Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Panas Enjin

Lama tak update blog ni. Panas enjin dulu dengan mutiara kata Tuan Guru Gua.



Wednesday, November 14, 2012

Selamat Tahun Baru Islam 1434 H

Selamat akhir tahun dan selamat awal tahun gua ucapkan kepada semua pembaca blog gua yang tak seberapa ini.

Semoga azam tahun 1433 H telah terlaksana dan semoga azam tahun baru 1434 H lebih baik daripada tahun lepas.

Marilah kita sama sama membaca doa akhir tahun ini selepas solat asar pada hari ini, dan membaca doa awal tahun selepas solat maghrib pada hari ini.

Dalam Islam hari baru bermula selepas maghrib, bukan selepas jam 12 malam.









Permainan Video PS3 Resident Evil 5 Hina Al Quran




Dulu, mereka hina Rasulullah S.A.W dan Islam dengan 'The Innocent Of Muslims' .


Hari ini, mereka hina Al Quran dengan permainan video ini.


Apakah mereka sudah lupa.


Akan azab Allah S.W.T.


Ok, mereka mahukan 'Taufan Sandy' untuk kali kedua!


Amin.







Friday, November 9, 2012

1 Dalam 1,000,000


"Usia ambo kini lebih 80 tahun doh. Roh yang pergi pada malamnya jika tidak kembali....matilah ambo. Buatlah segala daya upaya untuk memenangkan Islam di muka bumi sebelum pergi mengadap Ilahi."


(YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)




Satu Dalam sejuta, Allahuakbar!







Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433



Ramadhan. Bulan pahala digandakan.


10 Hari  yang Pertama RAHMAT;

10 Hari yang Kedua MAGHFIRAH (KEAMPUNAN);

10 Hari yang Terakhir PEMBEBASAN DARI API NERAKA.


Di dalam bulan Ramadhan juga terdapat MALAM LALATUL QADR.


Janganlah kita mempersiakan bulan yang penuh berkat dan rahmat ini kerana Ramadhan mungkin ini Ramadhan terakhir kita.


Allahuakbar!









Sunday, July 15, 2012

Soalnya Hati





Lu tolong gua cari apa yang pelik di dalam gambar ini?

Masa kan orang yang boleh melihat tidak dapat mencari 'kepelikkan' tersebut.

Bukan sesusah mencari jarum di dalam rumput.

Dengan pakaian yang berlainan warna. Dengan kain tudung yang hanya dipakai di bahu.

Perhatikan orang lain disekeliling.

Semuanya berjubah dan bertudung.

Ini majlis orang muslim.

Kenapa mengaku muslim tapi tidak mengamalkan kewajipan seorang muslim?

Tetap berbangga dengan penampilan berbusana mahal dan moden.

Sedarkah yang bila mati hanya kain putih sahaja menjadi pembalut jasad.

Apabila jasad sudah tidak bernyawa, pada masa itulah aurat sudah ditutup dengan sempurna.



Thursday, July 12, 2012

Rindu Nabi




Sahabat blogger ku yang baik, mari kita ikuti sirah Rasulluah SAW, Yang sangat rindukan umat nya yang hidup pada akhir zaman... 

 Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. 

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.

" Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat. "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi." "Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka." "Mungkin kami," celah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. " "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. 

 Begitulah nilaian Allah SWT. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.



"Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad"












Tuesday, July 10, 2012

Lu Tak Ikut Resmi Padi!

Apa itu Resmi Padi?




"MAKIN TUNDUK MAKIN BERISI"






Resmi padi ni kalau dikaitkan dengan sikap manusia bermakna seseorang itu semakin tinggi pangkat, darjat atau kekayaan makin ia merendah diri.

Kalau kita tengok pokok padi, makin banyak dan makin masak padinya, makin pokoknya menunduk.


Tapi, sekarang ni resmi padi ni manusia dah tak pakai lagi. Nak lagi bila dah kaya raya, ada jawatan, ada kedudukan yang tinggi. Dunia ni macam dia sorang saja yang punya.


Manusia macam ni berlambak kita jumpa.


Tapi lantak dia lah. Cuma gua nak pesan, harta, pangkat dan kedudukan lu sekarang ni hanyalah pinjaman sementara sahaja sebelum lu mati.


Bila lu dah mati semua itu dah tak berguna.


Jadi, kalau lu rasa lu dah BOS! ada lagi BOS lagi BESAR dari lu.


ALLAH S.W.T.








Tuesday, June 12, 2012

Khalifah Terhebat


Di zaman Saidina Umar Al-Khattab menjawat jawatan Khalifah, beliau berpidato, 

“Sesiapa di antara kalian yang melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka hendaklah kalian meluruskannya”. 

Mendengar hal ini, seorang Arab badwi dengan lantang menjerit,

“Demi Allah wahai Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!” 

Apakah tindakan Umar tatkala mendengar kenyataan sekeras ini? Khalifah yang hebat ini menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira, beliau menjawab, 

“Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya”. 

Demikianlah seorang pemimpin yang adil dan baik, yang menerima secara terbuka nasihat dari rakyatnya.


Sekarang ini sangat berbeza. Apa yang gua lihat. Apa yang gua dengar. Apa yang gua tahu. Apa yang terjadi disekeliling gua dan di dalam negara kita sekarang ini sangat benar benar dan sangat besar perbezaannya dengan zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

Pemimpin yang salah bukannya ditegur, malah dipertahankan. Jika ada yang menegur, akan dicop sebagai pembangkang atau penderhaka. Sebabnya?

Ajaran!

Ajaran yang mengajar manusia lebih takut kepada murka manusia daripada kemurkaan Allah SWT.

Kepada pemimpin atau pemerintah ingatlah.

"Kamu adalah pemimpin  / pemerintah, dan kamu akan ditanya satu persatu tentang keadilan kepimpinan mu dan rakyat yang kamu pimpin di akhirat kelak di mana tidak ada satu pun kesalahan dan kesilapan tidak akan terlepas. 

Dan di situ juga Para Hakim dan Peguam yang handal tidak dapat dibeli dengan wang ringgit lagi.


Lu nanti sendiri!









Monday, May 28, 2012

Apabila Kedudukan Lebih Penting Dari Agama




Ingatlah, jika balasan dunia belum tiba. Balasan di akhirat pasti menanti. Itu pasti!. Lu dah tak boleh lari.


Takbir!!


Allahu Akbar!




Thursday, April 19, 2012

Mengapa?

Gua lihat.


Dah banyak kali.


Lu selalu..


- Menegur dan mencari kesalahan orang yang menyampaikan ajaran agama Allah S.W.T dengan mempersendakan dan meragui cara penyampaian dan cara berdakwah mereka.

- Memperlekehkan orang yang memakai serban dan jubah sedangkan orang yang tidak menutup aurat lu tutup sebelah mata.





Tidakkah lu tahu?


Sekarang ini terdapat sedikit mereka yang mengajak kearah kebenaran daripada banyaknya mereka yang mengajak kearah kemungkaran.


Jangan disebabkan harta dunia, matlamat lu menghalalkan cara!



Tuesday, April 17, 2012

Doa Naik Kenderaan



Semoga perjalanan kita selamat & dilindungi oleh-Nya. Amin





Monday, April 16, 2012

Ketam Mengajar Anak Berjalan

Entah dimana silapnya.

Naik loya gua dengar. Nak termuntah pun ada.

"Konsert ini adalah salah satu gaya hidup sihat untuk menghindari anak muda kita dari pelbagai gejala yang tidak sihat seperti merempit dan melepak tidak tentu hala" kata seorang wartawan ketika membuat liputan di sebuah konsert yang dianjurkan sebuah stesyen tv tempatan.

Terbaik lu!

Nak mengajak anak muda membuat kebaikan bukanlah dengan mengajak mereka kearah hiburan yang melalaikan dan menyesatkan.

Cara yang betul adalah dengan mengajak mereka mengenal tuhan.

Bukannya songsang dilawan songsang.

Inilah hasil didikan setelah 55 tahun Tanah Melayu Merdeka.







Thursday, April 12, 2012

Hidup Hanya Sekali

Ya betul. Hidup hanyalah sekali. Oleh itu kita enjoyyyyyyy...


Enjoy Abah kau!!


Sebab hidup hanya sekali ni lah kita perlu berbuat kebaikan dan mencari keredhaan Allah dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang untuk mendapatkan pahala dan meninggalkan dosa.


Kerana.


Di akhirat kelak, hanya amalan baik sahaja yang dapat menolong dan membantu kita masuk syurga.


Ingat, sehari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia.


Kalau seribu tahun masuk neraka, bersamaan sejuta tahun di dunia. Cuba lu bayangkan..


Lu jangan sedap mulut, "takpe, orang islam walaupun banyak dosa tapi tetap masuk syurga jua"


"Masuk neraka jap, pastu masuk syurga"


Lu ingat neraka tu macam mana??


Masuk jap pastu keluar.


Lu tau azab dia macam mana??


Kalau setakat kena panas matahari pagi pon lu dah kecoh. Ini kan azab api neraka.


Lu tau kalau sebesar zarah api neraka jatuh atas bumi ni. Alamat hancur leburlah bumi ni.


Bayangkan kalau sekolam. Lu nak rasa??


Kalau lu nak rasa.


Lu enjoyyyyyyyyyyyy la...
















Monday, March 26, 2012

Biar Miskin Harta

kelantan miskin???

Kelantan Miskin
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang,
... ...
Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains,

Di negeri miskin itulah,
... Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba,

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa,

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama,

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari,

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah,

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kpd pemimpin dihentikan,

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pd bulan Ramadhan dipendekkan,

Di negeri miskin itulah,
Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami,

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan,

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan,

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan,

Di negeri miskin itulah,
Ramai org mengenal mula mengenal tuhan,

Di negeri miskin itulah lahirnya tokoh2 terkenal,

Di negeri saya dilahirkan dan dibesarkan.
ALLAHUAKBAR..im proud to be kelantanese!

Tuesday, December 27, 2011

Perjuangan




"Dalam perjuangan ini, idola kepada para pejuang ialah Rasulullah SAW. Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan seroang yang bersifat dengan sifat fatonah (cerdik), demikianlah kita sebagai seorang pejuang, perlu bersifat dengan fatonah. Fatonahnya kita ialah dengan mempelajari semula sejarah Rasulullah SAW dan melaksanakan dalam kehidupan kita pada hari ini..." - Petikan ucapan YAB Tuan Guru MB Kelantan di Majlis Pelancaran Pendaftaran 100 Ribu Ahli PAS di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 16 Disember 2011.


Gambar : YAB Tuan Guru membelek kitab-kitab lama di sebuah madrasah di Kg Teluk Kitang, Pengkalan Chepa.


Sumber : Facebook Tok Guru







Friday, December 9, 2011

Hukum Allah Lu Buat Main-Main

Hukum Hudud bukan mana-mana parti yang cipta, tapi ia hukum Allah. Kalau lu tak suka atau menyampah dengan mana-mana parti sekali pun, jangan sampai menghina dan mempertikaikan hukum Allah.





Lakonan bodoh lu buat gua mengucap panjang. Lu memang dasar Islam sekular. Yang perempuan tudung entah ke mana, yang tua kopiah atas kepala. Tapi hukum Allah lu hina. Akhirat kelak lu jadi putung kayu bakar api neraka.



Sementara pintu taubat masih terbuka, harap lu insaf serta merta.









Saturday, November 26, 2011

Salam Muharram 1433 - Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada Akhir waktu Asar petang ini 26 November 2011. Ini kerana di dalam Islam hari baru bermula selepas Maghrib dan bukannya pada pukul 12 tengah malam.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AKHIR TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata;

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



DOA AWAL TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.








Gua : Inilah cara menyambut tahun baru cara Islam, bukan dengan konsert atau nyanyian yang melalaikan. Bukan dengan bunga api atau 'count down' di Dataran Merdeka. Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara. Akhirat sana kekal selamanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...