Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Damn. Show all posts
Showing posts with label Damn. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

55 Tahun Merdeka




Assalamualaikum.

Sehari dua ni gua agak tertarik dengan post-post di Facebook tentang Tema dan Logo Hari Merdeka ke 55 tahun negara kita. 


Bagi gua banyak yang tidak kena tentang Tema dan Logo ni.


Berbaur POLITIK dan TIDAK KREATIF.


1MALAYSIA JANJI DITEPATI - Slogan Parti Politik.


LOGO - Design menampakkan kreativiti masih terbelakang walaupun sudah 55 tahun Merdeka. Ke mana perginya pakar-pakar Photoshop atau pakar-pakar edit-mengedit negara kita?? Takkan Logo Hari Merdeka hanya dibuat dengan Paint sahaja?


Makin hari makin banyak perkara yang tidak kena  berlaku  di negara kita.


Gua nampak semakin hari semakin;


Mengarut!


Melalut!


Apakah ini tanda-tanda "NYAWA SUDAH DIHUJUNG TANDUK"?


Jangan salahkan rakyat bilamana rakyat tidak bersemangat menyambut Hari Merdeka nanti.


Kami rakyat bukan tidak PATRIOTIK. Tapi kami telah mula CELIK dan JELIK dengan TAKTIK POLITIK SEMPIT.


Tolonglah. Malaysia ini TANAH AIR KAMI JUGA.


DAN KAMI JUGA PUNYA SUARA.


JANGAN PIJAK KEPALA KAMI IKUT SUKA.


KELAK LU AKAN MERANA!


ALLAHUAKBAR!!











Friday, July 13, 2012

Akhirnya FAM Akur




Alhamdulillah.

Akhirnya FAM akur.

Sebab FAM rakyat Malaysia yang punya.

Bukan mak bapak diaorang yang punya.

Dah pegang jawatan dalam FAM tu tak bermakna boleh buat sesuka hati.

Sebab ramai orang luar yang memerhati.

Hak orang lain perlu dihormati.

Cuma hak Kelantan menuntut Royalti terus dinafi.

Biarlah.

PRU 13 nanti kita ajar mereka apa itu demokrasi.

Setelah suara rakyat mereka tidak mahu dengari.

Jangan terhegeh-hegeh nak mintak undi!










Friday, July 6, 2012

Oh Tidak!



Dari pagi sampai ke petang. 8 pagi - 5 petang. Masuk pagi balik petang. Esok, lusa, tulat, ulang..sampai seminggu. Minggu depan ulang langkah yang sama. Dari pagi sampai petang. 

Duduk diam diam. Keyboard tekan tekan. Di dalam bilik yang tertutup. Hanya lu lah manager itu. Tanpa berbicara, tanpa mencari ilmu, atau keadaan semasa yang berlaku. Itu tidak lu ambil tahu.

SubhanAllah.

Bangunlah dari keasyikkan lu itu. Cuba cari benda baru bagi lu. Sekurang kurangnya ia satu ilmu. Dari mengadap benda yang tak tentu.

Gua bukan nak jaga tepi kain lu.

Cuma sekadar beritahu, sebagai sahabat yang paling dekat dengan lu.










Monday, May 28, 2012

Go KPOP Go!! Go To Hell!!



Ini jihad cara baru. Lebih mudah lagi senang. 2 juta orangbelia  pasti datang. Siapa tak datang dia rugi. 2 juta orang belia adalah 500 belia Mat Rempit Malaysia dan baki nya (belia Indon + belia Bangla + belia kemboja + belia Burma + semut + debu + rumput + kuman + daun + debu debu).  Ramaiiiiiiii... Ini jihad terbaik punya. Jihad yang tidak perlu bersusah payah. Ini jihad yang menyeronokkan. Ini jihad dari pemimpin bangang untuk rakyat yang bahlol!

Sunday, April 29, 2012

2 Years 2 Months 2 Weeks 2 Days

2 Years 2 Months 2 Weeks 2 Days

 Adalah semalam 28 April 2012. 
Tarikh keramat untuk yang ketiga kalinya. BERSIH 3.0!!
Juga tarikh panjangnya usia perkahwinan gua selama 2 tahun 2 bulan 2 minggu dan 2 hari.

Tapi.

Hari semalam, Demokrasi telah dinodai.

Dimana sang penguasa yang sepatutnya melindungi rakyat telah bertukar menjadi musuh rakyat.

Rakyat hanya ingin keadilan. Rakyat hanya berhimpun secara aman. 

Tapi..

Habuan mereka, cota dan belantan, water cannon menyebab kegatalan dan tear gas yang memedihkan pandangan. Itu belum lagi sepak terajang.

Mengapa?

Untuk menukar perhimpunan aman kepada kekacauan. Supaya rakyat dipersalahkan. Perhimpunan aman adalah untuk rusuhan.

Negara ini negara kita.

Rakyat ada hak bersuara.

Tapi...

"Rakyatnya, bila bersuara dikata khianat. Bila memorandum di sidang meja bulat ditolak mentah, biar jalanan sahaja jadi tempat bersidang. Sudah kerapkali diulang nyata, baca & fahami apa itu demokrasi, jangan pandai sebut tapi tak mengerti apa maknanya. Kebanyakkan mereka yang bersuara lantang menentang, hidupnya selesa-selesa sentiasa. Apa kami yang tersirna haknya, perlu diam sentiasa? Biar menaip berdasarkan akal, berilmiah. Jangan jadi dungu moden". kredit : CPOT

Ya. Perhimpunan semalam bukan rusuhan. Perhimpunan semalam adalah bantahan dan membuat tuntutan. Tuntutan yang tidak lain tidak bukan. 8 tuntutan untuk memBERSIHkan pilihanraya. Pilihanraya kita telah lama ternoda. Apa gunanya diadakan pilihanraya kalau pemenangnya sudah ditetapkan. Kenapa perlu takut untuk melaksanakan 8 tuntutan yang senang. Adakah kerana takut kehilangan kesinambungan kuasa yang memberikan kekayaan dan kesenangan? Mengapa Suruhanjaya berkenaan hanya berdiam. Tidak mengkaji 8 tuntutan? Atau tidak mahu mengakui kesilapan? Atau sudah diikat kaki dan tangan? Atau didalam mulut sudah penuh habuan? Mengapa menjadi Suruhanjaya kalau tidak bebas? Ibarat menjadi lelaki sejati, gagah berani tetapi dicontrol si isteri. Demokrasi ternoda lagi..

Oh sang penguasa..

Hari ini kamu berkuasa, sesuka hati memukul siapa sahaja yang kamu suka. Sedarlah tugas kamu untuk apa? Menjadi anjing kurap atau pembela bangsa & agama? Atau lembu yang dicucuk hidungnya. Ya sahaja bila arahan si penzalim bersuara. Tanpa ikut budi bicara. Tanpa ikut waras. Sedarlah sang penguasa, kamu adalah pembela mereka. Bukan membawa bala. Tugas mu kami sanjung. Tapi tindakan kamu semalam tidak kami junjung. Kami pukul mereka, kamu halau mereka, kamu siram mereka dengan air bisa, kamu pedihkan mata mereka dengan gas pemedih mata, gas yang sama Israel gunakan untuk rakyat Palestine. Kamu lebih teruk dari Israel kerana menyakiti sesama bangsa dan sesama agama. Ingatlah harta yang kamu guna untuk meyakiti mereka adalah hak mereka dan hak bersama. Kuasa mu hanya diatas dunia, itu pun kalau hidup lama dan belum bersara. Kuasa Maha Pencipta selama-lamanya. Bila kah masanya kamu ada untuk pergi minta maaf dengan semua yang kamu sakiti tubuh badan mereka?? Dosa dengan pencipta ada taubatnya, dosa sesama hamba, jika tiada maafnya. Tanggunglah disana.


Oh sang penzalim yang berkuasa..

Rakyat mahu kamu turun dari takhta. Dengan cara seorang lelaki mulia, bukan dengan cara lelaki yang tiada telornya. Berlawanlah kamu sebagai anak jantan. Sudah cukuplah harta negara kami kamu sebat. Kamu rompak. Untuk bini tercinta, beg tangan, cincin permata berjuta-juta. Untuk rakyat yang hina, RM500 penuh berkira. Itupun diberi sekali sahaja. Cerita setahun lamanya. Oh penzalim, kami tahu bumi kami kaya, hasil bumi tiada terkira, tetapi kenapa dinafikan ianya. Kemana perginya wang berjuta hasil bumi negara? Wang untuk rakyat hidup sejahtera, bukan bebanan yang membuat rakyat jadi gila. Kamu diatas sana tidak merasa, bebanan yang rakyat rasa. Kerana untuk kamu semuanya percuma. Mengapa kami perlu mengemis untuk mendapat pendidikan? Sedangkan ianya percuma untuk bumiputera. Ianya termaktub di Perlembagaan sana. Sedarlah, pendidikan amat penting untuk sesebuah negara. Supaya pewaris bangsa dan negara tiada yang buta. Buta segala-gala. 
Oh sang penzalim. Hiburan bagi mu dijadikan gaya hidup sihat supaya rakyat leka dan tak ingat, senang bagi mu untuk merompak. Hak mereka kamu rembat. Radio dan tv dipenuhi rancangan maksiat. Agar hati rakyat jadi gelap. Senang apa yang dicakap akan ditelan bulat bulat.
Oh sang penzalim. Masa mu tidak lama lagi. Kamu telah mengejutkan rakyat dari tidurnya. Kemarahan rakyat besar bencananya. Bila tiba pilihanraya kamu rasai akibatnya. Itupun jika kamu tidak memanipulasinya. PRU 13 nantikan bersama. Suara rakyat penentu kuasa!


Oh teman temanku.

Jika engkau tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu, jangan terburu buru. Usah berfikiran seperti lembu walaupun sebelum ini lagakmu seperti lembu kekenyangan. Kau tidak tahu apa itu perjuangan. Kau pandai bagi kutukan. Bagi kau kita dah cukup senang. Asalkan ada tempat hiburan, panggung wayang, rumah sebesar kandang dan kereta ala mainan. Itu semua buat kau diam. Erti perjuangan bukan hanya untuk hari sekarang. Ianya untuk generasi mendatang. Jika kita sudah cukup terbeban di masa sekarang. Apa lagi mereka di masa akan datang. Di saat hasil bumi kering kontang. Ya, gua lupa. Saat itu lu tak perlu fikirkan. Sebab lu sedang berhadapan pembalasan di alam berlainan.
Oh teman teman ku. hentikan kelalaian dengan facebook mu, kelalaianmu dengan ipadmu. kelalaian mu dengan dunia k-pop mu. Sampai bila pemikiranmu harus dijajah. Bangkitlah teman temanku. Kita layak mendapat lebih baik dari ini. Negara kita kaya hasil bumi. Bukan hanya untuk segelintir orang dan kroni. Apakah bila semua ini tiada lagi, baru kau nak bangkit dari mimpi. Masa itu sesal tiada guna lagi. Aku maafkan kamu untuk sekali ini. Lain kali tiada lagi.

Oh para pejuang.

Tubuhmu penuh luka. Badanmu lebam sini sana. Mata mu pedih asap berbisa. Tangan mu dirantai manusia bergelar penguasa. Tapi itu tak mengapa. Aku tahu semangat mu takkan pernah luntur. Kejadiaan itu membuatkan semangatmu makin membara. Kau dipandang kami seperti wira! Wira bagi pewaris bangsa. Menentang penipuan dan kezaliman si penguasa dan sang pengzalim durjana. Kau akan terpahat sebagai sejarah negara. Membebaskan kita dari "penggila kuasa".


Oh semua rakyat Malaysia.

Ingatlah.

Ini bukan kesudahannya..tapi ianya baru bermula..


Takkan dibiarkan Demokrasi dinodai selamanya...






























Friday, February 17, 2012

Sekarang Lu Sudah Pandai Berlagak!!

Minggu lepas gua ada pergi ke pejabat asteruk. Niatnya mau apply siaran tivi berbayar. Bukan gua nak sangat melanggan siaran syarikat tersebut, seperti yang kita tahu kualiti yang ditawarkan tidak sepadan dengan harga yang ditetapkan. Apabila hujan tiada siaran. Harga selalu dinaikkan. WTFunk!!


"Ok bang, kita akan pasang dalam masa 7 hari" gua masih ingat kata-kata budak promoter asteruk tu.


"Orait, kalau boleh kasi cepat sikit, kesian bini & anak gua nak tengok tivi, gambar tak clear macam sial" gua balas.


Hari ni, bulu ketiak gua yang gua cukur minggu lepas dah panjang balik. Tapi asteruk belum nampak batang idung lagi. Asteruk memang teruk.


"Wei bro, lu cakap seminggu je, ni kucing gua dah bertanduk pun lu belum datang lagi, gua maki kan" marah gua dalam telefon.


"Rileks bang, nanti saya check dulu nama abang dah boleh pasang atau tak" kata budak tu tersekat-sekat.


"Laa, baru nak check. Damn!!" kata gua.


Talian gua putuskan. Shit!!


Sebenarnya gua bukan lapar sangat nak tengok siaran stesyen lu. Tapi terpaksa untuk bagi siaran clear. Dah jadi macam keperluan untuk tengok tivi supaya gambar terang. Lu pun tahu, sejak adanya siaran dari stesyen lu, siaran tivi menggunakan antena biasa sudah tidak sejelas seperti mana gua dibangku sekolah dulu. Lagipun rancangan yang lu siarkan banyak yang melalaikan dan melaghakan. Baik gua layan Ustaz Don di tivi Al-Hijrah.


Dulu kat kampung gua dah pasang asteruk ni. Sehari apply dah pasang. Sekarang seminggu pun nak kena main kejar-kejar dulu. Sekarang Lu Sudah Pandai Berlagak!! Maklumlah customer dah ramai dan lu takdak saingan. Lu demand la.


Kadang-kadang gua terpikir, kenapa dulu kala semasa tiada siaran berbayar lu, siaran percuma jelas dan terang. Sedangkan sistem penyiaran kita semakin maju.


Atau mungkin ada sesuatu yang tidak kena??


Mungkin...







Jangan Kerana

Pesanan untuk kita bersama. Jangan kerana terlalu mendambakan sesuatu, kita sanggup menjadi penjilat dan pencacai. Benda yang betul kita mengatakan ia salah. Benda yang salah kita menegakkannya. Kerana harta dunia.


Ya, harta itu penting. Tapi kalau dah menyokong orang yang melanggar hukum Allah untuk mendapatkan harta kekayaan dunia, ia salah. Hidup hanya sementara. Senang di dunia, merana di sana.


Mengapa orang yang menyampaikan kebaikan dan dakwah ditegur dan disalahkan?? Sedangkan masih banyak lagi perkara yang tidak betul dan maksiat-maksiat yang berlaku disekeliling tidak diendahkan.


Kerana.


Jilat dan jilat.


Bila tentang disana, yang disini akan suka. Segala yang didambakan akan dapat.


Beringatlah sebelum terlambat dan sebelum orang meluat.






Monday, January 30, 2012

Awan Nano

Dari semalam sampai pagi ni, tak habis-habis orang duk post dalam pesbuk pasal lagu Awan Nano menang AJL. Gua dah naik jemu.


Sumpah gua tak minat Awan Nano ni.





Tapi kalau Nano Nano ni, dari kecik lu jangan tanya gua minat ke tak minat.





Lagu dia pun gua masih hafal!





Gua Dah Balik

10 hari gua balik kampung. Harini mula kerja. Rutin biasa bermula semula.


Gua...



erk..



M.A.L.A.S.





Monday, January 23, 2012

Lu Pikirlah Sendiri

Gua perhatikan semenjak dua menjak ni. Banyak benda hendak dijual.


Bukan mencari yang baru. Tapi menghabiskan apa yang ada.


Sapu bersih di saat nyawa di hujung tanduk.



Masa depan di tangan lu.







Lu pikir lah sendiri!!






Tuesday, January 10, 2012

Macam Macam

Lu pernah tak alami situasi yang lu rasa nak lempang je orang yang cakap dengan lu tu.

Contoh; lu nak beli kereta terpakai yang elok, puas lu pusing cari keta tu, puas lu godek mudah.my, puas lu tanya kawan-kawan lu untuk cari kereta yang lu mau. Akhirnya lu takde pilihan dan lu main beli je walaupun kondisi kereta tu ala-ala wan maimunah dan bukannya kondisi fasha sandha.

Esoknya, lu bawak keta lu tu pi jalan-jalan, lu jumpa plak kawan lu.

"Woi keta baru nampak" kawan lu cakap.

"Keta lama tapi baru beli" lu cakap.

"Berapa ribu?" kawan lu tanya

"enam ribu je" lu jawab balik.

"Pergh, mahal siot enam ribu. Pakcik depan rumah aku nak jual keta dia lebih cun dari ni empat ribu je" kawan lu cakap sombong.


Lu lempang dia empat belas kali.


Pastu lu cakap.


"Kenapa kau tak bagitau aku tahun lusa?"









Friday, January 6, 2012

Entri Tiada Tajuk

'kreett..kreett.." bunyi Nokia cabuk gua.


"Bro, gua MC arini. Muntah-muntah. Angin kot. Bagitau bos yea. Tq".


Hafiz. Rakan sepejabat gua menghantar pesanan ringkas.


"Orait. Selamat berehat".


Gua balas ringkas.


"Bos, Hafiz MC harini. Dia tak berapa sihat". Gua sampaikan amanat Hafiz pada bos gua.


"Sakit apa?" Soal bos gua.


"Katanya muntah-muntah" Gua jawab.


"

Terlalu Bergantung

"Lapan belas kali lapan berapa?" Tanya member gua.


"Seratus tiga puluh empat" jawab gua tak yakin.


Eh, jap gua pikir..


Emm..gua kira dalam hati dulu.


Lapan kali lapan, enam puluh empat.


Enam naik atas.


Satu kali lapan, sama dengan lapan.


Campur enam sama dengan empat belas.


"Ok bro, seratus empat puluh empat" Gua bagi jawapan pasti.


"Apala tu pun amek masa dua minit" perli member gua.


Damm!!


Otak gua beku disebabkan kalkulator.









Damm!!

Lu jawatan besar.


Kereta besar.


Tapi..
.

..

...




Otak kecik.

.

..

...


Meh gua patahkan tuil signal lu!!



Friday, September 9, 2011

Paling Bangsat Pun Facebook!!

Oh tolonglah..
Yaa ampunnnnnnnn
Gua merayu
Merayu sangat-sangat..


Oh tolonglah..
Dunia sekarang dunia IT
Semua maklumat dihujung jari
Lu jangan hanya pandai mendengar
Lepas dengar telan bulat-bulat
Lu kena mengkaji
Mengkaji dengan membaca
Baru tahu baik buruk
Baru terbongkar yang mana benar yang mana salah
Baru Lu tak sesat
Baru Lu bukan katak dibawah tempurung


Oh tolonglah..
Gua respek Lu ada Broadband
Di internet ada
Blog
Youtube
Wikipedia
Google
yahoo
Semua maklumat lu boleh cari


Oh tolonglah..
Lu kehulu kehilir bersama broadband Lu
Semua yang Gua sebut diatas Lu tak tahu
Lu hanya sibuk dan hanyut dengan Naruto Lu
Otak Lu hanya disitu








TOLONGLAH..
PALING BANGSAT PUN LU BUKALAH FACEBOOK




Thursday, June 16, 2011

Apabila Hukum Agama Dipersendakan












Nak buat lawak ke, nak bodek ke, agak-agak ar. Lu ingat hukum agama boleh buat main-main ke?

Monday, November 29, 2010

Lancer Inspira

Lambat cikit cite pasal keta baru keluaran proton ni. Tuntutan keje membuatkan aku xdak masa nak mengadap PC ni 24 jam..lagha jadinya..


Ramai orang duk kutuk2 napela Proton ni pi amek Lancer GT pastu tukar jadi Proton Inspira.. Adakah jurutera proton dah xdak idea?? Adakah proton dah nak bangkrap sampai ada ura2 nak bergabung ngan Perodua??


Kerja senangkan, amek lancer GT, tukar logo yang mana ada logo Mitsubushi pi letak logo proton..pakai double side tape je..hehe, ejas bumper ckit2..bumbambumbam..jadila Proton Inspira.


Pastu jual lak ngan harga jauh lebih murah dari Lancer GT..mau terbakar hati pemilik Lancer GT..pasni orang mesti kutuk.."ni Inspira convert GT eh?"
Nak sedap cite lagi maka CEO Proton cakaplah yang Inspirasi ni ada sentuhan Lotus cikit2..sebab tu Handling dia lagi best dari GT.


Bagi aku, sebenarnya langkah yang proton buat tu adalah langkah yang bijak kerna utk mengeluarkan sebijik model baru kereta untuk pasaran yang kecik adalah tidak berbaloi..banyak kos terlibat, nak kena beli mesin baru kat kilang, kena ada software baru yg harga xmasuk akal, R&D pun dah juta2..tu xmasuk lagi ngan tester car yang ntah bape ratus @ ribu bijik terpaksa dimusnahkan utk ujian mengikut stage2 dia sebelum sesebuah model keta tu di keluarkan.
Kena jual bape puluh ribu bijik baru balik modal..diaorang pon blajar gak "Titik Pulang Modal' masa kat sekolah dulu..


Aku sokong 100% usahasama camni, Proton ngan Mitsubishi, Perodua ngan Toyota/Daihatsu. Sebab kalu model keta proton ke perodua ke yang pakai casis dari mitsubishi, daihatsu,toyota..sparepart dia senang nak cari & yang paling penting ianya murah..nak upgrade enjin lagi senang sbab kat kedai potong bersepah..sebab tu model proton yang buat kerjasama ngan mitsubishi still maitain kat atasa jalanraya..mcm Proton Wira..siap convert jadi Evo 3 sebijik..nak beli Evo sebijik xmampu..kancil jugak di convert jadi Daihatsu Mira Bersesaran Turbo..nak harap enjin 660 Kancil langsung xbleh blah..nak potong lori kena tutup aircond dulu..huh..penat2!!


Cuma aku nak mintak tolong kat Proton jangan buat kerjasama mengarut ngan Citroen & Renault..sebab model yang lepas2 dah terbukti GAGAL dan keta macam haram..kalo tak caya tengok Tiara ngan Savvy..WTF of car!! Damm!!






Convert jadi Evo X terusla..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...