Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, August 5, 2011

PUASA bukan PESTA MAKAN!!

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


Alangkah baiknya jika kita dapat mengamalkan apa yang Rasulullah S.A.W amalkan sewaktu berbuka. Bersederhana dan berpada-pada.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, Gua bukan kata kat orang lain, tapi kat diri Gua sendiri.

Pasar Ramdhan tumbuh bagai cendawan bila tiba bulan puasa. Pelbagai jenis makanan dijual. Kueh-mueh pelbagai warna, lauk-pauk pelbagai rasa, baunya perghh bisa menggugat iman perut yang sedang berpuasa. Apabila tiba saat itu, perut telah menggantikan otak. Segala perbuatan dan percakapan telah dikawal oleh perut, bukannya lagi oleh otak.


"sedap-sedap belaka"

Maka oleh yang demikian, tangan akan mula tunjuk makanan tu, kueh ni, mulut akan muncung tunjuk lauk tu, air ni. Kesannya ber'plastik-plastiklah' makanan yang dibeli tanpa mengira boleh dihabiskan atau tidak. Apa yang hairan, kenapa apabila bulan puasa saja kueh-mueh pelbagai jenis boleh muncul? Di bulan lain takde?

Setelah poket yang tadi tebal menjadi sedikit nipis, maka berarak pulanglah pengunjung pulang kerumah dengan perasaan gembira sambil tidak sabar-sabar menunggu azan maghrib berkumandang. Saat yang dinanti tiba, kueh ditibai, nasi dibedal, air dibantai. Akhirnya tersandar di dinding kekenyangan, lebih parah jika terlelap akibat perut penuh. Solat maghrib entah kemana, makanan yang dibeli banyak tadi tidak kehabisan lalu dibuang.


PUASA bukan PESTA MAKAN!!

Tapi PESTA AMAL IBADAT!!



Sungguh bermakna jika duit yang digunakan untuk membeli makanan yang berlebihan itu dijadikan sedekah pada bulan yang mulia ini, atau makanan yang dibeli berlebihan itu disedekahkan kepada jiran tetangga atau mereka-mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat sama-sama merasa. Selepas berbuka terus solat berjemaah maghrib, isyak, dan tarawih. Suasana malam dihidupkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir yang indah dan bukannya bunyi mercun dan meriam buluh yang berdentum-dentam....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...