Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Sunday, April 29, 2012

2 Years 2 Months 2 Weeks 2 Days

2 Years 2 Months 2 Weeks 2 Days

 Adalah semalam 28 April 2012. 
Tarikh keramat untuk yang ketiga kalinya. BERSIH 3.0!!
Juga tarikh panjangnya usia perkahwinan gua selama 2 tahun 2 bulan 2 minggu dan 2 hari.

Tapi.

Hari semalam, Demokrasi telah dinodai.

Dimana sang penguasa yang sepatutnya melindungi rakyat telah bertukar menjadi musuh rakyat.

Rakyat hanya ingin keadilan. Rakyat hanya berhimpun secara aman. 

Tapi..

Habuan mereka, cota dan belantan, water cannon menyebab kegatalan dan tear gas yang memedihkan pandangan. Itu belum lagi sepak terajang.

Mengapa?

Untuk menukar perhimpunan aman kepada kekacauan. Supaya rakyat dipersalahkan. Perhimpunan aman adalah untuk rusuhan.

Negara ini negara kita.

Rakyat ada hak bersuara.

Tapi...

"Rakyatnya, bila bersuara dikata khianat. Bila memorandum di sidang meja bulat ditolak mentah, biar jalanan sahaja jadi tempat bersidang. Sudah kerapkali diulang nyata, baca & fahami apa itu demokrasi, jangan pandai sebut tapi tak mengerti apa maknanya. Kebanyakkan mereka yang bersuara lantang menentang, hidupnya selesa-selesa sentiasa. Apa kami yang tersirna haknya, perlu diam sentiasa? Biar menaip berdasarkan akal, berilmiah. Jangan jadi dungu moden". kredit : CPOT

Ya. Perhimpunan semalam bukan rusuhan. Perhimpunan semalam adalah bantahan dan membuat tuntutan. Tuntutan yang tidak lain tidak bukan. 8 tuntutan untuk memBERSIHkan pilihanraya. Pilihanraya kita telah lama ternoda. Apa gunanya diadakan pilihanraya kalau pemenangnya sudah ditetapkan. Kenapa perlu takut untuk melaksanakan 8 tuntutan yang senang. Adakah kerana takut kehilangan kesinambungan kuasa yang memberikan kekayaan dan kesenangan? Mengapa Suruhanjaya berkenaan hanya berdiam. Tidak mengkaji 8 tuntutan? Atau tidak mahu mengakui kesilapan? Atau sudah diikat kaki dan tangan? Atau didalam mulut sudah penuh habuan? Mengapa menjadi Suruhanjaya kalau tidak bebas? Ibarat menjadi lelaki sejati, gagah berani tetapi dicontrol si isteri. Demokrasi ternoda lagi..

Oh sang penguasa..

Hari ini kamu berkuasa, sesuka hati memukul siapa sahaja yang kamu suka. Sedarlah tugas kamu untuk apa? Menjadi anjing kurap atau pembela bangsa & agama? Atau lembu yang dicucuk hidungnya. Ya sahaja bila arahan si penzalim bersuara. Tanpa ikut budi bicara. Tanpa ikut waras. Sedarlah sang penguasa, kamu adalah pembela mereka. Bukan membawa bala. Tugas mu kami sanjung. Tapi tindakan kamu semalam tidak kami junjung. Kami pukul mereka, kamu halau mereka, kamu siram mereka dengan air bisa, kamu pedihkan mata mereka dengan gas pemedih mata, gas yang sama Israel gunakan untuk rakyat Palestine. Kamu lebih teruk dari Israel kerana menyakiti sesama bangsa dan sesama agama. Ingatlah harta yang kamu guna untuk meyakiti mereka adalah hak mereka dan hak bersama. Kuasa mu hanya diatas dunia, itu pun kalau hidup lama dan belum bersara. Kuasa Maha Pencipta selama-lamanya. Bila kah masanya kamu ada untuk pergi minta maaf dengan semua yang kamu sakiti tubuh badan mereka?? Dosa dengan pencipta ada taubatnya, dosa sesama hamba, jika tiada maafnya. Tanggunglah disana.


Oh sang penzalim yang berkuasa..

Rakyat mahu kamu turun dari takhta. Dengan cara seorang lelaki mulia, bukan dengan cara lelaki yang tiada telornya. Berlawanlah kamu sebagai anak jantan. Sudah cukuplah harta negara kami kamu sebat. Kamu rompak. Untuk bini tercinta, beg tangan, cincin permata berjuta-juta. Untuk rakyat yang hina, RM500 penuh berkira. Itupun diberi sekali sahaja. Cerita setahun lamanya. Oh penzalim, kami tahu bumi kami kaya, hasil bumi tiada terkira, tetapi kenapa dinafikan ianya. Kemana perginya wang berjuta hasil bumi negara? Wang untuk rakyat hidup sejahtera, bukan bebanan yang membuat rakyat jadi gila. Kamu diatas sana tidak merasa, bebanan yang rakyat rasa. Kerana untuk kamu semuanya percuma. Mengapa kami perlu mengemis untuk mendapat pendidikan? Sedangkan ianya percuma untuk bumiputera. Ianya termaktub di Perlembagaan sana. Sedarlah, pendidikan amat penting untuk sesebuah negara. Supaya pewaris bangsa dan negara tiada yang buta. Buta segala-gala. 
Oh sang penzalim. Hiburan bagi mu dijadikan gaya hidup sihat supaya rakyat leka dan tak ingat, senang bagi mu untuk merompak. Hak mereka kamu rembat. Radio dan tv dipenuhi rancangan maksiat. Agar hati rakyat jadi gelap. Senang apa yang dicakap akan ditelan bulat bulat.
Oh sang penzalim. Masa mu tidak lama lagi. Kamu telah mengejutkan rakyat dari tidurnya. Kemarahan rakyat besar bencananya. Bila tiba pilihanraya kamu rasai akibatnya. Itupun jika kamu tidak memanipulasinya. PRU 13 nantikan bersama. Suara rakyat penentu kuasa!


Oh teman temanku.

Jika engkau tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu, jangan terburu buru. Usah berfikiran seperti lembu walaupun sebelum ini lagakmu seperti lembu kekenyangan. Kau tidak tahu apa itu perjuangan. Kau pandai bagi kutukan. Bagi kau kita dah cukup senang. Asalkan ada tempat hiburan, panggung wayang, rumah sebesar kandang dan kereta ala mainan. Itu semua buat kau diam. Erti perjuangan bukan hanya untuk hari sekarang. Ianya untuk generasi mendatang. Jika kita sudah cukup terbeban di masa sekarang. Apa lagi mereka di masa akan datang. Di saat hasil bumi kering kontang. Ya, gua lupa. Saat itu lu tak perlu fikirkan. Sebab lu sedang berhadapan pembalasan di alam berlainan.
Oh teman teman ku. hentikan kelalaian dengan facebook mu, kelalaianmu dengan ipadmu. kelalaian mu dengan dunia k-pop mu. Sampai bila pemikiranmu harus dijajah. Bangkitlah teman temanku. Kita layak mendapat lebih baik dari ini. Negara kita kaya hasil bumi. Bukan hanya untuk segelintir orang dan kroni. Apakah bila semua ini tiada lagi, baru kau nak bangkit dari mimpi. Masa itu sesal tiada guna lagi. Aku maafkan kamu untuk sekali ini. Lain kali tiada lagi.

Oh para pejuang.

Tubuhmu penuh luka. Badanmu lebam sini sana. Mata mu pedih asap berbisa. Tangan mu dirantai manusia bergelar penguasa. Tapi itu tak mengapa. Aku tahu semangat mu takkan pernah luntur. Kejadiaan itu membuatkan semangatmu makin membara. Kau dipandang kami seperti wira! Wira bagi pewaris bangsa. Menentang penipuan dan kezaliman si penguasa dan sang pengzalim durjana. Kau akan terpahat sebagai sejarah negara. Membebaskan kita dari "penggila kuasa".


Oh semua rakyat Malaysia.

Ingatlah.

Ini bukan kesudahannya..tapi ianya baru bermula..


Takkan dibiarkan Demokrasi dinodai selamanya...






























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...