Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Al-Kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-Kisah. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Alamak

Alamak.

Esok gua kena buat lagi sekali.

Dokumen yang gua taip tadi entah macam mana hilang pulak.

Jin tanah mana yang hilangkan pun gua tak tau.

Esok due date woi.


'Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan'


Tiba-tiba plak gua emosional. :p







Friday, April 13, 2012

Isipadu




Berapa belas tahun dah gua tinggalkan formula ni.


Esok nak exam.


Formula mengarut-ngarut.


Gua kelam kabot.

Tuesday, April 10, 2012

Adat Bekeluarga

Bila kita mengahwini sesorang itu bermakna kita telah mengahwini seluruh ahli keluarganya.

Maksud gua bukan lu boleh bersetubuh dengan ahli keluarganya sesuka hati. Otak kuning!

Ertinya, lu mesti terima baik buruk keluarga pasangan lu.

Menjaga hati, itu pasti!

Jangan meninggi diri, kelak lu rugi.

Dendam jangan disimpan di dalam hati.

Hidup ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas.

Kadang kala kita di bawah.

Bila di bawah itu..sakitnya tidak terperi.






Dari Hujung Bulan Dua

Hujung Bulan Dua : Kuala Lumpur satu minggu
Awal Bulan Tiga : Sabah satu minggu
Minggu Kedua Bulan Tiga : Kelantan satu minggu
Minggu Ketiga Bulan Tiga : Sarawak satu minggu
Minggu Terakhir Bulan Tiga : Kuantan satu minggu
Awal Bulan Empat : Kuala Lumpur satu minggu


Semuanya pasal kerja..


Hanya 4 hari lepas sempat balik kampung tengok anak buah baru.


Sebab tu lah blog gua berabuk..


Fuh..fuh...


Ha...ha...haa...shimm...


Habuk masuk hidung gua.






Monday, March 26, 2012

Bernafas Kembali

Berabuk.

Lupa kata laluan.

Hampir dilupakan.

Sebulan gua sibuk dengan urusan duniawi.

Kini.

Blog ini Bernafas Kembali.

Wassalam.







Wednesday, February 1, 2012

Peristiwa Pagi Hari

Pagi tadi masa perjalanan gua ke tempat kerja, suasana tenang macam biasa. Jarak rumah gua ke tempat kerja lebih kurang enam belas kilometer.


Sesampainya gua di kilometer keenam, gua nampak suasana yang biasanya tenang seperti ada sedikit kekalutan. dari jauh gua sudah nampak sebijik kuda putih (moto polis trafik) parking atas jalan raya.


"Pergh..pagi-pagi dah buat road block, nak tambah traffic jam la ni" gua menyumpah dalam hati.


Gua memulas pendikit minyak motosikal gua tenang menuju ke depan. Apa nak takut, lesen, road tax semua ada. Sesampainya gua ke tempat kekalutan itu, gua dapati sangkaan gua meleset. Tiada sekatan jalan raya. Sebaliknya, KEMALANGAN JALAN RAYA.


Ya, Allah masih ada mayat diatas jalanraya yang ditutupi kain putih yang penuh darah.


Meremang jugak bulu roma gua, kelajuan motosikal, gua diperlahankan. Gua hanya berlalu sambil sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa seandainya arwah beragama islam. Gua mana boleh tengok darah bro.


Gua meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal secara skema seperti budak yang sedang belajar motosikal di sekolah memandu sambil berdoa pada Allah semoga gua dijauhkan daripada kemalangan dan bala bencana. Amin.







Nota: Gua rasa mat-mat rempit tu ada dua nyawa, sebab tu mereka sangat berani.




















Tuesday, January 31, 2012

Sekejap Masa Berlalu

Pada hari ini tiga puluh satu haribulan Januari dua ribu dua belas masihi adalah hari terakhir pada bulan pertama untuk tahun dua ribu dua belas. Pada esok hari kita akan memasuki bulan kedua iaitu bulan Febuari.


Bulan Febuari bagi gua cukup bermakna kerana pada bulan ini pada dua tahun lepas iaitu pada tahun dua ribu sepuluh gua telah selamat mendirikan masjid. Baru rasa macam semalam je gua kawin tapi dah nak masuk dua tahun. Kehangatan itu masih terasa..haha..


Bulan Febuari atau juga dikenali dengan bulan dua pada tahun ini akan mengambil masa selama dua puluh sembilan hari. Berbeza dengan bulan-bulan dua pada tahun yang lepas kerana tahun ini adalah TAHUN LOMPAT. Bukan lompat macam katak atau macam Ibrahim Ali. Tahun lompat ini terjadi setiap empat tahun sekali.


Sesiapa yang lahir pada dua puluh sembilan haribulan dua akan menyambut ulangtahun hari kelahiran mereka setiap empat tahun sekali. Sungguh kesian.


Dibawah adalah fakta berkaitan tahun lompat yang gua cilok dari wikipedia.


29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.

Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.

Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.














Thursday, January 19, 2012

Apasal Ni?

Mata gua tak bleh nak celik ni. Berat semacam je.


Oh, baru gua ingat.


Semalam gua tidur lewat.


Pagi tadi pulak balun nasi lemak.


Gua beradu dulu.


Maklumlah gua kan penternak yang berjaya.



Penternak lemak!!





Tuesday, January 17, 2012

Perangai Manusia

Bila hujan.

Pekerja Pejabat : "Macammana nak gi kerja ni hujan lebat. Nak naik moto takut basah. Nak naik keta takut jem".

Suri rumah : "Alamak hujan pulak, nak jemur kain macam mana ni?"


Bila panas & kemarau.

Pekerja Pejabat : "Panas betul harini, kalau hujan kan best".

Suri rumah : "Alamak mati habis pokok bunga aku ni, lupa siram. Kemarau punya pasal la ni".




Memang perangai manusia tak pernah pandai nak bersyukur.





Kalau Pasal Duit

Duit. Siapa taknak woi. Orang gila kalau bagi duit pun dia ambik. Budak darjah satu pun dah pandai mintak duit poket lima ringgit.


Kata orang duit bukanlah segalanya. Tapi ingat, segalanya perlukan duit. Nak berak pun kena bayar tiga puluh sen. Tu nasib baik tiga puluh sen sekali masuk, kalau tiga puluh sen seketul. Mau lu teran berak panjang-panjang biar jadi seketul. Apa kes cerita pasal taik pulak ni?


Duit bro!


Adik beradik pun boleh bergaduh. Tak lama dulu gua ada baca berita ada adik sanggup bunuh abang sebab duit lima puluh ringgit Malaysia sahaja. Semurah itu nilai nyawa abangnya.


Orang sanggup buat apa saja demi duit!


Cara cepat untuk dapat duit, merompak, mencuri, menyamun, meragut, ambik rasuah, tipu orang. Macam-macam lagilah. Tapi ni cara haram. Tuhan marah, dapat dosa. Duit cepat dapat, cepat habis. Kalau kena tangkap, makan tak habis.


Duit takleh bawak mati!


Memang betul. Tapi kalau lu masa hidup guna duit tu untuk kebaikan, kebajikan, derma yang ikhlas, tolong orang dan macam-macam lagi nilai murni yang lu buat dengan duit tu, duit tu boleh bawak mati. Tapi melalui pahala!



Lu jangan tak tahu, sekarang ni mati pun pakai banyak duit.




Thursday, January 12, 2012

Jangan Samakan Dengan Keris

Keris besi buruk pun boleh jual mahal sebab ada nilai sejarah.


Excavator bila rosak.


Timbang kilo je la kat kedai besi Maniam.

Cempedak Jadi Nangka

Kalau Cempedak jadi Nangka.
Apa yang jadi Cempedak??




Ini yang bini gua pesan



Ini yang gua beli




Jawapannya, Kueh Lapis yang jadi Cempedak.


Bini gua??


Bini gua jadi MARAH.











Tuesday, January 10, 2012

Burung Marah

Apa yang istimewa sangat dengan burung marah ni?

Dari budak-budak sampaikan ke mak bapak budak pun suka pakai baju burung marah ni.

Meluat gua tengok!

Berasal dari permainan telefon bijak.

Jenama dan gambar burung marah ni dah melekat merata rata.

Dari baju, beg sekolah, kotak pensel, bantal kecik. kole, topi, patung permainan semuanya burung marah.

Sampai kek hari jadi pon kek burung marah.


Ini yang gua plak nak marah ni.






(gua heran kenapa burung marah je orang suka, khinzir dalam tu orang tak suka? oh gua lupa, khinzir tu jahat. suka curi telor burung. sebab tu burung marah. Babi punya khinzir)











Friday, January 6, 2012

Entri Tiada Tajuk

'kreett..kreett.." bunyi Nokia cabuk gua.


"Bro, gua MC arini. Muntah-muntah. Angin kot. Bagitau bos yea. Tq".


Hafiz. Rakan sepejabat gua menghantar pesanan ringkas.


"Orait. Selamat berehat".


Gua balas ringkas.


"Bos, Hafiz MC harini. Dia tak berapa sihat". Gua sampaikan amanat Hafiz pada bos gua.


"Sakit apa?" Soal bos gua.


"Katanya muntah-muntah" Gua jawab.


"

Duit Yang Tak Pernah Cukup

Makin Besar Periuk.
Makin Besar Keraknya.


Tu pepatah moyang lu. Moyang gua, gua tak pasti.


Lu gaji seribu ringgit Malaysia :

Lu pakai jeans bundle.
Lu pakai t-shirt uptown.
Lu pakai kereta kancil.
Lu makan kedai mamak.
Makan Mek Di sebulan sekali.
Lu duduk rumah teres.


Lu gaji sepuluh ribu ringgit Malaysia :

Lu pakai jeans butik.
Lu pakai kemeja linen.
Lu pakai BMW ke Alphard ke.
Lu makan kat hotel.
Mek Di & Kentaki lu dah boring.
Lu duduk rumah banglo.



Dua-dua duit tak pernah cukup.



Tapi.


Lu yang gaji sepuluh ribu ringgit Malaysia lebih selesa dan bergaya.


Sabar!


Lu yang gaji seribu ringgit Malaysia jangan risau.


Lu ingat satu perkara.



Duit yang banyak tak boleh buat PAHALA kalau TIDAK PERNAH MENDERMA.
















Tuesday, January 3, 2012

Syukur 2012

Alhamdulillah.


Kita masih bernyawa.
Kita masih boleh makan.
Lepas kita makan kita masih boleh berak.
Kita tidur dalam rumah.
Kita boleh blah.
Pendek kata semuanya boleh.
Malaysia Boleh!



Selamat tahun baru 2012. Semoga azam tahun baru ini lebih baik dari tahun lepas dan azam tahun lepas telah terlaksana. InsyaAllah.






Dah tiga haribulan satu baru nak ucap selamat tahun baru?




erkk..


Friday, September 23, 2011

Cinta & Kentut



CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana.

CINTA tertahan = Sengsara, KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, “Ahhh, CINTA monyet…!”
KENTUT didepan banyak orang, “Sialan, monyet lu…!”
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
Kalau sudah CINTA: “Dimana engkau duhai kekasih?”
Kalo sudah KENTUT: “Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku gak…?!!!”
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.





p/s : bau kentut bila makan telor banyak..perghhhh..







Monday, June 13, 2011

Apa Yang Gua Nampak



Daripada pemerhatian gua selama gua hidup.

manusia yang memandu kenderaan tanpa menyalakan signal ketika membelok adalah manusia yang...



"Tiada Akal"







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...