Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Amanah. Show all posts
Showing posts with label Amanah. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Khalifah Terhebat


Di zaman Saidina Umar Al-Khattab menjawat jawatan Khalifah, beliau berpidato, 

“Sesiapa di antara kalian yang melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka hendaklah kalian meluruskannya”. 

Mendengar hal ini, seorang Arab badwi dengan lantang menjerit,

“Demi Allah wahai Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!” 

Apakah tindakan Umar tatkala mendengar kenyataan sekeras ini? Khalifah yang hebat ini menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira, beliau menjawab, 

“Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya”. 

Demikianlah seorang pemimpin yang adil dan baik, yang menerima secara terbuka nasihat dari rakyatnya.


Sekarang ini sangat berbeza. Apa yang gua lihat. Apa yang gua dengar. Apa yang gua tahu. Apa yang terjadi disekeliling gua dan di dalam negara kita sekarang ini sangat benar benar dan sangat besar perbezaannya dengan zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

Pemimpin yang salah bukannya ditegur, malah dipertahankan. Jika ada yang menegur, akan dicop sebagai pembangkang atau penderhaka. Sebabnya?

Ajaran!

Ajaran yang mengajar manusia lebih takut kepada murka manusia daripada kemurkaan Allah SWT.

Kepada pemimpin atau pemerintah ingatlah.

"Kamu adalah pemimpin  / pemerintah, dan kamu akan ditanya satu persatu tentang keadilan kepimpinan mu dan rakyat yang kamu pimpin di akhirat kelak di mana tidak ada satu pun kesalahan dan kesilapan tidak akan terlepas. 

Dan di situ juga Para Hakim dan Peguam yang handal tidak dapat dibeli dengan wang ringgit lagi.


Lu nanti sendiri!









Tuesday, January 11, 2011

Malaysia Ke Arah Menjadi India Dan Indonesia

PULAU PINANG 10 Jan. - Dua anggota polis cedera ketika cuba melarikan diri daripada dicekup sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang awam di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 1.30 petang, kedua- dua suspek sebelum itu meminta sogokan bagi melepaskan dua 'orang awam' terbabit yang ditahan setelah berpura-pura melakukan kesalahan lalu lintas.

Difahamkan, SPRM sebelum ini menerima banyak aduan orang ramai mengenai kegiatan rasuah melibatkan anggota polis di kawasan berkenaan.

Bertindak daripada maklumat diberikan, SPRM memasang perangkap bagi menahan suspek.

Ketika ditahan, suspek meminta wang daripada 'orang awam' tersebut supaya tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Semasa mahu menyerahkan suapan wang tunai RM800, dua lagi pegawai SPRM muncul dan cuba menahan suspek.

Kedua-dua suspek cuba meloloskan diri semasa hendak digari tetapi terjatuh sehingga mengalami cedera ringan sebelum berjaya diberkas.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, tinjauan di Hospital Pulau Pinang mendapati kedua-dua suspek dilihat keluar dari Unit Kecemasan hospital berkenaan kira-kira pukul 7.15 malam selepas menerima rawatan.




Wah, polis kita dah nak jadi Inspektor Shahab..No money yillek!!

Semua sudah pandai mintak pelincir..

"Ada pelincir baru sedap bangat pak., baru masyuk" kata Ariel Peterporn

Amanah

"Jika seseorang manusia itu tidak sanggup dan tidak boleh menerima amanah sebagai khalifah di muka bumi ini, baik dia letak jawatan sebagai manusia"

: Pengarah SPRM Negeri Pahang






Gua rasa manusia jenis ni kalau letak jawatan sebagai manusia, mungkin boleh jadi binatang atau gunung ganang. Tapi yang gua musykil, kalau jenis manusia yang terima amanah, tapi pecah amanah nak jadi apa??


Binatang & Gunung ganang tak boleh dah. Mereka lagi mulia.



Nak jadi Biskut pun biskut lagi mulia.


Pam basikal, troli supermarket, bantal busuk, tv LCD, atap nipah, nasi goreng pattaya, air mineral, duit syiling 5 sen, baju kelawar, panty liner, tiang gol.......semua tak boleh. Beliau beliau tersebut mulia dan suci.


Gua ingat orang yang "pecah amanah" ni memang tak dak tempat la kat muka bumi ni.




Gua rasa lori najis pun tak nak terima orang macam ni.



Bila mati kubur berasap.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...