Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, December 1, 2011

TOYOL Curi Laptop

Tu dia sekor TOYOL kecik, sekor TOYOL besar duk curi laptop


JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.



Pandai pulak dia menyorok

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.


Berita ni gua amik kat SINI



Gua rasa budak-budak ni dah terpengaruh dengan cite-cite dan filem-filem merepek kat Malaysia ni. Dari drama dan filem lah mereka diajar buat jahat, buat jenayah. Daripada tak tahu, jadi tahu. Mana taknya, semalam gua tertengok satu drama melayu dan gua masih ingat lagi satu dialognya yang paling bangang ;


"Bos jangan risau, mayat budak tu saya dah campak jauh-jauh dalam hutan, mukanya saya dah bakar supaya orang tak kenal dan ibu jarinya dah saya potong supaya identiti mayat tak dikenali"




Fikirlah dengan waras, cite lu tu bukan orang tua bangka je tengok, remaja, budak-budak sekolah semuanya tengok. Melalui cite, lu secara tak langsung ajar mereka buat jenayah. Kalau dulu mereka takut untuk buat jenayah, sekarang lu ajar mereka cara nak lupuskan bukti. Mereka sedikit demi sedikit menjadi makin berani.


Haloo..lu yang terlibat dengan penapisan dan meluluskan drama atau filem, sini gua nak pesan.
Sekarang ni kat dalam TV berlambak-lambak drama atau filem yang berkisarkan hantu, tahyul, gangsterisme, mat rempit, jenayah, cinta-cintun..semuanya macam bab*!!. Penerbit dan pengarah filem/drama mereka semua cari makan. Mana yang orang suka itu yang mereka buat. Tanggungjawab lu, sekat semua benda mengarut macam ni dari terus menular dan mempengaruhi pemikiran generasi muda. Gua taknak generasi akan datang hanyut dengan benda-benda sial macam ni. Mana menteri lu yang cakap pom pam pom pam tapi habuk pun tarak??


Ciss!!..sebelum banyak lagi kata kesat keluar, gua blah dulu..






Fak LU!!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...