Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Fauna. Show all posts
Showing posts with label Fauna. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Now Your Turn To Think!!


Rare Earth Factory






Radioactive Activities




Radioactive Pollutions


What People Get??





..............................................................
.................................................................
............
..




1. Money ?



2. Jobs?




Yes, people can gets job & money, but.... also get . .. ...

RADIATION EFFECT










SO, WHAT ARE YOU WAITING FOR??






LETS JOIN



SAVE MALAYSIA, SAVE EARTH!!









Wednesday, January 5, 2011

ADM = Alam dan Manusia

Gua masih ingat lagi masa gua baru darjah empat. Subjek ADM. Subjek yang gua paling suka. Subjek yang mengajar gua dan kawan kawan gua mengenali tentang manusia, haiwan dan tumbuhan. Cikgu ADM gua plak baik. Kalau tiap tiap hari belajar subjek ADM pun gua nak. Tapi sekarang ni subjek ni dah tak de lagi. Ganti ngan subjek Sains dan Kajian Tempatan kot. Serius gua rindu subjek ni.


Cite bergambar ni pon gua kaitkan ngan Subjek ADM sebab nak menunjukkan kat lu yang gua sayang subjek ni. Betul,gua tak tipu..




Menantang ni namanya ketam nipah. Bapak gua tangkap menatang ni kat sungai kat kampung gua. Orang kata Menatang ni kalau rebus dan dimakan boleh buat ubat demam denggi. Boleh jadi jugak.





Ini plak namanya Burung Gembala Kerbau. Berapa banyak kerbau beliau gembala pon gua tak tau, tapi dah namanya begitu. Burung ni gua tangkap sebab beliau datang umah gua dan terlalu jinak. Esoknya beliau didapati hilang dari bilik tahanan kemungkinan di culik atau meloloskan diri..tapi gua syak bapak gua yang lepaskan..hehe






Kalau tadi kita belajar tentang spesis fauna.Beliau ni dari spesis flora pula. Nama beliau kalau gua tak silap "bonsai cina". Bonsai ni milik pak cik gua. Ada dalam 30 pokok. Tapi malangnya semasa ketiadaan pak cik gua di rumah. Bonsai ni telah dicuri menggunakan lori..haha.Oleh yang demikian, pak cik gua telah merantai kesemua pokok bonsainya kerna semasa dicuri bonsai terbabit tidak menjerit meminta tolong.




Sekian pelajaran kita hari ini..

Monday, December 20, 2010

Gambar rare yang gua snap


Malam semalam gua terpaksa berpisah nga Puan Booluck & anak kesayangan gua untuk kesini. Sebelum naik bas, gua usha kot2 ada awek kat stesen bas tuh. Tapi gua hampa kerna yang ada cuma makcik2 je..hehe

Pukul 11.30 p.m dah..bas 505 belum datang2..gua dah boring. Gua usha sana, usha sini. Boring betul buat orang yang tak suka buang masa macam gua ni, takleh duk diam langsung. Gua pun terpikir nak buat rancangan National Geographic macam kat tv.

Ni la gambar yang gua berjaya snap semasa pengambaran National Geographic tu.





Gua cakap gambar ni rare kerna zaman la ni menatang ni dah tak makan menatang tu.
Menatang ni cuma reti makan whiskas, nasi, ikan & ada yang makan roti ngan kek. Moden betul.

Yang ni boleh dikatakan Retro lagi, kalo orang lah. Orang lain dah isap cigarates. Dia masih isap rokok daun. Rare tak??



(sok keje. malasnya. gaji nak. takleh malas. nanti gaji tak berkat)

Monday, July 19, 2010

C I C A K


Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki Cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara Cicak melarikan diri. (Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Hebat Sungguh Encik Cicak Ini
Inilah Tanda Kekuasaan Allah SWT
Menciptakan Makhluk Pelbagai Rupa & Saiz
Allahuakhbar!!

Encik Cicak Ni Keje Beliau Makan Serangga Yang Terbang Kat Rumah Kita
Tempat Tinggal Beliau Pula Kat Atas Siling Rumah, Belakang Frame Gambar,
Dalam Almari, Bawah Katil & Lain2 Tempat Yang Beliau Fikir Selesa & Selamat
Encik Cicak Pun Dah Femes Skang Ni, Siap Ada Pilem 'Cicak Man' Lagi

Walaupun Encik Cicak Ni Femes Tapi aku Tak Meminati Beliau
Haha..
Malah Aku Benci & Geram Kat Encik Cicak
Mana Taknya, Beliau Suka Melepas Merata-Rata
Atas Lantai, Atas Tingkap, Atas Meja & Mana2 Tempat Beliau Suka
Rasa Tak Tahan Je Terus Melepas, Silap2 Atas Kepala Kita Pun Kena
Beliau Peduli Apa..

Paling Tak Syok
Bila Baru Pas Amik Wudhu'
Tiba2 Terpijak Bom Encik Cicak
Abis Batal Air Semayang Den
"Celaka Itu Encik Cicak"
kata Pak Mat Tempe Bila Terpijak Taik Cicak Kat Masjid

Kadang2 Bila Kita Nak Tido Je
Encik Cicak Ni Suka Menyanyi
Cukkk..cukkk..cakkk
Bersahutan Sana Sini
Kacau Mood Tido Betul

Orang Cakap Kalau bunuh Encik Cicak Ni Dapat Pahala
Betul Dak?
Sebab Ada Kisah Nabi SAW Dengan Cicak
Masa Nabi SAW Sembunyi Kat Gua Dari Orang Kafir
Cicak Ni La Yang Bagitau Orang Kafir Ada Orang Kat Dalam Gua Tu
Nasib Baik Ada Labah Yang Cepat Buat Sarang Kat Pintu Gua Tu..

Sebab Dah Tak Tahan Ngan Perangai buruk Encik Cicak
Harini Aku Nekad Nak Bunuh Beliau
Saya Nak Racun Beliau
Haha..Kejam Tak??


Nah Inilah Racunnya..
RM2 Sebotol
Aku Beli Kat Pasar Tani
Orang Yang Jual Tu Cakap Sapu Je Atas Tingkap
Kat Lampu, Kompem Encik Cicak Makan
Sebab Benda ni Bau Dia Sedap
Pas Makan Terus Mati
Menarik..
Malam Ni Aku Nak Jamu Encik Cicak
Sok Pagi Tahulah Hasilnya..
Bye2 Encik Cicak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...