Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Wednesday, January 5, 2011

ADM = Alam dan Manusia

Gua masih ingat lagi masa gua baru darjah empat. Subjek ADM. Subjek yang gua paling suka. Subjek yang mengajar gua dan kawan kawan gua mengenali tentang manusia, haiwan dan tumbuhan. Cikgu ADM gua plak baik. Kalau tiap tiap hari belajar subjek ADM pun gua nak. Tapi sekarang ni subjek ni dah tak de lagi. Ganti ngan subjek Sains dan Kajian Tempatan kot. Serius gua rindu subjek ni.


Cite bergambar ni pon gua kaitkan ngan Subjek ADM sebab nak menunjukkan kat lu yang gua sayang subjek ni. Betul,gua tak tipu..




Menantang ni namanya ketam nipah. Bapak gua tangkap menatang ni kat sungai kat kampung gua. Orang kata Menatang ni kalau rebus dan dimakan boleh buat ubat demam denggi. Boleh jadi jugak.





Ini plak namanya Burung Gembala Kerbau. Berapa banyak kerbau beliau gembala pon gua tak tau, tapi dah namanya begitu. Burung ni gua tangkap sebab beliau datang umah gua dan terlalu jinak. Esoknya beliau didapati hilang dari bilik tahanan kemungkinan di culik atau meloloskan diri..tapi gua syak bapak gua yang lepaskan..hehe






Kalau tadi kita belajar tentang spesis fauna.Beliau ni dari spesis flora pula. Nama beliau kalau gua tak silap "bonsai cina". Bonsai ni milik pak cik gua. Ada dalam 30 pokok. Tapi malangnya semasa ketiadaan pak cik gua di rumah. Bonsai ni telah dicuri menggunakan lori..haha.Oleh yang demikian, pak cik gua telah merantai kesemua pokok bonsainya kerna semasa dicuri bonsai terbabit tidak menjerit meminta tolong.




Sekian pelajaran kita hari ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...