Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Sikap Kita


Ya, bercakap mengenai sikap. Selepas diri kita adalah orang lain. Orang yang selain diri kita adalah orang lain bagi kita. Maksud yang sama bagi ayat sebelum itu. Kali ini gua nak bicarakan tentang sikap ambil tahu. Ambil tahu bukanlah beerti mengambil tahu hal orang lain ataupun 'jaga tepi kain orang' kerana tak semua orang memakai kain di zaman ini, ada yang berseluar jeans, ber'skirt' dan berjubah. Itu gua nak sedapkan ayat.

Ambil tahu.

Ok, kita mula. Ambil tahu adalah satu perkara yang sangat penting bagi kita dan anak cucu kita. Kalau kita buat tak tahu dan tak mahu ambil tahu akibat yang akan berlaku adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Contohnya, ambil tahu hal ekonomi, politik dan isu-isu semasa dalam dan luar negara. Kalau ada masa terluang di waktu kerja, cuba cubalah mula membaca blog, facebook atau forum yang membincangkan tentang perkembangan semasa. Janganlah masuk kerja dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang asyik melayan game 'FIFA Manager' sahaja. Balik rumah duk depan tv, layan buletin utama tv3 suku. Dengar dan telan bulat bulat berita fitnah atau propaganda yang direka reka oleh pihak yang cuba mempertahankan kesinambungan kuasa mereka demi kroni-kroni dan periuk nasi mereka. Bukan untuk rakyat. 

Cuba jadi orang yang ambil tahu.

"Wei aku tak layan politik la wei..malas nak ambil tahu. Politic Sucks!!"

Itu kata kata orang yang tidak ambil tahu. Untuk itu disini gua jelaskan. Kita sebagai orang bumiputera atau orang Melayu khasnya, telah ketinggalan dari sudut ekonomi dari bangsa lain dinegara kita. Kita jauh ketinggalan daripada mereka dari segi pelajaran juga. Yang ada pada bangsa kita sekarang hanyalah kuasa politik sahaja. Itupun nasib baik kerana ianya tertulis didalam perlembagaan yang perdana menteri mestilah orang melayu. Kalau tak gua rasa dah lama bangsa kita kena halau dari bumi sendiri. Sebabnya mudah sahaja, TIDAK AMBIL TAHU!!. Kalau kita ambil tahu, kita akan nampak apa yang sebenarnya berlaku didalam dunia politik tanah air. Bangsa kita lemah disebabkan bangsa kita sendiri.

Bangsa kita lemah disebabkan bangsa kita sendiri.

Ya, itu satu. Satu masalah besar yang sudah agak lama. Ia menjadi barah kepada bangsa kita. Kenapa gua cakap macam tu? Gua bagi contoh mudah. Tahun ini kita sudah 55 tahun merdeka. Sejak itu kita sudah mempunyai enam (6) orang Perdana Menteri. Keenam-enam mereka semuanya adalah berbangsa Melayu! Tapi mengapa Melayu masih ditakuk lama. Tak maju! Memang gua akui Melayu ini bangsanya pemalas dan penuh hasad dengki. Itu satu hal. Hal yang lain adalah kerana pemimpin kita yang katanya sebagai pembela rakyat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Contoh lain lagi. 

Apa-apa projek kerajaan, syaratnya hanya kontraktor bumiputera sahaja yang boleh masuk. Perancangan yang baik untuk membantu bumiputera bersaing dengan bangsa lain. Tapi!, bila di peringkat pelaksanaanya berlaku sebaliknya. Untuk sesuatu projek, kontraktor bumiputera ini akan membida tender yang dikeluarkan dan kontraktor yang layak pada harga yang munasabah akan mendapat kontrak tersebut. Tetapi malang sekali, yang betul-betul layak dan yang betul-betul boleh buat kerja kecundang. Yang dapat adalah kroni atau anak beranak pemimpin berkaitan. Pendek kata, siapa ada 'kabel besar' dia yang dapat. Walaupun tiada kepandaian dalam kerja tersebut. Hanya pandai bercakap sahaja. Bila dapat projek dan tidak berkeupayaan melaksanakannya. Projek itu dijual kepada kontraktor bangsa asing pula. "Ali Baba". Ambil untung atas angin. Disebabkan mereka-mereka inilah kontraktor bumiputera yang layak akan lingkup satu demi satu. Mana tahan, projek besar selalu tak dapat, Paling besar hanya projek pasang longkang sahaja. Itulah nasib bangsa kita.

Yang lebih teruk.

"Saya telah meluluskan projek untuk syarikat anda, bahagian saya RM300K. Sila buat cek atas nama YB...."

Macamana kontraktor kita nak hidup. Belum untung dah kena pau. Sial lu YB!!

Berbalik kepada ambil tahu.

 Gua cukup menyampah dengan orang yang bersikap.

"Lantaklah apa nak jadi, asalkan orang tak kacau aku, aku dapat makan, aku dapat shopping, aku boleh pergi mana aku suka. Kau sibuk sibuk ambil tahu pun apa yang kau dapat"

Orang macam ni, gua ibaratkan macam.

Lembu kenyang, duk diam diam buat tak tahu. Makan banyak banyak. Bila dah gemuk kena sembelih. Padan muka lu!!

Masa tu, jangan cakap gua tak pesan!!




Hai, gua lembu gemok, lu apa tengok tengok!!




Friday, September 9, 2011

Duit Budak Sekolah Pon Lu Nak Pau Ka??

Selepas harga minyak tidak boleh dinaikkan lagi
Selepas tarif elektrik sudah dinaikkan berkali-kali
Selepas semua harga barang sudah dinaikkan untuk kurangkan subsidi


Kini Lu tercari-cari
Tercari-cari apa yang boleh dirembat lagi
Apa cara semua jadi
Asalkan kaya Lu punya bini


Kini rakyat terkena lagi
Terkena dek kebodohan diri
Sudah diterangkan berkali-kali
Tapi langsung tidak dipeduli


Bila terkena baru menyesali
Sesal kemudian tak berguna lagi
Marah berkati-kati pun benda dah jadi
Tapi bila diberi kain pelikat dan T-shirt free
Tahu depan Lu undi lagi


LU MEMANG DASAR MUDAH LUPA DIRI!!






WTF Cukai 6%??












p/s: kebanyakan yang pakai prepaid adalah budak sekolah




Wednesday, January 5, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini harga petrol ron 97 naik lagi 10 sen menjadi RM2.40/liter

Bekalan minyak masak tiada dalam pasaran. ~disorok untuk naikkan harga.

Bekalan kelapa & santan juga tiada dalam pasaran.~ dulu santan sekilo RM6. Sekarang RM12/kg.

Bulan lepas harga gula mencatat kenaikan RM0.20 menjadi RM2.10/kg.

Semuanya naik naik naik dan terus naik..

Cuma hujan je yang turun tak henti henti membuatkan mata gua layu.








(lu bayangkan harga minyak petrol tahun 2020, mau RM15/liter)

Sunday, October 18, 2009

Tolong Yang Kecik Untuk Jadi Besar

Ya!!
Ni Entri Versi Mencangkung Atas Kerusi
Hehe..

Mulai Saat Ini & Beberapa Juta Saat Lepas
Aku Dah Mula Ubah Minda Aku, Perbuatan Aku
Duit Aku, Duit Cik Booluck
Kerna Aku Dah Mula Sedar & Merasainya

Terus Ke Titik Utama
Mulai Sekarang Kami Ada Misi
Bukan Cik Misi Kat Spital Tu!!
Misi Kami Yang Suci Lagi Murni

Kalo Nak Beli Barang,
Kami Tak Pi Kedai Besar Or Shopping Complex
Tapi Pi Cari Kedai Runcit Yang Kecik2
Yang Kurang Orang Pegi

Kalo Nak Beli Topup,
Beli Kat Stall @ Kedai Fon Yang Kecik2
Tak Nak Beli Kat 7E Ke,
Kedai Yang Ada Signboard
Maxis, Celcom, Digi Yang Besar,Kami Tak Pi

Ikut Lah Hardware Ke, Bengkel Keta Ke, Moto Ke
Kedai Sparepart Ke, Kedai Dobi, Kedai Tayar Ke
Kedai Fotostat, Kedai Gambar, Cyber Cafe
Bahkan Gerai Goreng Pisang Sekalipun
Kami Akan Pilih Yang Baru Bukak & Yang Kecik

Sebabnya, Kalo Kita Asyik Pi Kedai Yang Besar
Kedai Besar Akan Terus Jadi Besar & Membesar
Apa Akan Jadi Ngan Kedai Kecik??
Lama2 Lingkuplah..

Memang Aku Tak Nafikan Kedai Kecik Ni Tak Banyak Pilihan
Kadang2, Barang Yang Kita Nak Tu Tak Pernah Ada

Sebabnya Kita Tak Pernah Nak Bagi Mereka Peluang
So, Mulai Skang, Tolong Bantu Kedai2 Kecik Ni
Untuk Jadi Besar
Satu Lagi, Kedai Kecik Ni Kebanyakkan Milik Orang Melayu Kita
Pakat2Lah Kita Bantu Sesama Bangsa Kita

Orang Cina Kaya Sebab Kita Yang Tolong Mereka Jadi Kaya
Mulai Skang, Selagi Ada Kedai Melayu, Kedai Kecik
Kami Takkan Pi Kedai Cina & Kedai Besar

Habis..

(p/s: Tapi Kalo Bab Kedai Makan, Aku Takleh Kompromi,
Coz Cik Booluck Amat Cerewet Bab Makan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...