Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Tuesday, December 21, 2010

Malang Tidak Berbau, Ketiak Lu Yang Berbau

Semalam bila gua bukak je tivi Vok gua, terus kuar berita kemalangan ngeri bas persiaran kat Km 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai. Gua terus jadi cuak. Emosi gua sedih bercampur marah. 27 orang terbunuh. 22 orang mati di tempat kejadian.

Kejadian kemalangan bas ni bukan hari ni je gua dengar. Dah acap kali. Tambah-tambah lagi bila musim perayaaan. Tiap kali tu jugak gua ada laporan yang syarikat bas xde permit la, pemandu bas xdak lesen la, bas tu dah ada 10 saman tertunggak la. Macam-macam perkara sial lain lagi la. Semuanya menyalahkan syarikat bas dan pemandu bas.

Pastu sibuk plak tubuh jawatankuasa siasatan tu, jawatan kuasa ni untuk siasat insiden tu. Berduyun-duyun la bapak polisi ngan Jay Pi Jay wat operasi nak tahan bas. Tunggu kat stesen bas. Bukak payung tepi jalan, semata-mata nak pantau bas dan pemandunya.

Tapi bagi gua tu suma fuk!!

Kenapa selepas sesuatu benda tu berlaku baru nak bersungguh nak cegah??

Yang mati dapat idup balik kah??

Yang putus kaki dapat sambung balik kah??

Yang cacat dapat jadi normal balik kah??

Sebelum ni mana lu orang pegi??

Lu orang tak buat kerjakah??

Bila orang tivi datang baru nak tunjuk rajin buat kerja kah??

Itu kerja Lu

Lu kena amik tau

Memang malang tak berbau

Tapi ketiak lu bau masam

Lu ingat pesan gua

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"

Kalo tu pun lu tak ingat..









Lu bangang!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...