Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, July 26, 2011

Makan Sikit-Sikit Bukan Sikit-Sikit Makan



"Makan Sikit-Sikit Bukan Sikit-Sikit Makan"


Bunyi seakan sama tapi maksud berlainan.
Makan sikit-sikit bermaksud, makan dalam kuantiti yang sedikit & mengikut keperluan.

Sikit-sikit makan bermaksud, makan secara kerap atau sekejap-sekejap makan.


Impak dari
kedua-duanya amatlah berbeza. Sebagai contoh, Makan sikit-sikit membuatkan badan kita sihat dan tidak terdedah kepada obesiti atau penyakit-penyakit lain yang berpunca daripada makanan. Dari segi agama pula ia bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi 'Makan apabila kamu lapar dan berhenti sebelum kamu kenyang'.







Keadaan kedua, Sikit-sikit makan. Walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi dalam keadaan yang kerap menyebabkan kuantitinya menjadi banyak. Sebagai contoh, setiap dua jam, makan sepinggan nasi atau makan coklat dan makanan ringan. Makan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit. Rata-rata rakyat Malaysia apabila umur mencecah 50'an, pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis mula dikesan. Semua penyakit-penyakit ini datangnya daripada pemakanan yang tidak sihat. Dari segi produktivi kerja pula, produktiviti kerja akan menurun disebabkan kerana pekerja asyik makan dan lepak dikedai kopi dan ini akan mengganggu kerja mereka.


Gua sebut pasal makan ni sempena menghangatkan suasana menyambut Ramadhan yang akan menjelma minggu depan. Bulan Ramadhan, bukan hanya kita mengawal nafsu makan sahaja.,nafsu marah, nafsu syahwat, mata, telinga, mulut, kaki, tangan semua kena jaga daripada membuat perkara maksiat atau dosa yang boleh membatalkan puasa. Sembahyang 5 waktu, sembahyang sunat, membaca Al-Quran adalah amalan yang digalakkan.

Bulan puasa semua syaitan akan dikurung, kalau lu masih buat maksiat & buat jahat jugak, maka lu lebih jahat daripada syaitan. Wallahualam.



Takbirrrrrr.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...