Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Satu Hari Di Bulan Puasa

Kelihatan mulut kecilnya terkumat kamit seperti membaca jampi serapah, sambil itu beliau berpaling ke arah Gua yang sedang bersandar di sofa sambil menonton berita-berita bodek di peti televisyen sementara menunggu bilal melaungkan azan maghrib yang menandakan sudah masuk waktu berbuka bagi seluruh kawasan yang sama waktu dengan rumah Gua.


Gua buat tak peduli, "Ish dari mana budak ni belajar buat mulut macam ni?" bisik hati kecil Gua yang tulus suci.


Tapi makin lama, makin kuat mulut kecilnya berkumat-kamit. Gua mula respon.


"Oh ini muka manja mohon simpati, Oh mulut kumat-kamit ni tandanya lapar" Gua berfirasat.


"Tak mungkinlah, susu dah minum dua botol tak kan lapar lagi?" Hati busuk Gua cuba protes.


"Budak nak membesar memang perlu makan banyak, macam aku dulu la" Hati suci Gua membalas lagi tapi kali ini tacklenya sedikit keras.


Lalu dengan susah payahnya dan berbekalkan sumber tenaga yang masih ada berkat bersahur dengan gulai kurma ayam yang bini Gua masak, Gua gagahkan jua tulang empat kerat ini untuk bangun walaupun sekali sekala kedengaran urat belikat yang tersimpul berteriak kecil apabila ditegangkan menandakan Gua tidak muda seperti dulu.


Destinasi yang dituju adalah bahagian dapur, atau yang lebih tepat lagi ke "peti sejuk". Untuk ke sana Gua tidak memerlukan pertolongan GPS kerana tidak mungkin gua akan tersesat di dalam rumah Gua sendiri
yang luasnya hanyalah 1:20 daripada banglo mewah milik Dato' Yusuf Haslam yang terkenal dengan drama bersiri 'Gerak Khas' dan 'Si Capik'. Itu semua Gua tak peduli kerana amal ibadat yang boleh dibawa mati dan bukannya banglo mewah. Gua ingat lagi pesan Ustaz Gua, hidup ni kena 'Wasatiah'.


Berbalik kepada cerita Gua tadi. Pintu peti sejuk itu Gua buka sopan sambil mata melilau-lilau mencari apa yang boleh dijadikan santapan untuk anakanda tersayang.


"Apa kata kalau bagi Nestum Ok jugak, kenyangnya sampai ke malam" bisik hati Gua gembira.


Setelah puas menggeledah peti sejuk kesayangan bini Gua yang sarat dengan jajan-jajan beliau akhirnya Gua temui juga tupperware yang mengandungi bijirin Nestum anakanda Gua. Maklumlah, peti sejuk tersebut kali terakhir Gua membukanya dua bulan lepas. Gua tak suka makanan atau minuman sejuk.


Lalu tupperware Nestum Gua capai lembut sambil tangan kiri memegang mangkuk "Dora" kesukaan anakanda Gua.
Tangan kanan gigih membuka tutup tupperware tersebut.


"Oh bijirin Nestum sekarang amat kasar dan tidak sehalus yang Gua makan sewaktu Gua bayi dulu" fikir Gua sambil cuba mengimbau kenangan manis sewaktu menjadi bayi lama dahulu.


Bijirin Nestum tu Gua masukkan kedalam mangkuk "Dora" dan Gua campurkan sedikit air panas lalu Gua gaul dengan penuh kasih sayang dan dengan rasa penuh tanggung jawab sebagai seorang ayah yang mithali. Bismillah Gua baca dalam hati.


"Sudah tiba masanya untuk kamu makan wahai anakku" kata Gua tenang sambil anak Gua tersenyum melihat Gua datang bersama mangkuk "Dora" nya.


Gua duduk bersila dihadapan anakanda Gua dan bersedia untuk menyuapkan beliau bijirin Nestum yang Gua buat sendiri, tiba-tiba..


" Awat ayah duk pi suap OAT tu kat anak? Oat tu mami punya, bukan untuk baby" kata bini Gua sambil meniru loghat Penang berkat suka makan laksa Penang.



Kata-kata bini Gua membuatkan Gua terus meluru ke dapur mengambil baldi dan syampu lalu membasuh kereta dan motor serentak walaupun tak kotor sambil dalam hati Gua berkata,



"Cis macam mana Gua boleh tertukar Nestum dengan Oat".



Hari itu berlalu tenang sambil dalam hati Gua bertekad " Gua taknak tinggal solat terawih lagi".








Monday, August 15, 2011

Haru Di Bulan Ramadhan


Lu kenal menatang ni tak??



Kalau lu tak kenal, Gua pasti bini lu kenal. Lain lah kalau Lu ni jenis adik-adik.




Semalam, anak Gua telan menatang ni sampai habis. Gua & bini Gua?? Ternganga tido. Maklumlah puasa..hehe


Gua tanya misi, misi cakap menatang ni bahaya kalau telan. RACUN. Apalagi, Gua pecut moto Gua pegi beli air kelapa. Nasib baik antibodi anak Gua kuat. Alhamdulillah setakat ni tak apa-apa kejadian yang tak baik yang berlaku.











p/s: Lu agak gua & bini Gua bleh dapat anugerah Ibubapa Cemerlang tak??





Tuesday, July 26, 2011

Makan Sikit-Sikit Bukan Sikit-Sikit Makan



"Makan Sikit-Sikit Bukan Sikit-Sikit Makan"


Bunyi seakan sama tapi maksud berlainan.
Makan sikit-sikit bermaksud, makan dalam kuantiti yang sedikit & mengikut keperluan.

Sikit-sikit makan bermaksud, makan secara kerap atau sekejap-sekejap makan.


Impak dari
kedua-duanya amatlah berbeza. Sebagai contoh, Makan sikit-sikit membuatkan badan kita sihat dan tidak terdedah kepada obesiti atau penyakit-penyakit lain yang berpunca daripada makanan. Dari segi agama pula ia bersesuaian dengan sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi 'Makan apabila kamu lapar dan berhenti sebelum kamu kenyang'.







Keadaan kedua, Sikit-sikit makan. Walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi dalam keadaan yang kerap menyebabkan kuantitinya menjadi banyak. Sebagai contoh, setiap dua jam, makan sepinggan nasi atau makan coklat dan makanan ringan. Makan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit. Rata-rata rakyat Malaysia apabila umur mencecah 50'an, pelbagai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis mula dikesan. Semua penyakit-penyakit ini datangnya daripada pemakanan yang tidak sihat. Dari segi produktivi kerja pula, produktiviti kerja akan menurun disebabkan kerana pekerja asyik makan dan lepak dikedai kopi dan ini akan mengganggu kerja mereka.


Gua sebut pasal makan ni sempena menghangatkan suasana menyambut Ramadhan yang akan menjelma minggu depan. Bulan Ramadhan, bukan hanya kita mengawal nafsu makan sahaja.,nafsu marah, nafsu syahwat, mata, telinga, mulut, kaki, tangan semua kena jaga daripada membuat perkara maksiat atau dosa yang boleh membatalkan puasa. Sembahyang 5 waktu, sembahyang sunat, membaca Al-Quran adalah amalan yang digalakkan.

Bulan puasa semua syaitan akan dikurung, kalau lu masih buat maksiat & buat jahat jugak, maka lu lebih jahat daripada syaitan. Wallahualam.



Takbirrrrrr.....


Monday, December 27, 2010

Perut Menyanyi

Aduh..tadi dah makan. Ni mintak makan lagi. Tak reti-reti kenyang. Nak tambah kolestrol ngan lemak gua la tu. Dengki tengok tubuh sasa gua la tu. Ok lah ok lah..gua nak pi rebus sosej jap. Pastu nak cicah ngan cili sos.


Memang betul la orang cakap yang perut ni bodoh..



Jangan tuannya bodoh jugak udahla..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...