Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, August 23, 2011

Satu Hari Di Bulan Puasa

Kelihatan mulut kecilnya terkumat kamit seperti membaca jampi serapah, sambil itu beliau berpaling ke arah Gua yang sedang bersandar di sofa sambil menonton berita-berita bodek di peti televisyen sementara menunggu bilal melaungkan azan maghrib yang menandakan sudah masuk waktu berbuka bagi seluruh kawasan yang sama waktu dengan rumah Gua.


Gua buat tak peduli, "Ish dari mana budak ni belajar buat mulut macam ni?" bisik hati kecil Gua yang tulus suci.


Tapi makin lama, makin kuat mulut kecilnya berkumat-kamit. Gua mula respon.


"Oh ini muka manja mohon simpati, Oh mulut kumat-kamit ni tandanya lapar" Gua berfirasat.


"Tak mungkinlah, susu dah minum dua botol tak kan lapar lagi?" Hati busuk Gua cuba protes.


"Budak nak membesar memang perlu makan banyak, macam aku dulu la" Hati suci Gua membalas lagi tapi kali ini tacklenya sedikit keras.


Lalu dengan susah payahnya dan berbekalkan sumber tenaga yang masih ada berkat bersahur dengan gulai kurma ayam yang bini Gua masak, Gua gagahkan jua tulang empat kerat ini untuk bangun walaupun sekali sekala kedengaran urat belikat yang tersimpul berteriak kecil apabila ditegangkan menandakan Gua tidak muda seperti dulu.


Destinasi yang dituju adalah bahagian dapur, atau yang lebih tepat lagi ke "peti sejuk". Untuk ke sana Gua tidak memerlukan pertolongan GPS kerana tidak mungkin gua akan tersesat di dalam rumah Gua sendiri
yang luasnya hanyalah 1:20 daripada banglo mewah milik Dato' Yusuf Haslam yang terkenal dengan drama bersiri 'Gerak Khas' dan 'Si Capik'. Itu semua Gua tak peduli kerana amal ibadat yang boleh dibawa mati dan bukannya banglo mewah. Gua ingat lagi pesan Ustaz Gua, hidup ni kena 'Wasatiah'.


Berbalik kepada cerita Gua tadi. Pintu peti sejuk itu Gua buka sopan sambil mata melilau-lilau mencari apa yang boleh dijadikan santapan untuk anakanda tersayang.


"Apa kata kalau bagi Nestum Ok jugak, kenyangnya sampai ke malam" bisik hati Gua gembira.


Setelah puas menggeledah peti sejuk kesayangan bini Gua yang sarat dengan jajan-jajan beliau akhirnya Gua temui juga tupperware yang mengandungi bijirin Nestum anakanda Gua. Maklumlah, peti sejuk tersebut kali terakhir Gua membukanya dua bulan lepas. Gua tak suka makanan atau minuman sejuk.


Lalu tupperware Nestum Gua capai lembut sambil tangan kiri memegang mangkuk "Dora" kesukaan anakanda Gua.
Tangan kanan gigih membuka tutup tupperware tersebut.


"Oh bijirin Nestum sekarang amat kasar dan tidak sehalus yang Gua makan sewaktu Gua bayi dulu" fikir Gua sambil cuba mengimbau kenangan manis sewaktu menjadi bayi lama dahulu.


Bijirin Nestum tu Gua masukkan kedalam mangkuk "Dora" dan Gua campurkan sedikit air panas lalu Gua gaul dengan penuh kasih sayang dan dengan rasa penuh tanggung jawab sebagai seorang ayah yang mithali. Bismillah Gua baca dalam hati.


"Sudah tiba masanya untuk kamu makan wahai anakku" kata Gua tenang sambil anak Gua tersenyum melihat Gua datang bersama mangkuk "Dora" nya.


Gua duduk bersila dihadapan anakanda Gua dan bersedia untuk menyuapkan beliau bijirin Nestum yang Gua buat sendiri, tiba-tiba..


" Awat ayah duk pi suap OAT tu kat anak? Oat tu mami punya, bukan untuk baby" kata bini Gua sambil meniru loghat Penang berkat suka makan laksa Penang.



Kata-kata bini Gua membuatkan Gua terus meluru ke dapur mengambil baldi dan syampu lalu membasuh kereta dan motor serentak walaupun tak kotor sambil dalam hati Gua berkata,



"Cis macam mana Gua boleh tertukar Nestum dengan Oat".



Hari itu berlalu tenang sambil dalam hati Gua bertekad " Gua taknak tinggal solat terawih lagi".








2 comments:

  1. ayah oh ayah...
    kalu bab2 merepek yg karut2 kasi kat die lah!!!
    lenkali,carik benda pakai mata BUKAN pakai mulut...

    ReplyDelete
  2. kadangkala mencari sesuatu itu lebih cepat pakai mulut daripada pakai mata..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...