Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Sunday, June 12, 2011

Yang Lepas Usah Dikenang

Adoi, dari semalam sampai ke harini mood gua masih suram. Gua percaya mood fans The Red Warriors yang lain pun sama. Tambah lagi fans yang ke Stadium Bukit Jalil dari Kota Bharu. Gua dah boleh bayang dah, dalam perjalanan balik semalam atau harini masing-masing tak bercakap.

Bagi gua sepatutnya, pasukan Kelantan dah patut menang Piala FA semalam, tapi mereka cepat leka dan membiarkan pemain Terengganu menjaringkan gol pada saat-saat akhir perlawanan.







'Gua salute pemain pasukan Terengganu yang tidak pernah berputus asa sehingga ke saat akhir'

Gol penyamaaan dari pasukan Terengganu semalam adalah berpunca dari tandukan pemain Kelantan sendiri iaitu Daud Su.

Disebabkan jaringan sendiri Daud Su semalam, beliau dikecam hebat fans Kelantan.

Harini saja dekat 10 page mengutuk dan 'back up' Daud Su wujud di pesbuk.







Bagi gua, yang lepas usah dikenang. Kita fokus pada Liga Super & Piala Malaysia.

Gomo Kelate Gomo!!






p/s: gua dengar berita ada fans yang Red Worrior yang meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa perjalanan balik. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...