Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Rindu

Panas betul hari ni. Matahari memang betul-betul kat atas kepala. Peluh jantan membasahi dahi Gua. Banyak pulak keje yang Gua kena setelkan. Minggu depan kan Gua kena kursus sebulan. Jadi budak sekolah asrama balik la Gua.




1 Zulkaedah ni takde orang buat 'open house' raya tak??





Gua rindu rendang sama lemang.








Thursday, August 11, 2011

Buoh Kekoh Chaa



Salah satu kueh yang pemes pada bulan Ramadhan.
Onde-Onde atau nama lain Buah Melaka.
Kueh yag dibuat daripada tepung gandum dan didalamnya berintikan gula melaka.
Di bahagian luar pula disaluti isi kelapa muda yang dimesin halus.
Rasanya manis dan lemak berkrim.







Itulah sebabnya Gua suka "Buoh Kekoh Chaa"

Friday, August 5, 2011

PUASA bukan PESTA MAKAN!!

Di dalam hadis daripada Anas katanya:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”


Alangkah baiknya jika kita dapat mengamalkan apa yang Rasulullah S.A.W amalkan sewaktu berbuka. Bersederhana dan berpada-pada.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, Gua bukan kata kat orang lain, tapi kat diri Gua sendiri.

Pasar Ramdhan tumbuh bagai cendawan bila tiba bulan puasa. Pelbagai jenis makanan dijual. Kueh-mueh pelbagai warna, lauk-pauk pelbagai rasa, baunya perghh bisa menggugat iman perut yang sedang berpuasa. Apabila tiba saat itu, perut telah menggantikan otak. Segala perbuatan dan percakapan telah dikawal oleh perut, bukannya lagi oleh otak.


"sedap-sedap belaka"

Maka oleh yang demikian, tangan akan mula tunjuk makanan tu, kueh ni, mulut akan muncung tunjuk lauk tu, air ni. Kesannya ber'plastik-plastiklah' makanan yang dibeli tanpa mengira boleh dihabiskan atau tidak. Apa yang hairan, kenapa apabila bulan puasa saja kueh-mueh pelbagai jenis boleh muncul? Di bulan lain takde?

Setelah poket yang tadi tebal menjadi sedikit nipis, maka berarak pulanglah pengunjung pulang kerumah dengan perasaan gembira sambil tidak sabar-sabar menunggu azan maghrib berkumandang. Saat yang dinanti tiba, kueh ditibai, nasi dibedal, air dibantai. Akhirnya tersandar di dinding kekenyangan, lebih parah jika terlelap akibat perut penuh. Solat maghrib entah kemana, makanan yang dibeli banyak tadi tidak kehabisan lalu dibuang.


PUASA bukan PESTA MAKAN!!

Tapi PESTA AMAL IBADAT!!



Sungguh bermakna jika duit yang digunakan untuk membeli makanan yang berlebihan itu dijadikan sedekah pada bulan yang mulia ini, atau makanan yang dibeli berlebihan itu disedekahkan kepada jiran tetangga atau mereka-mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat sama-sama merasa. Selepas berbuka terus solat berjemaah maghrib, isyak, dan tarawih. Suasana malam dihidupkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir yang indah dan bukannya bunyi mercun dan meriam buluh yang berdentum-dentam....







Sunday, January 30, 2011

Pedas nak mampos!!

Sampai arini gua masih trauma lagi ngan ikan bakar yang gua makan kat Port Dickson aritu.



Pedas nak mampos!!


Nak bunuh orang ke ape?



Patutla kat Negeri sembilan ada tempat nama Pedas.

Sunday, January 9, 2011

Budu Yang Gua Suka



Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Sumber : Wikipedia




Baru gua tau.patutla gua kacak & bijak.huh..Budu yang gua suka lebih best dari ribena. Pasni gua nak buat MLM jual budu. Jual Budu dapat point, dapat melancong. Amacam?? Lu nak joint??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...