Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label The Red Warriors. Show all posts
Showing posts with label The Red Warriors. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

FAM Bunk Suck!!





FAM makin lama makin teserlah kebodohannya. Tiada lagi pasukan bolasepak di dunia ini menerima piala di dalam dewan. Mungkin Kelantan adalah pasukan pertama.

Kerana apa?

Alasan bodoh FAM. Para pegawai mereka sedang sibuk dengan SUKMA.

Woi FAM, kami dah menang piala ni. Kami nak kongsi dengan para penyokong pasukan kami. Bukan dengan pegawai lu! Lantaklah diaorang sibuk dengan SUKMA ke? SUKTHAI ke?

Yang penting kami nak Majlis Penyerahan Piala Liga Super tu di buat di Stadium SMIV pada perlawanan terakhir kami nanti.

Adakah kerana pasukan Kelantan yang menang Liga Super maka FAM suka hati mak bapak dia nak buat apa saje. FAM memang tak habis habis sakit hati dan cemburu dengan kejayaan Pasukan Kelantan yang di terajui oleh Tan Sri Anwar Musa.

Tan Sri Anwar Musa (TSAM), satu susuk yang dilihat boleh menggugat kedudukan Ahli Majlis Tertinggi FAM yang lain kerana kebijaksanaan beliau menguruskan Pasukan Bolasepak Kelantan sehingga menjuarai banyak piala dan menjadi satu pasukan yang digeruni buat masa ini. TSAM juga mempunyai pengaruh yang sangat besar dan sangat pandai menarik hati penaja sehinggakan terlalu banyak syarikat korporat yang mahu menaja Pasukan Bolasepak Kelantan, tengok saja jersi bolasepak Kelantan, penuh dengan logo penaja. Sebab itulah TSAM disingkirkan dari FAM atas alasan yang tidak munasabah dan hukuman yang dikenakan ke atas beliau sangat kejam. 

FAM kini makin dibenci semua penyokong pasukan bolasepak di Malaysia kerana bukan sahaja mementingkan kroni, malah rangking pasukuan bolasepak Malaysia diperingkat antarabangsa yang makin merosot juga menjadi penyebabnya. FAM dilihat tidak berfungsi. Yang lebih memualkan, FAM sanggup mengubah format didalam liga tempatan semata mata untuk menjaga kepentingan atau memberi kelebihan kepada sesebuah pasukan yang menjadi 'Anak Emas'nya. 

Kami Penyokong Kelantan tidak boleh menerima perbuatn FAM!

Barang diingat, pendapatan FAM juga sebahagian besar datangnya dari penyokong Kelantan yang sentiasa memenuhi stadium walaupun harga tiket lebih mahal dari negeri lain.RM15.

Kalau kita berterusan diperlakukan begini, gua cadangkan kepada TSAM ada baiknya kita keluar sahaja daripada Liga Malaysia pada tahun hadapan. Kita main Liga Thailand ataupun Liga Singapore. Gua yakin pasukan kita mampu bersaing.

Jangan biarkan orang terus pijak kepala kita. Kerana kita juga ada maruah.

FAM BANGSAT!









Monday, July 9, 2012

Alhamdulillah




Inilah yang kita mahukan. Inilah yang telah terbukti.
Piala Liga Super masih lagi di bumi Malaysia.
Dan The Red Warriors adalah penyelamatnya.
Dari dirampas pasukan seberang tambak.
The Red Warriors sesuai dengan namanya.
Pahlawan Merah yang menyelamatkan maruah negara.
Piala Liga Super masih kekal dibumi Kelantan untuk dua tahun berturut turut.

Menjerut Seladang 6 berbalas 0.
Itulah kemenangan bergaya Sang Juara untuk menjuarai dan bertakhta di puncak liga.

Tahniah.




Friday, July 6, 2012

The Red Warriors Penyelamat Maruah Bolasepak Malaysia



Tidak keterlaluan jika gua berkata sedemikian. Ya kerana gua yakin. Ianya akan menjadi satu kepastian tidak lama lagi.

Kelantan satu satunya pasukan penyelamat maruah bolasepak Malaysia!

Kerana hanya Kelantan sahaja pasukan yang mampu menyekat pasukan Lion XII untuk merampas Piala Liga Super dari bumi Malaysia.

Hari ini 06.07.2012. Kelantan dengan 54 mata di depan pasukan Lion XII dengan 50 mata. Kelantan mempunyai tiga (3) baki perlawanan. Manakala pasukan Lion hanya ada dua (2) baki perlawanan sahaja.

Walaupun pasukan Kelantan mempunyai halangan getir dari mereka mereka yang cemburu dan iri hati dengan pencapaian pasukan Kelantan, yang terburuk ialah penggantungan Presiden KAFA selama 30 bulan. Namum itu bukan menjadi faktor untuk melemahkankan semangat pasukan Kelantan yang di kendali jurulatih Bojan Hodak, sebaliknya pasukan Kelantan bertambah kuat.

Untuk musim ini, Kelantan telah berjaya memenangi Piala FA. Tidak lama lagi Piala liga Super, dan tidak mustahil untuk memenangi Piala Malaysia untuk kali kedua dan menjadi pasukan dari Malaysia yang pertama menjuarai Piala AFC. InsyaAllah.

Rahsia kejayaan pasukan Kelantan adalah kekuatan pemain ke 12 nya.



Go More Kelate Go More!





Wednesday, November 30, 2011

KEPUTUSAN ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011

KEPUTUSAN ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011

1.Kelab Terbaik: PKNS
2.FA Terbaik: FA Selangor
3.Pemain Harapan: Wan Zack
4.Jurulatih Terbaik: Irfan Bakti
5.Penyerang Terbaik: Mat Yo
6.Midfield Terbaik: Shafiq Rahim
7.Defender Terbaik: NorHafiz Zamani Misbah
8.Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Apek)
9.Anugerah Supermokh: Mat Yo


Kategori pemain dipilih oleh 28 jurulatih dari liga Malaysia. Manakala FA terbaik dipilih oleh Jawatankuasa Pertandingan FAM.


Cuba teka siapa pemilik jawatan Jawatankuasa Pertandingan FAM ini. ? Misi 33 diteruskan??




Tahniah untuk semua pemenang kecuali kategori FA terbaik dari KOKSEY KOKDAM.







Sunday, November 20, 2011

Gelora Bung Karno Bergelora Lagi

21 November 2011 sekali lagi Stadium keramat Timnas Indonesia, Stadium Gelora Bung Karno pasti bergelora lagi dengan sorakan "Ganyang Malingsia" kerana perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea menemukan pasukan bawah 23 tahun negara menetang pasukan Indonesia.

Walaupun beberapa hari lepas pasukan negara dah mengalahkan pasukan Indonesia 1-0 diperingkat kumpulan, gua harapkan agar pemain negara jangan terlalu yakin dengan kemenangan tipis tersebut. Mereka ada kelebihan kerana mereka bermain ditempat sendiri. Dibantu pula oleh sorakan ratusan ribu penyokong mereka yang mengGILA.

Dulu gua masih ingat yang orang selalu katakan yang penyokong bolasepak Kelantan paling gila di Malaysia, tapi penyokong Indonesia lagi hebat. Mereka terlalu taksub dan sanggup melakukan apa saja. Mereka tidak boleh terima kenyataan jika pasukan mereka kalah.

Hanya di Indonesia sebuah pasukan bolasepak ke stadium menaiki 'BARRACUDA'.



Kereta Perisai Indonesia - BARRACUDA



Penyokong Kelantan, kami tidaklah seganas itu. Kami masih mempunyai adat ketimuran dan iman yang masih membataskan kami untuk bertindak di luar kawalan. Tapi kadangkala ejekan dan provokasi yang melampau membuatkan sesetengah dari kami tidak tahan dan memberi respon. Kami tidak akan kacau orang lain jika tidak dikacau. Kata pepatah, "Harimau yang tidur jangan dibangunkan, buruk padahnya".




Awas!! Kami orang 'GEDEBE' kerana Kami 'BAKA OGHE BERANI'.





Tapi Gedebe kami Gedebe bertempat.







Monday, August 15, 2011

MEMPERSEMBAHKAN...







Inside Warriors - Majalah RASMI TRW
PROMOSI sempena Perlawanan Persahabatan Selangor vs KELANTAN
di Stadium Shah Alam | 17 Ogos 2011 | 10 malam |



KINI DIBUKA untuk tempahan :


Pakej A :

Pembelian 100 naskah keatas dengan harga RM 4.00 senaskah.

**Penghantaran disediakan untuk kawasan Lembah Klang & Kota Bharu.



Pakej B :
Pembelian 10 naskah keatas dengan harga RM 4.00 senaskah.

**Khidmat penghantaran tidak disediakan.



Turut dijual di pada hari perlawanan (Selangor vs KELANTAN ) di Stadium Shah Alam dengan harga RM4.50 senaskah.


KEPADA YANG BERMINAT, sila hantarkan :

1) Nama Penuh

2) Nombor Kad Pengenalan

3) Alamat
4) Bilangan Naskah
DAN emailkan ke : rwcreative@ymail.com

STOK TERHAD : "first come first serve"





Gua salute pasukan & penyokong TRW, semangat kecintaan pada TRW yang begitu kuat. Rasa-rasa Gua, TRW ni dah ada lebih dari 50 jenis produk sendiri seperti Baju, Topi, Payung, Keropok Segera dan macam-macam lagi. Untuk maklumat lanjut, lu klik The Red Warriors.


Gua rasa TRW ni dah macam pasukan EPL dah..perghh..





Thursday, June 16, 2011

Dulu Besut Pun Kelantan Jugak

Maka tidak hairanlah bila..



Jiwa Mereka Tetap Jiwa Kelantan, Semangat Mereka Semangat Tok Janggut Bukan Semangat Haji Abdul Rahman Limbong



Anak Terengganu, Kelantan Pelihara / Bela




Siap ada akaun Facebook lagi




Go More Kelate Go More!!












Orang Dulu..Laga ayam punya pasal, kampung tergadai..Bodoh macam Pak Kaduk!!








!!

Sunday, June 12, 2011

Yang Lepas Usah Dikenang

Adoi, dari semalam sampai ke harini mood gua masih suram. Gua percaya mood fans The Red Warriors yang lain pun sama. Tambah lagi fans yang ke Stadium Bukit Jalil dari Kota Bharu. Gua dah boleh bayang dah, dalam perjalanan balik semalam atau harini masing-masing tak bercakap.

Bagi gua sepatutnya, pasukan Kelantan dah patut menang Piala FA semalam, tapi mereka cepat leka dan membiarkan pemain Terengganu menjaringkan gol pada saat-saat akhir perlawanan.







'Gua salute pemain pasukan Terengganu yang tidak pernah berputus asa sehingga ke saat akhir'

Gol penyamaaan dari pasukan Terengganu semalam adalah berpunca dari tandukan pemain Kelantan sendiri iaitu Daud Su.

Disebabkan jaringan sendiri Daud Su semalam, beliau dikecam hebat fans Kelantan.

Harini saja dekat 10 page mengutuk dan 'back up' Daud Su wujud di pesbuk.







Bagi gua, yang lepas usah dikenang. Kita fokus pada Liga Super & Piala Malaysia.

Gomo Kelate Gomo!!






p/s: gua dengar berita ada fans yang Red Worrior yang meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa perjalanan balik. Al-Fatihah.

Saturday, June 11, 2011

Sokongan Kami Zaman Berzaman

Dari Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai sampailah ke Gua Musang.

Kereta, Bas, Teksi, Kereta api, Kapal Terbang & Motosikal.

Semangat Cik Siti Wan Kembang & Tok Janggut Kami Bawakan.

Ke Bukit Jalil Penuh Impian.








Piala FA mesti di bawa pulang.

Sokongan Kami Bukan Kepalang.



Sokongan Kami Zaman Berzaman!!







GOMO KELATE GOMO!!

GOMO KELATE GOMO




Pertembungan Dua Gergasi Pantai Timur. Kelantan vs. Terengganu. Untuk Merebut Piala FA. Di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pahlawan Merah akan buatkan Penyu menangis lagi.



GOMO KELATE GOMO!!


InsyaAllah Kelantan Menang..







Amin.

Monday, January 10, 2011

Pendurhakaan Tiga Abdul

"KAFA tak kisah pemain nak pindah kemana..tp mereka wajib beritau 60 hari sebelum kontrak tamat supaya kafa ada waktu runding dgn pemain ganti...ini tak pernah beritau hingga skrg.yg ada SMS nak naik gaji Dan itu pun telah di layan..menyusun team bukan kerja 2 minggu.. sy merancang setahun lebih awal...SAMPAI MASANYA PEMAIN JUGA DITUNTUT BERSIKAP PROFESIONAL SEPADAN GAJI BERBELAS RIBU"

"Dlm bolasepak kelab selalu d tuduh tak jaga kebajikan pemain,tak byr gaji, tak byr epf dll..tapi bila kelab tunai segalanya APA PULA TANGGUNGJAWAB PEMAIN PD KELAB?..SUSAH SGT KAH PEMAIN YG BERGAJI BERBELAS RIBU NAK TULIS SURAT 2 baris MENJAWAB NOTIS KELAB.ADILKAH MENINGGALKAN KELAB CARA MENDADAK HINGGA KELAB TERSADAI TANPA PENGGANTI?"

: Tan Sri Annuar Musa










Gua rasa tiga Abdul ni bukan tak nak tulis surat notis. Tiga Abdul ni memang terer main bola. Cuma Tiga Abdul ni tak reti menulis dan membaca...haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...