sebentar tadi.

Jenazah Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di Islamabad, Pakistan hari ini.

Obama mengesahkan laporan itu pada sidang media di sini hari ini (sebentar tadi, waktu Malaysia).

Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian. [Msian Insider]



Hasil siasatan, terbukti kematian Osama Bin Laden hanyalah propaganda Obama dan Amerika Syarikat.



Gua pun rasa ini propaganda Amerika & Yahudi.


Mari Gua kantoikan Amerika & Yahudi.


Lu renung-renung & fikirkan gambar ini baik baik.



Gambar Osama Di Berita TV Pakistan



Gambar gigi waktu hidup & mati adalah sama




Luka dari Orang lain di'paste' ke gambar asal



Pembohongan yang KANTOI














Gua rasa kerajaan Amerika ni tak belajar dari kesilapan kerajaan Malaysia. Nak buat video ke, photoshopped ke, kasi le nampak ori sket. Orang sekarang dah makin cerdik













.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...