Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Rezeki Allah. Show all posts
Showing posts with label Rezeki Allah. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Ramadhan Suatu Permulaan

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah S.W.T, tuhan yang memberikan rezeki. Ramadhan bulan yang mulia. Ramadhan bulan penuh dengan keberkatan. Ramadhan bulan Lailatul Qadr.

Berkat rahmat bulan Ramadhan ini, gua jadikan ia suatu permulaan.

Permulaan untuk sesuatu yang baik.

Alhamdulillah. Gua telah melancarkan suatu perniagaan barang kemas secara online di Facebook. Masih belum mempunyai kedai tetap kerana modal tidak begitu besar. InsyaAllah akan datang dipermudahkan-NYA.

Emas yang gua jual adalah emas 916, 22K.

Harga jualan adalah mengikut harga pasaran semasa dengan upah yang sangat rendah.

Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah melawat Perniagaan Emas kami di Facebook.










Berniaga dengan jujur dan mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.






Tuesday, July 24, 2012

Sijil Simpanan Premium BSN (SSP BSN)





Assalamulaikum..Salam 4 Ramadhan.


Lu ada simpan SSP BSN tak?


Nampak menarik jugak hadiah tempat pertama untuk cabutan bulan Julai 2012 ni.


1 x Mercedes Benz E200 CGI!


Gua pernah menang sekali je tahun lepas. Dapat sijil SSP RM100.


Alhamdulillah.


Mana tau berkat rezeki gua pada bulan Ramadhan ni Allah SWT bagi gua menang tempat pertama.


Raya ni naik Merc la gua.. InsyaAllah.


Lu tolong doakan ye. Terima kasih.


Amin.








p/s: untuk mengetahui lokasi cabutan SSP BSN setiap bulan. Lu boleh tengok SINI.
Untuk keputusan cabutan pulak boleh tengok kat SINI. mintak mintak nama gua dan lu ada.





















Wednesday, February 1, 2012

Emas

"Kalau ada tanah jual lah, dapat dua ratus ribu, buat modal jual emas" gua masih ingat kata-kata Abang Mie walaupun dah hampir seminggu.

Abang Mie, kenalan rapat keluarga mertua gua. Kini memiliki kedai emas sendiri di bangunan PWTC. Walaupun secara kecil-kecilan tapi amat menguntungkan.

Lu dengar macam bodohkan bila orang jual tanah untuk beli emas. Bagi gua adalah lebih bodoh orang yang jual tanah untuk beli kereta. Kereta adalah aset yang mempunyai susutnilai. Manakala tanah dan emas adalah aset yang sentiasa meningkat nilainya.

Jual tanah beli emas. Ya, tanah juga mempunyai nilai pasaran yang sentiasa meningkat. Tetapi peningkatan terlalu perlahan dan amat sukar dicairkan jika lu memerlukan wang dengan segera. Kecuali lokasi tanah lu itu cukup strategik dan ditengah-tengah bandar dan menjadi rebutan ramai. Untuk mendapatkan wang, lu perlu mencagarkan tanah lu ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Tapi hanya berapa peratus sahaja daripada nilai tanah lu yang bank luluskan untuk pinjaman.

Emas. Dulu. Kini & Selamanya.


Jual tanah beli emas. Ya kalau kena cara lu boleh jadi kaya raya. yang penting lu kena ada ilmu berkenaan jual beli emas dan sedikit ilmu mengenai ketulenan emas. Kalau kena cara, sebidang tanah yang lu jual tadi lu boleh beli balik dan mungkin bertambah berekar-ekar lagi.

Lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit. Duit nilainya mungkin jatuh. Jika nilainya jatuh bawaklah berguni-guni duit pun orang tak akan mahu. Tapi kalau emas, jual lah ke negara mana pun pasti ada orang yang mahu membelinya. Emas adalah logam yang sangat bernilai dari dahulu hingga kini dan disukai orang diserata dunia.

Contoh peniaga emas terbaik bagi gua, Pak cik gua. Jual sebijik permata, untung sepuluh ribu. Terus beli kambing sedekah sanak saudara makan. Baru rezeki berkat dan bertambah-tambah.










Friday, January 13, 2012

Gua Nak Jual




Gua nak jual besi ni.

Excavator Hitachi 045-5.
Kecik tapi kuat.
Gua dah iklan dalam mudah.my

Harga gua buka RM50k. Boleh Dirunding.
Kalau lu minat, datang tengok barang dulu baru bincang harga.
Barang ada di Jerteh, Terengganu.


Helo gua : Aery 016-9809246





Thursday, January 12, 2012

Gua Dah Lulus

Alhamdulillah gua dah lulus.



3 paper sekali ambik.



Syukur.


Sunday, August 21, 2011

Lu Nak Duit Raya??

Kalau Lu nak Lu join la ChurpChurp!

Ajak kawan join pun dah dapat RM1.

Hari Raya Lu lebih bermakna dengan ChurpChurp!!














Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?






Thursday, May 26, 2011

Kerja Sambilan Gua

Gua sekarang dah ada part time job. Gua dah jadi Takafulman. Huh!! Apakah itu?



Takafulman, Bertukar!!









Kerja gua melindungi anak-anak kecil supaya pelajaran dan masa depan mereka terjamin.


Macam superhero plak gua ni. Ni lah logo Takafulman gua!!





Kalau lu nak gua lindungi anak-anak lu atau nak maklumat yang lebih lanjut. Jangan malu-malu nak helo gua : 016-9809246.


Motto Takafulman : "Jangan Biarkan Masa Depan Anak Anda Diselubungi Kegelapan"


Amacam best tak motto gua. Sambil cari rezeki, sambil tolong orang.







p/s: Bini gua juga ada produk yang boleh buat bini lu slim+shape= CUN.
Nak tau klik sini BARANG BAIK

Thursday, March 17, 2011

Semoga Maju Jaya

Minggu yang sudah gua dan keluarga kecil gua pulang ke kampung halaman gua di tanah serendah sekebun bunga kerna gua ada misi yang perlu gua selesaikan.



MISI GUA BESAR!! (bukan misi kat hospital yea)



Bukan hanya untuk gua.

Tapi untuk ramai orang.

Lu tau kan gua ada jual itu tayar punya mesin??

Itu hari kawan gua ada order untuk dia punya kedai. Beliau baru nak belajar berniaga. Perniagaan yang beliau pilih adalah perniagaan kedai tayar . Ini kerana beliau tahu beliau mempunyai seorang kawan yang agak terer, boleh diharap dan berpengalaman dalam bidang ini disamping kacak dan gagah perkasa. Lu tahu itu siapa?..gua tulis blog ni sambil hidung gua kempas kempis. Bukan bermakna gua takbur atau perasan. Tapi dah kenyataan. Gua pasrah..

"Tyre Changer, Wheel Balancer, Air Compressor, Impact Wrench, Floor Jack, Tool & Spana"


Semua dah siap siaga..



Tayar 12, 13, 14, 15, 16, 17..semuanya datang bergolek-golek.


Semuanya gua dah setelkan..Cuma tunggu masa untuk dijual.


Beliau hanya perlu cuci kaki sahaja dan terus mula berniaga.

Gua tak dapat nak muat naik foto-foto kedai beliau kerana telefon gua mengalami bekalan bateri yang tidak mencukupi disebabkan terlalu banyak panggilan dari rakan niaga yang gua terima dan buat termasuklah pangilan-pangilan misteri dari awek-awek cun yang mahu mengorat gua. Tapi lu tahu kan.Gua hanya setia pada yang satu..?? :p


Encik H dan Puan F..gua doakan perniagaan lu berdua berjalan lancar dan maju jaya hendaknya.


Jangan lupa buat semayang hajat dan doa selamat sebelum mula berniaga!!


Sentiasa positif!!


InsyaAllah berjaya!!














p/s: ada masa nanti gua akan paparazi dan muat naik foto-foto cun kedai beliau berdua.


Sunday, March 6, 2011

Perniagaan Yang Bangsa Kita Masih Kurang




1. OTO AUTOMATIC TYRE CHANGER SINGLE PHASE (WITHOUT ARM)
2. OTO WHEEL BALANCER
3. 3HP ADACHI AIR COMPRESSOR
4. 3 TON JACK GARAGE X2

F.O.C:
- 1/2" AIR IMPACT WRENH X2
- JACK STAND 1 PAIR


Kalau lu orang berminat nak buat bisnes tayar, jangan malu jangan segan nak hello gua. Gua sedia membantu dari mesin hingga ke tayar. Pendek kata dari A - Z.


9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.


Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami dan murankanlah rezeki kami di dunia dan di akhirat.


Amin.

Wednesday, November 18, 2009

Cara Paling Cepat Menangani Kegemukan

Fighting FAT is da key to a healthy,Long term weight management program success formula!!




What is TRA??

- TRA r stand for THE RIGHT APPROACH

Why the right approach??

- The Right Diet,
- The Right Exercise,
- The Right Supplement.

Why all that??

- The Right Diet bcoz,No need to Starve.
U can enjoy ur meal everyday without going hungry to da max,but u still can wear

- The Right Exercise bcoz,No need to vigorous exercise.Only dancing or shopping u also can slim down.

- The Right Supplement bcoz,Our supplements contains 100% herbs.U will become more healtier after weight loss.

Sunday, October 18, 2009

Tolong Yang Kecik Untuk Jadi Besar

Ya!!
Ni Entri Versi Mencangkung Atas Kerusi
Hehe..

Mulai Saat Ini & Beberapa Juta Saat Lepas
Aku Dah Mula Ubah Minda Aku, Perbuatan Aku
Duit Aku, Duit Cik Booluck
Kerna Aku Dah Mula Sedar & Merasainya

Terus Ke Titik Utama
Mulai Sekarang Kami Ada Misi
Bukan Cik Misi Kat Spital Tu!!
Misi Kami Yang Suci Lagi Murni

Kalo Nak Beli Barang,
Kami Tak Pi Kedai Besar Or Shopping Complex
Tapi Pi Cari Kedai Runcit Yang Kecik2
Yang Kurang Orang Pegi

Kalo Nak Beli Topup,
Beli Kat Stall @ Kedai Fon Yang Kecik2
Tak Nak Beli Kat 7E Ke,
Kedai Yang Ada Signboard
Maxis, Celcom, Digi Yang Besar,Kami Tak Pi

Ikut Lah Hardware Ke, Bengkel Keta Ke, Moto Ke
Kedai Sparepart Ke, Kedai Dobi, Kedai Tayar Ke
Kedai Fotostat, Kedai Gambar, Cyber Cafe
Bahkan Gerai Goreng Pisang Sekalipun
Kami Akan Pilih Yang Baru Bukak & Yang Kecik

Sebabnya, Kalo Kita Asyik Pi Kedai Yang Besar
Kedai Besar Akan Terus Jadi Besar & Membesar
Apa Akan Jadi Ngan Kedai Kecik??
Lama2 Lingkuplah..

Memang Aku Tak Nafikan Kedai Kecik Ni Tak Banyak Pilihan
Kadang2, Barang Yang Kita Nak Tu Tak Pernah Ada

Sebabnya Kita Tak Pernah Nak Bagi Mereka Peluang
So, Mulai Skang, Tolong Bantu Kedai2 Kecik Ni
Untuk Jadi Besar
Satu Lagi, Kedai Kecik Ni Kebanyakkan Milik Orang Melayu Kita
Pakat2Lah Kita Bantu Sesama Bangsa Kita

Orang Cina Kaya Sebab Kita Yang Tolong Mereka Jadi Kaya
Mulai Skang, Selagi Ada Kedai Melayu, Kedai Kecik
Kami Takkan Pi Kedai Cina & Kedai Besar

Habis..

(p/s: Tapi Kalo Bab Kedai Makan, Aku Takleh Kompromi,
Coz Cik Booluck Amat Cerewet Bab Makan)


Wednesday, October 14, 2009

Kenapa Aku Tak Nak Keja Makan Gaji

1. Kena Keja Macam Kuli Batak
-Kerja Makin Banyak Tahap Gaban Tapi Gaji Ciput, Kalau Tak Datang
Keje, Siap Kena Potong Lagi..Bodoh!!

2. Kena Keje Ikot Time, Tak Leh Ikot Suka
-Dah Kalo Company Cakap Masuk Keje Kul 8, Kena Masuk Kul 8 La
Rehat Kul 1, Balik Kul 5. Dah Jadi Macam Budak Sekolah Balik Dah..Bodoh 2x!!

3. Kena Jadi Kaki Ampu
-Bila Boss Ada Suma Pakat Rajin, Kalut Nak Buat Keje. Nak Tunjuk Rajin.
Bila Boss Takde, Siap Menari Atas Meja Lagi..
(p/s: wei bukan kat opis ko ada cctv??)

4. Tak Nak Tanggung Dosa
-Dosa Makan Gaji Buta, Depa Bayar Kita Untuk Keje, Tapi Time Keje, Kita Duk
Chatting, Men SMS, BerGossip. Try Kira Kalo Dalam Sehari Kita Chatting 15 Minit.
Seminggu Dah Jadi 75 Minit, Sebulan Dah Jadi 1800 Minit = 30 Jam. Banyak Tu.
Bayangkan Duit Gaji Tu Kita Nak Bagi Anak Bini Makan.
(Pengiraan Dibuat Jika Hari Bekerja 5 hari Seminggu Dan 24 Hari Sebulan)

Semua Fakta Atau Auta Ni Takde Kene Mengena Ngan Yang Hidop Atau Yang Mati Dan Takde Kene Mengena Ngan Ketua Kampung Korang..Wallahulam..

Monday, September 28, 2009

Ada Hari..

Ada Hari Ada, Ada Hari Takde
Ada hari ramai sangat sampai tak dan tangan
Ada hari tak sempat bukak dah ada orang tunggu
Ada hari tunggu dari pagi sampai petang, langsung takde orang datang
Ada hari tunggu dari pagi, bila dah nak tutup kedai je baru datang
Ini Kisah pasal hari ka?
Bukan..
Adat Bisnes memang begitu, ada pasang surut
Rezeki Tuhan dah Tetapkan
Yang tinggal pada Kita cuma Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal
Satu lagi yang paling penting adalah SABAR.

Monday, January 19, 2009

Bila agaknya aku nak pakai kete baru??

Bes je aku tengok orang bawak kete baru smooth je..aku ni masih naik kete volkswagen a.k.a kura-kura merah ku..hehe.xde rezeki lagi kot.Kawim blom lagi. blablabla...

Kena usaha lebih ckit.Skang ni aku tgah setup bisnes ckit. Pas loan approve. Run bisnes. pastu kalo ada rezeki lebih ckit leh la nak tukar keta baru..kete kebal pun bleh..

Tapi aku tetap sayang kura-kura merahku..banyak memori tu..lagipun plate 2 bijik.69..hehehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...