Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label TV Show. Show all posts
Showing posts with label TV Show. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Tentang Dhia

Perghh..macam mana gua boleh terjebak menonton drama melayu jiwang nih. Ini Bini gua punya pasal la ni. Tiap-tiap hari dok tunggu drama nih. Bukan nak kata gua tak patriotik ka apa bila tak tengok drama-drama melayu nih. Tapi drama-drama melayu nih jalan cite dia, berbelit-belit, masalah tu, masalah ni, cinta sana cinta sini. Tu tak masuk yang cite pasal dunia korporat lagi, bisnes kapal laut, bisnes kapal terbang, meeting ngan client luar negara la, naik keta mewah, syarikat sana syarikat sini. Tapi kenyataan??


Gua malas tulis banyak-banyak, nah gua bagi sinopsis pasal drama nih..


SINOPSIS TENTANG DHIA




Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?




Disini gua nak pesan, walau best tahap dewa atau hensem atau cun mana pun drama atau pelakonnya, lu nak tengok sampai keluar bijik mata pun tengoklah. Tapi jangan lupa sembahyang Maghrib dulu. Jangan lengah-lengahkan solat atau JANGAN TAK SEMBAHYANG LANGSUNG!!


Ingat di akhirat nanti perkara pertama sekali ditanya adalah SOLAT, bukan tanya Dhia pilih siapa jadi suaminya..Paham??








Sunday, January 30, 2011

Bang Bang Boom

Bodoh punya Bang Bang Boom


Dajal orang sampai nak terkencing


Haha..kesian budak tu, siap nyanyi lagu rock kapak lagi



gua simpati nih!!









Gua prank baik punya!!

Tuesday, October 27, 2009

Aku Benci Sotong!!

Naik Menyampah Aku Tengok Channel 104 Malam Ni
Ada Satu TV Show Bangang
Host Die 2 Ekor Sotong & Sorang Minah Perasan Mat Saleh
Macam Shilake!!

Show Ni Bodoh Tahap Gampang
Macam Nak Make Over Orang La
Yang Laki Suh Bini Jadi Lawa
Yang Bini Suh Laki Jadi Ensem
Padahal Dia Sendiri Serabai Nak Mampos

Ni Part Yang Paling2 Gampang La
Bila Dah Terpilih Masuk Show Ni
2 Ekor Sotong Ni Pi La Kat Umah
Pi Cek Almari Pakaian, Baju
Alat Make-Up
Pastu Siap Kutuk2 Lagi
Seluar Dalam Tak Mo Cek Ke Nok??
Korang Tengok La Sendiri




Yang Aku Tak Tahan, Kalo Rancangan Bodoh Tahap Lembu Ni
Berduyung-Duyung Lak Sponsor
Kalo Rancangan Ilmiah Jangan Harap La Nak Sponsor
Rancangan TV Kat Malaysia Ni Dah Semakin Mengarut
Nasib Baik La Ada Mari Mengaji Kat TV9

Thursday, October 8, 2009

Kegemaran Aku Masa Kecik

Suma Orang Ada KegemaranKan?
Masa Kecik2 Dulu Selain Wheelie Beskal,
Lastik Burung,Main Polis Sentri,Panjat Pokok,
Tangkap Ikan, Main Layang2 & Wau, Wah Banyaknya..
Aku Juga Minat Nonton Kartun..

Dari Kecik Sampai Besar Masih Minat
Tapi Kartun Skang Ni Aku Tengok Dah Tak Best
Macam Kartun Dula Kala DiMasa Aku Belum Mumayyis
Haha..

Meh Kita Imbas Kartun2 Yang Aku Minat & Best Dulu Kala
Biasa Kartun Nih Budak2 Laki Je NengokNya

1. Mobile Armored Strike Kommand (M.A.S.K)



Cite Ni Pasal 5 SuperHero Yang Pakai Topeng & Ada Kenderaan Hebat
Ada Keta Merah Yang Ada Sayap & Leh Terbang, Ada Truck Besar,
Ada Motor Warna Hijau Yang Leh Bertukar Jadi Helicopter.
Aku Ingat2 Lupa, Pastu Ada Sorang Budak Laki &
Sekor Robot Kecik Putih Yang Boleh Bertukar Jadi Motor
Korang Ingat2 La Sendirik..
Lagi Satu..Opening Theme Song Dia Bes Giler

2. ThunderCat



Cite Pasal Hero Yang Ada Pedang Kontot, He2..
Tapi Bila Dia Sebut Thunder2 ThunderCat Hoooo..
Terus Pedang Dia Jadi Panjang & Muncul Logo ThunderCat Kat Langit
Untuk Paggil Geng2 Dia Pi Lawan Geng Mumia Jahat

3. Saber Rider



Ni Yang Paling Aku Suka, Dari Watak Hero, Kuda, Pedang, Robot
Dan Yang Paling Best Lagu Dia..Saber Rider..And The Star Sherif

Yang Seterusnya Aku Tak Larat Nak Ulas, Juz Bagi Gambar Je..OK!!

4. Silver Hawk



5. G.I Joe



6. He-Man & She-Ra



7. Ghostbusters



Ni cite tentang penangkap hantu..pakai karen yang kuar dari beg je..bila antu dah lemah..telan masuk dalam kotak..dalam cite i ada gak antu ijau yang baik tapi banyak lendir..yaks..



Dan Banyak Lagi, Ni Yang Aku Ingat. Macam Batman, Superman, Spiderman
Transformers Dah Jadi Kebiasaan. Ni Yang Dah Lama Kita Tak Dengar & Tengok.
Ok Lah..Nanti Aku Kembali Ngan Versi Kartun Japan Lak..
Japanese Anime!! Tu Pun Kalo Rajin..

p/s: perasan tak sekarang ni banyak kartun lama dah ada balik,tapi dalam benuk 3G dan ianya tak best macam dulu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...