Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, June 14, 2011

Cuti Sekolah Ibarat Hari Raya Di Kelantan

Dua minggu lepas gua bersama keluarga ada balik ke Kelantan sempena cuti penggal persekolahan. Walaupun gua bukan cikgu dan anak gua belum bersekolah tapi gua tetap mahu balik kampung waktu cuti sekolah.

Cuti Sekolah = Hari Raya

Ye betul!!







Di Kelantan apabila tiba musim cuti sekolah, maka akan bergendanglah periuk dan belanga, akan tumbanglah ribuan ekor lembu, akan sibuklah si tokey ayam, akan kalutlah si penjual santan, pesilat teguh menyusun langkah, kumpulan dikir barat gendang bergendang, maka bergembiralah para kedua mempelai.

Di segenap ceruk kampung dan bandar sarat dengan kenduri kendara. jalanraya, jalan kampung penuh adanya dengan jentera besi yang hingar bingar menuju kerumah sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Yang jauh sudah didekatkan, yang dekat sudah dimesra-mesrakan dan yang mesra sudah diserasi-serasikan.

Begitulah hebatnya kenduri-kendara di Kelantan.

Walaupun Negeri Kelantan tidak banyak tempat pelancongan menarik seperti mana di Terengganu, namun ia tetap menjadi pilihan pelancong disebabkan keunikan rakyatnya yang mesra, peramah dan berbudi bahasa. Negeri yang kaya seni budaya. Makanan yang enak walaupun agak manis semanis senyuman orangnya.

Silat, Wau Bulan, Wayang Kulit, Dikir Barat, Mak Yong, Kertuk, Rebana Ubi, Gasing, pendek kata ADO BELAKO.


Itu belum lagi tempat membeli-belah. Walaupun di Negeri Kelantan tiada pusat beli-belah sehebat Pavillion, Suria KLCC, Mid Valley dan lain-lain pasaraya besar kepunyaan kapitalis barat yang tidak perlu dibanggakan, Gua amat bangga dengan reputasi Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor yang sentiasa penuh dengan pengunjung tambahan pula pada musim cuti sekolah. Ada yang datang dengan kereta dan ada yang datang dengan bas. Nak cari parking keta pon susah, kalau ada pun jauh sangat, nak kena jalan kaki pulak. Masing-masing kiri kanan tangan penuh dengan beg plastik hasil belian. 99% peniaga adalah orang melayu kita. Ini akan meningkatkan lagi taraf hidup dan pendapatan bangsa kita.


Pintu masuk Pasar Borong Wakaf Che Yeh


Gua bangga kerana rakyat Kelantan mempunyai sifat dan semangat berniaga yang tinggi. Mereka usahawan sejati. Di Kelantan anda tidak perlu bersusah payah hendak ke pasar untuk membeli ikan, ayam dan daging serta sayur-sayuran kerana di tepi-tepi jalan sudah banyak gerai-gerai yang menjual semua itu tumbuh bagai cendawan. Ayam, ikan daging, sayur semuanya fresh. Tidak seperti di pasaraya yang dijual semuanya sudah disimpan di dalam peti sejuk dan ais.


Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang




Woi dah lari topik la..gua dah melalut..gua chow dulu..


Apa pun dari gua..


" Kelantanese The Great"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...