Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Sunday, July 31, 2011

Esok Puasa?



Jika ditakdirkan Allah S.W.T anak bulan Ramadhan kelihatan malam ini. InsyaAllah mulai esok kita akan menyambut Bulan Ramdahan Al-Mubarak. Bermakna esok kita akan mula berpuasa dan malam ini kita akan mula sembahyang tarawih.


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Kelebihan Bulan Ramadhan

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)



Syukurlah kita kerana Iblis dan Syaitan telah dibelenggu pada bulan ini. Tingkatkanlah ibadah. Jauhi perkara yang dilarang. Jadikan bulan ini suatu permulaan perubahan dalam hidup kita.




Mudah-Mudahan Kita Diberi Pengampunan Oleh Yang Maha Esa.




Lu Setan, Pergi Main Jauh-Jauh..








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...