Klik yea sayang!!
Lu Yang Sayang Gua
Wednesday, November 14, 2012
Selamat Tahun Baru Islam 1434 H
Permainan Video PS3 Resident Evil 5 Hina Al Quran
Monday, August 13, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Sijil Simpanan Premium BSN (SSP BSN)
Assalamulaikum..Salam 4 Ramadhan.
Lu ada simpan SSP BSN tak?
Nampak menarik jugak hadiah tempat pertama untuk cabutan bulan Julai 2012 ni.
1 x Mercedes Benz E200 CGI!
Gua pernah menang sekali je tahun lepas. Dapat sijil SSP RM100.
Alhamdulillah.
Mana tau berkat rezeki gua pada bulan Ramadhan ni Allah SWT bagi gua menang tempat pertama.
Raya ni naik Merc la gua.. InsyaAllah.
Lu tolong doakan ye. Terima kasih.
Amin.
p/s: untuk mengetahui lokasi cabutan SSP BSN setiap bulan. Lu boleh tengok SINI.
Untuk keputusan cabutan pulak boleh tengok kat SINI. mintak mintak nama gua dan lu ada.
Saturday, July 21, 2012
Salam Ramadhan 1433
Tuesday, June 12, 2012
Khalifah Terhebat
Monday, May 28, 2012
Apabila Kedudukan Lebih Penting Dari Agama
Thursday, April 19, 2012
Mengapa?
Dah banyak kali.
Lu selalu..
- Menegur dan mencari kesalahan orang yang menyampaikan ajaran agama Allah S.W.T dengan mempersendakan dan meragui cara penyampaian dan cara berdakwah mereka.
- Memperlekehkan orang yang memakai serban dan jubah sedangkan orang yang tidak menutup aurat lu tutup sebelah mata.

Tidakkah lu tahu?
Sekarang ini terdapat sedikit mereka yang mengajak kearah kebenaran daripada banyaknya mereka yang mengajak kearah kemungkaran.
Jangan disebabkan harta dunia, matlamat lu menghalalkan cara!
Thursday, April 12, 2012
Hidup Hanya Sekali
Enjoy Abah kau!!
Sebab hidup hanya sekali ni lah kita perlu berbuat kebaikan dan mencari keredhaan Allah dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang untuk mendapatkan pahala dan meninggalkan dosa.
Kerana.
Di akhirat kelak, hanya amalan baik sahaja yang dapat menolong dan membantu kita masuk syurga.
Ingat, sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.
Kalau seribu tahun masuk neraka, bersamaan sejuta tahun di dunia. Cuba lu bayangkan..
Lu jangan sedap mulut, "takpe, orang islam walaupun banyak dosa tapi tetap masuk syurga jua"
"Masuk neraka jap, pastu masuk syurga"
Lu ingat neraka tu macam mana??
Masuk jap pastu keluar.
Lu tau azab dia macam mana??
Kalau setakat kena panas matahari pagi pon lu dah kecoh. Ini kan azab api neraka.
Lu tau kalau sebesar zarah api neraka jatuh atas bumi ni. Alamat hancur leburlah bumi ni.
Bayangkan kalau sekolam. Lu nak rasa??
Kalau lu nak rasa.
Lu enjoyyyyyyyyyyyy la...
Semalam
Buka je pesbuk, bersepah status pasal tsunami.
- Ombak tsunami berkelajuan 800Km/J akan membadai Malaysia.
- Jambatan Pulau Pinang ditutup akibat tsunami.
- Berdoalah semoga kita selamat dari tsunami.
- Paras air di pantai mulai surut.
- Kupang dan ikan banyak di pantai.
- Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.
Naik pening gua baca. Status yang tidah sahih kadang-kala boleh menyebabkan keadaan bertambah kecoh dan panik. Contohnya, jambatan Pulau Pinang ditutup! Cehh..pandai-pandai dia buat status sendiri.
Yang bagusnya bila ada status yang memperingatkan kita kepada Allah dengan berdoa memohon perlindungan dari Allah dan menyuruh kita bertaubat.
Tup..tup, amaran tsunami ditarik balik.
Harini, gua bukak pesbuk lagi. Dah hilang kisah tsunami. Kisah dan gambar artis yang tidak menutup aurat berleluasa seperti biasa. Taubat dan keinsafan semalam telah hilang entah ke mana. Hampeh..
Mengingati tuhan hanya dalam kesusahan dan ketakutan.
Walaupun amaran tsunami telah ditarik balik, tetapi amaran azab Allah tetap berterusan.
Allahuakhbar...
Wednesday, February 1, 2012
Peristiwa Pagi Hari
Sesampainya gua di kilometer keenam, gua nampak suasana yang biasanya tenang seperti ada sedikit kekalutan. dari jauh gua sudah nampak sebijik kuda putih (moto polis trafik) parking atas jalan raya.
"Pergh..pagi-pagi dah buat road block, nak tambah traffic jam la ni" gua menyumpah dalam hati.
Gua memulas pendikit minyak motosikal gua tenang menuju ke depan. Apa nak takut, lesen, road tax semua ada. Sesampainya gua ke tempat kekalutan itu, gua dapati sangkaan gua meleset. Tiada sekatan jalan raya. Sebaliknya, KEMALANGAN JALAN RAYA.
Ya, Allah masih ada mayat diatas jalanraya yang ditutupi kain putih yang penuh darah.
Meremang jugak bulu roma gua, kelajuan motosikal, gua diperlahankan. Gua hanya berlalu sambil sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa seandainya arwah beragama islam. Gua mana boleh tengok darah bro.
Gua meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal secara skema seperti budak yang sedang belajar motosikal di sekolah memandu sambil berdoa pada Allah semoga gua dijauhkan daripada kemalangan dan bala bencana. Amin.
Nota: Gua rasa mat-mat rempit tu ada dua nyawa, sebab tu mereka sangat berani.
Friday, January 13, 2012
Friday, December 9, 2011
Hukum Allah Lu Buat Main-Main
Sementara pintu taubat masih terbuka, harap lu insaf serta merta.
Friday, September 23, 2011
Bulan Hari Lahir
Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap ujian yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami…. Tetapi terlalu sedikit pengabdian kami terhadap-Mu
Engkau tetap menerima walaupun terkadang kami alpa, kami lupa. Kami silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut merunggut ketika saat-saat lemah kami datang. Kami tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan kami ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus kami mengadu? Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini ya Allah… namun kami hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran. Ada masanya kami goyah keimanan. Ada masanya kami terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia bagini….. Kami ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Kami ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini Kami ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ini yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.
Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.
Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, kami takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah kami… bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Hakim,berikanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat.Beratilah ilmu yang Engkau kurniakan kpd kami dan jadikanlah kami beramal dengan ilmu-ilmu kami.
Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir kami kepada Alam Kematian…. Semakin dekat kami dengan Alam Kubur… semakin takut kami terhadap Hari Pembalasan… izinkan kami dalam usia yang semakin sedikit ini kami mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk kami jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kami ingin menjadi anak, ayah, suami dan muaalim yang soleh..
Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah kami yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…
Terimalah pemohonan hamba-hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini.
Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.
p/s : Sempena bulan ulangtahun Gua, Isteri Gua, Ibu mertua & adik ipar Gua, Kawan-kawan Kamcing Gua dilahirkan ke dunia.
Thursday, June 16, 2011
Gerhana Bulan
Salah satu bukti kekuasaan Allah S.W.T.

Harini Google pun pakai tag Gerhana Bulan.

Tuesday, December 21, 2010
Sabda Rasulullah S.A.W
Puncanya..
Apabila umat Islam terlalu cintakan dunia daripada akhirat
Renung-renungkanlah..
(gua tulis ikut pemahaman gua)
Wednesday, August 11, 2010
FADHILAT TARAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar
Monday, July 12, 2010
Nisfu Syaaban
Apabila telah selesai solat maghrib kata
Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca "Yasin"
dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah,
kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan
diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya,
kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin
serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan
doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang
boleh)
Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
Membaca al-Quran.
Membaca Tasbih. (seratus kali)
Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha,
Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat
Hajat ditengah malam sebaik- baiknya memohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan
jangan sekali- kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana
dalam menangguh- nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Rebutlah peluang lima sebelum lima :
Masa muda
sebelum tiba masa tua.
Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
Masa hidup sebelum tiba mati."
Sabdanya lagi :-
"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan
adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan
memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya."
Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang
masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal
sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang
banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat,
yang
akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan
Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.
p/s: Dipetik dari galeriilmu.blogspot.com







