Ya, bercakap mengenai sikap. Selepas diri kita adalah orang lain. Orang yang selain diri kita adalah orang lain bagi kita. Maksud yang sama bagi ayat sebelum itu. Kali ini gua nak bicarakan tentang sikap ambil tahu. Ambil tahu bukanlah beerti mengambil tahu hal orang lain ataupun 'jaga tepi kain orang' kerana tak semua orang memakai kain di zaman ini, ada yang berseluar jeans, ber'skirt' dan berjubah. Itu gua nak sedapkan ayat.
Ambil tahu.
Ok, kita mula. Ambil tahu adalah satu perkara yang sangat penting bagi kita dan anak cucu kita. Kalau kita buat tak tahu dan tak mahu ambil tahu akibat yang akan berlaku adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Contohnya, ambil tahu hal ekonomi, politik dan isu-isu semasa dalam dan luar negara. Kalau ada masa terluang di waktu kerja, cuba cubalah mula membaca blog, facebook atau forum yang membincangkan tentang perkembangan semasa. Janganlah masuk kerja dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang asyik melayan game 'FIFA Manager' sahaja. Balik rumah duk depan tv, layan buletin utama tv3 suku. Dengar dan telan bulat bulat berita fitnah atau propaganda yang direka reka oleh pihak yang cuba mempertahankan kesinambungan kuasa mereka demi kroni-kroni dan periuk nasi mereka. Bukan untuk rakyat.
Cuba jadi orang yang ambil tahu.
"Wei aku tak layan politik la wei..malas nak ambil tahu. Politic Sucks!!"
Itu kata kata orang yang tidak ambil tahu. Untuk itu disini gua jelaskan. Kita sebagai orang bumiputera atau orang Melayu khasnya, telah ketinggalan dari sudut ekonomi dari bangsa lain dinegara kita. Kita jauh ketinggalan daripada mereka dari segi pelajaran juga. Yang ada pada bangsa kita sekarang hanyalah kuasa politik sahaja. Itupun nasib baik kerana ianya tertulis didalam perlembagaan yang perdana menteri mestilah orang melayu. Kalau tak gua rasa dah lama bangsa kita kena halau dari bumi sendiri. Sebabnya mudah sahaja, TIDAK AMBIL TAHU!!. Kalau kita ambil tahu, kita akan nampak apa yang sebenarnya berlaku didalam dunia politik tanah air. Bangsa kita lemah disebabkan bangsa kita sendiri.
Bangsa kita lemah disebabkan bangsa kita sendiri.
Ya, itu satu. Satu masalah besar yang sudah agak lama. Ia menjadi barah kepada bangsa kita. Kenapa gua cakap macam tu? Gua bagi contoh mudah. Tahun ini kita sudah 55 tahun merdeka. Sejak itu kita sudah mempunyai enam (6) orang Perdana Menteri. Keenam-enam mereka semuanya adalah berbangsa Melayu! Tapi mengapa Melayu masih ditakuk lama. Tak maju! Memang gua akui Melayu ini bangsanya pemalas dan penuh hasad dengki. Itu satu hal. Hal yang lain adalah kerana pemimpin kita yang katanya sebagai pembela rakyat tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Contoh lain lagi.
Apa-apa projek kerajaan, syaratnya hanya kontraktor bumiputera sahaja yang boleh masuk. Perancangan yang baik untuk membantu bumiputera bersaing dengan bangsa lain. Tapi!, bila di peringkat pelaksanaanya berlaku sebaliknya. Untuk sesuatu projek, kontraktor bumiputera ini akan membida tender yang dikeluarkan dan kontraktor yang layak pada harga yang munasabah akan mendapat kontrak tersebut. Tetapi malang sekali, yang betul-betul layak dan yang betul-betul boleh buat kerja kecundang. Yang dapat adalah kroni atau anak beranak pemimpin berkaitan. Pendek kata, siapa ada 'kabel besar' dia yang dapat. Walaupun tiada kepandaian dalam kerja tersebut. Hanya pandai bercakap sahaja. Bila dapat projek dan tidak berkeupayaan melaksanakannya. Projek itu dijual kepada kontraktor bangsa asing pula. "Ali Baba". Ambil untung atas angin. Disebabkan mereka-mereka inilah kontraktor bumiputera yang layak akan lingkup satu demi satu. Mana tahan, projek besar selalu tak dapat, Paling besar hanya projek pasang longkang sahaja. Itulah nasib bangsa kita.
Yang lebih teruk.
"Saya telah meluluskan projek untuk syarikat anda, bahagian saya RM300K. Sila buat cek atas nama YB...."
Macamana kontraktor kita nak hidup. Belum untung dah kena pau. Sial lu YB!!
Berbalik kepada ambil tahu.
Gua cukup menyampah dengan orang yang bersikap.
"Lantaklah apa nak jadi, asalkan orang tak kacau aku, aku dapat makan, aku dapat shopping, aku boleh pergi mana aku suka. Kau sibuk sibuk ambil tahu pun apa yang kau dapat"
Orang macam ni, gua ibaratkan macam.
Lembu kenyang, duk diam diam buat tak tahu. Makan banyak banyak. Bila dah gemuk kena sembelih. Padan muka lu!!
Masa tu, jangan cakap gua tak pesan!!
Hai, gua lembu gemok, lu apa tengok tengok!!
No comments:
Post a Comment