Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Monday, December 27, 2010

Laser Cik Kiah Petola

"Amboi..amboi..amboiiiiiiii.....sedap sungguh hang kata kat aku no, mulut hang takdak insurans ka?" Cik Munah Mentimun maki hamun Cik Kiah Petola sambil berlalu..


Cik Kiah Petola memang femes ngan mulut laser beliau.


Orang kampung beliau semua dah paham sangat ngan mulut beliau yang kadang-kadang bau macam longkang tu.


Ketua kampung beliau iaitu Haji Karim Vespa Oren pun dah puas bagi nasihat supaya beliau berubah."Kiah, kamu masih tak ubah-ubah macam dulu jugak ya? rumah kata pergi, kubur kata mari pun kamu masih begini. Aku bukan marahkan kau, coma bagi nasihat. Itupun kalau kau sudi mendengarnya".


Namun, beliau masih tetap dengan hobi beliau yang berkata-kata tanpa berlapik, tanpa kiasan yang akan mengguris hati sesiapa yang mendengarnya jika yang mendengar kata-katanya itu dalam hatinya ada taman. Tak kiralah taman bunga ka, taman mainan ka, mahupun taman sarkis.


Adapun Cik Kiah petola tidak disenangi penduduk Kampung Batang Berjuntai kerana mulut lasernya yang suka laser orang dan suka menjaja cerita orang yang lebih laris daripada penjaja ikan yang menjaja ikan di pasar sehari di muara sungai Kampung Batang Berjuntai, beliau sangat disenangi kerna sifat semulajadi beliau yang sangat pemurah dan jujur orangnya.


Kadang-kadang beliau ibarat internet yang pantas menyampaikan berita terkini walaupon pada masa itu hanya terdapat radio kotak dan piring hitam sahaja yang memutarkan lagu P.Ramlee & Saloma dan lagu pok pok bujang lapuk menjadi siulan anak-anak muda yang lepak di atas jambatan sambil mengacau anak dara yang pulang dari pasar malam untuk membeli bedak paket.


Akan tetapi, seluruh umat Kampung Batang Berjuntai hairan yang amat sangat kerna sudah tidak mendengar lagi bingitan suara becok dan laser Cik Kiah Petola. Ke mana beliau menghilang? Adakah beliau disorok bunian atau hantu kopek? Segenap warung kopi dan warung ais kacang hangat bercerita tentang kehilangan Cik Kiah Petola.


Akhirnya Ketua Kampung, Haji Karim Vespa Oren dan kuncu-kuncunya dapat menemui Cik Kiah Petola bersembunyi di rumahnya dan bukannya disorok hantu kopek. Maka berduyun-duyunla hamba rakyat, orang kampung ada yang datang bertongkat, ada yang datang berlari, ada yang datang berusung, semuanya penuh membuak-buak membanjiri halaman rumah Cik Kiah Petola yang luas nya sekangkang kera yang kalau nak dibuat kebun petola pun tak lepas 5 pokok untuk mengetahui sebab musabab mengapa dan sebab apa beliau bersembunyi dan menyorok diri umpama katak dibawah tempurung.


Akhirnya setelah disoal siasat beberapa purnama oleh skuad CSI yang dibiayai oleh Ketua Kampung beliau, Cik Kiah Petola membuka cerita, membuka rahsia. Rupa-rupanya Cik Kiah Petola sudah tidak bermulut laser lagi kerna laser pada mulutnya sudah kena curi ketika beliau sedang nyenyak tido bersama bantal busuknya dikala bulan bermain biola.


====================================================================


Selepas berpuluh-puluh tahun selepas itu, laser Cik Kiah Petola dapat dikesan muncul kembali di Bukit Jalil, suatu tempat yang jauh sekali dari tempat asalnya Kampung Batang Berjuntai. Laser itu muncul ditengah-tengah keramaian orang yang sedang menonton perlawanan bolasepak di antara negara harimau belang yang menentang negara garuda. Laser itu muncul tiba-tiba di muka penjaga gol negara garuda yang menyebabkan matanya silau ibarat kepalanya. Kemunculan kembali laser ini di Bukit Jalilmasih menjadi bualan hangat sehangat mulut laser Cik Kiah Petola satu ketika dahulu..


Sekian arakian kisahnya..














(haha..lu kena tipu.gua mengarut sebab gua boring, tapi budak yang main suluh laser semalam kalau gua dapat gua bagi lempang berirama sampai dia jadi cerdik. memalukan negara sahaja. apapun tahniah untuk Malaysia. 3-0 amat selesa. tapi jangan lalai)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...