Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Jiwa Kelajuan. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Kelajuan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

10 Moto Paling Laju Di Dunia..Setakat Ni La..

10. Ducati 1098s – Top Speed: 169mph (271km/h)



9. BMW K 1200 S – Top Speed: 174mph (278km/h)



8. Aprilia RSV 1000R Mile – Top Speed: 175mph (278km/h)



7. Kawasaki Ninja ZX-11/ZZ-R1100 – Top Speed: 176mph (283km/h)



6. MV Agusta F4 1000 R – Top Speed: 176mph (299km/h)



5. Yamaha YZF R1 – Top Speed: 186mph (297km/h)



4. Honda CBR1100XX Blackbird – Top Speed: 190mph (310 km/h)


3. MTT Turbine Superbike Y2K – Top Speed; 227mph (365 km/h)



2. Suzuki Hayabusa – Top Speed: 248mph (397 km/h)





1. Dodge Tomahawk – Top Speed: 350mph (560 km/h)









Gua rasa moto EX5 pun dah laju..





Wednesday, June 8, 2011

Jiwa Kelajuan Lagi..V-Tec Plak

Gua tak berapa minat kereta prang..tapi gua tujukan untuk lu yang minat V-Tec.



Bagaimana Turbocharger Berfungsi

Kalau lu jiwa kelajuan macam gua, lu kena layan ni..











Tuesday, May 24, 2011

1JZ - GTE Twin Turbo


Semalam lepas pusing punya pusing kedai potong, lepas kasut kawin gua jadi hitam kena minyak itam. Setelah berpanas, berhujan dan bersesak-sesak di jalanraya dan di lebuhraya. Akhirnya emas dari Jepun yang gua cari berjaya dijumpai. Lepas ni akan bermulala satu project yang gua namakan "Projek Ah Ah". Bukan main susah mahu mendapatkan beliau kerana permintaan terhadap beliau amat laris macam goreng pisang panas Mak Cik Kalsombi.




Kod E-JZZ30 gua rasa dari Toyota Soarer, bukan Supra. Gua kurang pasti sebab bodypart dah tiada. Tapi ianya masih enjin yang sama macam Supra.



Halfcut 1JZ ni kian pupus, sama seperti kawan-kawan beliau yang lain seperti 1G, 2JZ, RB26, RB26, RB25, RB20, SR20DET, CA18DET dan lain-lain. Ini kerana di Negara Jepun kereta-kereta yang menggunakan enjin yang sedemikian telah hampir pupus akibat dasar automotif negara matahari terbit itu yang membenarkan sesebuah kenderaan itu berada diatas jalanraya hanya untuk tempoh lima tahun sahaja. Kemudian kereta-kereta ini dijadikan kereta skrap dan dieksport kenegara-negara membangun. Enjin-enjin dari kereta generasi baru ni gua rasa macam takleh blah je. Gua rasa engineer sekarang ni terdiri daripada budak-budak skema yang dapat kerja kat kilang kereta disebabkan pointer yang cemerlang. Ah merepek plak gua..cis!!






Nantikan Kemunculan "Projet Ah Ah" gua pada entry yang akan datang. Gua lapar, nak pegi makan burung merpati jap.

Thursday, March 17, 2011

Lu rasa ok tak?





Kalau gua pakai Jeep Cherokee macam ni pastu sangkut enjin Jepun macam Nissan RB20 ke RB25 ke SR20 ke, takpun Toyota 1J.


Baru Maskulin..kan? kan?


Mesti awek-awek kerja Mydin berebut nak add gua dalam pesbuk.


Huh bangga sungguh gua.



Ingat nak pakai Hummer terus. Tapi duit gua lagi singgit tak cukup nak membelinya..haha





Monday, January 31, 2011

The Green Hornet











Gua rasa satu satunya sebab gua nak tonton cite ni pon pasal keta dia yang power, tu je.





Lagha lagha gua tak layan!!

Monday, November 29, 2010

Lancer Inspira

Lambat cikit cite pasal keta baru keluaran proton ni. Tuntutan keje membuatkan aku xdak masa nak mengadap PC ni 24 jam..lagha jadinya..


Ramai orang duk kutuk2 napela Proton ni pi amek Lancer GT pastu tukar jadi Proton Inspira.. Adakah jurutera proton dah xdak idea?? Adakah proton dah nak bangkrap sampai ada ura2 nak bergabung ngan Perodua??


Kerja senangkan, amek lancer GT, tukar logo yang mana ada logo Mitsubushi pi letak logo proton..pakai double side tape je..hehe, ejas bumper ckit2..bumbambumbam..jadila Proton Inspira.


Pastu jual lak ngan harga jauh lebih murah dari Lancer GT..mau terbakar hati pemilik Lancer GT..pasni orang mesti kutuk.."ni Inspira convert GT eh?"
Nak sedap cite lagi maka CEO Proton cakaplah yang Inspirasi ni ada sentuhan Lotus cikit2..sebab tu Handling dia lagi best dari GT.


Bagi aku, sebenarnya langkah yang proton buat tu adalah langkah yang bijak kerna utk mengeluarkan sebijik model baru kereta untuk pasaran yang kecik adalah tidak berbaloi..banyak kos terlibat, nak kena beli mesin baru kat kilang, kena ada software baru yg harga xmasuk akal, R&D pun dah juta2..tu xmasuk lagi ngan tester car yang ntah bape ratus @ ribu bijik terpaksa dimusnahkan utk ujian mengikut stage2 dia sebelum sesebuah model keta tu di keluarkan.
Kena jual bape puluh ribu bijik baru balik modal..diaorang pon blajar gak "Titik Pulang Modal' masa kat sekolah dulu..


Aku sokong 100% usahasama camni, Proton ngan Mitsubishi, Perodua ngan Toyota/Daihatsu. Sebab kalu model keta proton ke perodua ke yang pakai casis dari mitsubishi, daihatsu,toyota..sparepart dia senang nak cari & yang paling penting ianya murah..nak upgrade enjin lagi senang sbab kat kedai potong bersepah..sebab tu model proton yang buat kerjasama ngan mitsubishi still maitain kat atasa jalanraya..mcm Proton Wira..siap convert jadi Evo 3 sebijik..nak beli Evo sebijik xmampu..kancil jugak di convert jadi Daihatsu Mira Bersesaran Turbo..nak harap enjin 660 Kancil langsung xbleh blah..nak potong lori kena tutup aircond dulu..huh..penat2!!


Cuma aku nak mintak tolong kat Proton jangan buat kerjasama mengarut ngan Citroen & Renault..sebab model yang lepas2 dah terbukti GAGAL dan keta macam haram..kalo tak caya tengok Tiara ngan Savvy..WTF of car!! Damm!!






Convert jadi Evo X terusla..

Monday, September 28, 2009

Ku Jatuh Chenta

Ku Jatuh Chenta, Sungguh Ku Jatuh Chenta
Siang Malam Asyik Teringat, Terbayang
Oh, Sungguh Tak Dapat Ku Lupakan
Makan Tak Lalu, Tidur Tak Lena
Mandi Basah Cikit2, Tipu la Kalo Tak Basah
Berat Sungguh Perasaan Bila Sudah Jatuh Chenta

Pergh..Ayat Mat Bunga, Jiwang Karat
Korang Mesti Ingat Aku Dah Tersangkut Kat Mana2 Awek kan??
Ha2..Tidak Sekali2 Aku MenDuakan Cik BooLuck
(Cik BooLuck, Aku Sayang Kamu Banyak)

Sebetulnya Aku Jatuh Chenta Pada Besi Buruk
Biar Betik!!
Yup, Chenta Ku Pada Besi Buruk Itu Kian Menebal
Jom Kenali Chenta Terbaru Ku

Ni Masa Dia Pakai Baju Raya Kaler Merah


Tukar Baju Hitam Lak




Ok,Dah2..Cukup2..Korang Ni
Orang Dah Bagi Betis, Nak Paha Lak
Nanti Kat Post Lain Aku Cite Ngan Detail
Pasal Chenta Aku Ni
Post Ni Sebagai Iklan Je
Hua3..

Thursday, May 28, 2009

Klasik Itu Indah

Nyum..Nyum..

Volkswagen Beetle



Toyota Celica Liftback TA28 GT a.k.a Japanese Mustang



Mitsubishi Celeste



Mazda RX3

Monday, January 19, 2009

Bila agaknya aku nak pakai kete baru??

Bes je aku tengok orang bawak kete baru smooth je..aku ni masih naik kete volkswagen a.k.a kura-kura merah ku..hehe.xde rezeki lagi kot.Kawim blom lagi. blablabla...

Kena usaha lebih ckit.Skang ni aku tgah setup bisnes ckit. Pas loan approve. Run bisnes. pastu kalo ada rezeki lebih ckit leh la nak tukar keta baru..kete kebal pun bleh..

Tapi aku tetap sayang kura-kura merahku..banyak memori tu..lagipun plate 2 bijik.69..hehehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...