Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Thursday, July 5, 2012

Audit Assessment Centre





Minggu lepas gua kena panggil untuk menghadiri Audit Assessment Centre (AAC) untuk jawatan Juruaudit W41 di jabatan Audit Negara setelah melepasi ujian bertulis dua bulan lepas. gua diminta melaporkan diri di INTAN Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu. AAC atau PAC ni mengambil masa selama dua hari satu malam sahaja. Penginapan dan makan minum disediakan pihak INTIM.

Gua adalah batch pertama yang dipanggil untuk AAC yang baru pertama kali diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara untuk pengambilan Juruaudit W41. Kalau dulu, hanya jawatan PTD sahaja yang ada PAC. Tetapi kini boleh dikatakan semua pengambilan baru bagi gred 41 diadakan PAC. Tujuannya adalah untuk membuat tapisan yang mendalam bagi memilih calon yang betul-betul berkualiti daripada ribuan pemohon sebelum ke peringkat temuduga.

Aktiviti selama dua hari ni boleh dikatakan agak mencabar dan memerlukan kemahiran bercakap dan berfikir secara spontan atau communication skills yang baik. Kemahiran berbahasa Inggeris juga penting kerana terdapat dua aktiviti berbahasa inggeris iaitu group discussion - case study dan public speaking. Dua aktiviti lagi adalah dalam bahasa melayu. dan satu aktiviti senam robik.

Semasa seisi pendaftaran, gua telah menjalani satu ujian psikologi secara bertulis dan satu ujian air kencing ataupun urine test yang dijalankan oleh pihak AADK bagi memastikan calon calon bebas daripada sebarang jenis dadah.

Gua ada nak bagi tips sikit jika lu pun berjaya menghadiri PAC ini. Untuk public speaking sebaik baiknya lu cari atau sediakan lebih awal skrip atau teks untuk public speaking kerana apabila lu diberi tajuk, lu sudah ada apa yang perlu disampaikan. Tajuk-tajuk yang biasa untuk public speaking ni adalah sport, fraud, health, integrity, education..lebih kurang macam tu. Ada dua tiga tajuk lagi gua tak berapa ingat.

Jadi kalau lu terpilih, buat persiapan awal, banyakkan membaca akhbar berbahasa inggeris dan jangan malu untuk bercakap.

Gua doakan kita semua berjaya. Amin. InsyaAllah.


Ni motto Jabatan Audit Negara.

"Auditan Berkualiti Pasti Meningkat Akauntabiliti"




Ayat omputih gua "sharing is caring".

4 comments:

  1. Siapakah anda ini?
    Mana tahu kita ni satu kumpulan masa PAC Juruaudit kat INTAN dulu tu?

    ReplyDelete
  2. Lulus tak..macam mana result?

    ReplyDelete
  3. gua hanya sampai setakat interview sahaja..tak lepas interview..tak dak rezeki

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah lulus PAC. Tapi kantoi interview..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...