Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, May 24, 2011

1JZ - GTE Twin Turbo


Semalam lepas pusing punya pusing kedai potong, lepas kasut kawin gua jadi hitam kena minyak itam. Setelah berpanas, berhujan dan bersesak-sesak di jalanraya dan di lebuhraya. Akhirnya emas dari Jepun yang gua cari berjaya dijumpai. Lepas ni akan bermulala satu project yang gua namakan "Projek Ah Ah". Bukan main susah mahu mendapatkan beliau kerana permintaan terhadap beliau amat laris macam goreng pisang panas Mak Cik Kalsombi.




Kod E-JZZ30 gua rasa dari Toyota Soarer, bukan Supra. Gua kurang pasti sebab bodypart dah tiada. Tapi ianya masih enjin yang sama macam Supra.



Halfcut 1JZ ni kian pupus, sama seperti kawan-kawan beliau yang lain seperti 1G, 2JZ, RB26, RB26, RB25, RB20, SR20DET, CA18DET dan lain-lain. Ini kerana di Negara Jepun kereta-kereta yang menggunakan enjin yang sedemikian telah hampir pupus akibat dasar automotif negara matahari terbit itu yang membenarkan sesebuah kenderaan itu berada diatas jalanraya hanya untuk tempoh lima tahun sahaja. Kemudian kereta-kereta ini dijadikan kereta skrap dan dieksport kenegara-negara membangun. Enjin-enjin dari kereta generasi baru ni gua rasa macam takleh blah je. Gua rasa engineer sekarang ni terdiri daripada budak-budak skema yang dapat kerja kat kilang kereta disebabkan pointer yang cemerlang. Ah merepek plak gua..cis!!






Nantikan Kemunculan "Projet Ah Ah" gua pada entry yang akan datang. Gua lapar, nak pegi makan burung merpati jap.

2 comments:

  1. Berapa harga bro 1jz gte 2?


    ReplyDelete
  2. Encik ladin, enjin ni gwa beli tahun 2011. Harga masu tu RM3500. Beli kat Mun lee Puchong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...