Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Sunday, November 20, 2011

Gelora Bung Karno Bergelora Lagi

21 November 2011 sekali lagi Stadium keramat Timnas Indonesia, Stadium Gelora Bung Karno pasti bergelora lagi dengan sorakan "Ganyang Malingsia" kerana perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea menemukan pasukan bawah 23 tahun negara menetang pasukan Indonesia.

Walaupun beberapa hari lepas pasukan negara dah mengalahkan pasukan Indonesia 1-0 diperingkat kumpulan, gua harapkan agar pemain negara jangan terlalu yakin dengan kemenangan tipis tersebut. Mereka ada kelebihan kerana mereka bermain ditempat sendiri. Dibantu pula oleh sorakan ratusan ribu penyokong mereka yang mengGILA.

Dulu gua masih ingat yang orang selalu katakan yang penyokong bolasepak Kelantan paling gila di Malaysia, tapi penyokong Indonesia lagi hebat. Mereka terlalu taksub dan sanggup melakukan apa saja. Mereka tidak boleh terima kenyataan jika pasukan mereka kalah.

Hanya di Indonesia sebuah pasukan bolasepak ke stadium menaiki 'BARRACUDA'.



Kereta Perisai Indonesia - BARRACUDA



Penyokong Kelantan, kami tidaklah seganas itu. Kami masih mempunyai adat ketimuran dan iman yang masih membataskan kami untuk bertindak di luar kawalan. Tapi kadangkala ejekan dan provokasi yang melampau membuatkan sesetengah dari kami tidak tahan dan memberi respon. Kami tidak akan kacau orang lain jika tidak dikacau. Kata pepatah, "Harimau yang tidur jangan dibangunkan, buruk padahnya".




Awas!! Kami orang 'GEDEBE' kerana Kami 'BAKA OGHE BERANI'.





Tapi Gedebe kami Gedebe bertempat.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...