"Kalau ada tanah jual lah, dapat dua ratus ribu, buat modal jual emas" gua masih ingat kata-kata Abang Mie walaupun dah hampir seminggu.
Abang Mie, kenalan rapat keluarga mertua gua. Kini memiliki kedai emas sendiri di bangunan PWTC. Walaupun secara kecil-kecilan tapi amat menguntungkan.
Lu dengar macam bodohkan bila orang jual tanah untuk beli emas. Bagi gua adalah lebih bodoh orang yang jual tanah untuk beli kereta. Kereta adalah aset yang mempunyai susutnilai. Manakala tanah dan emas adalah aset yang sentiasa meningkat nilainya.
Jual tanah beli emas. Ya, tanah juga mempunyai nilai pasaran yang sentiasa meningkat. Tetapi peningkatan terlalu perlahan dan amat sukar dicairkan jika lu memerlukan wang dengan segera. Kecuali lokasi tanah lu itu cukup strategik dan ditengah-tengah bandar dan menjadi rebutan ramai. Untuk mendapatkan wang, lu perlu mencagarkan tanah lu ke bank untuk mendapatkan pinjaman. Tapi hanya berapa peratus sahaja daripada nilai tanah lu yang bank luluskan untuk pinjaman.
Jual tanah beli emas. Ya kalau kena cara lu boleh jadi kaya raya. yang penting lu kena ada ilmu berkenaan jual beli emas dan sedikit ilmu mengenai ketulenan emas. Kalau kena cara, sebidang tanah yang lu jual tadi lu boleh beli balik dan mungkin bertambah berekar-ekar lagi.
Lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit. Duit nilainya mungkin jatuh. Jika nilainya jatuh bawaklah berguni-guni duit pun orang tak akan mahu. Tapi kalau emas, jual lah ke negara mana pun pasti ada orang yang mahu membelinya. Emas adalah logam yang sangat bernilai dari dahulu hingga kini dan disukai orang diserata dunia.
Contoh peniaga emas terbaik bagi gua, Pak cik gua. Jual sebijik permata, untung sepuluh ribu. Terus beli kambing sedekah sanak saudara makan. Baru rezeki berkat dan bertambah-tambah.

No comments:
Post a Comment