Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Friday, July 6, 2012

Oh Tidak!



Dari pagi sampai ke petang. 8 pagi - 5 petang. Masuk pagi balik petang. Esok, lusa, tulat, ulang..sampai seminggu. Minggu depan ulang langkah yang sama. Dari pagi sampai petang. 

Duduk diam diam. Keyboard tekan tekan. Di dalam bilik yang tertutup. Hanya lu lah manager itu. Tanpa berbicara, tanpa mencari ilmu, atau keadaan semasa yang berlaku. Itu tidak lu ambil tahu.

SubhanAllah.

Bangunlah dari keasyikkan lu itu. Cuba cari benda baru bagi lu. Sekurang kurangnya ia satu ilmu. Dari mengadap benda yang tak tentu.

Gua bukan nak jaga tepi kain lu.

Cuma sekadar beritahu, sebagai sahabat yang paling dekat dengan lu.










Thursday, July 5, 2012

Audit Assessment Centre





Minggu lepas gua kena panggil untuk menghadiri Audit Assessment Centre (AAC) untuk jawatan Juruaudit W41 di jabatan Audit Negara setelah melepasi ujian bertulis dua bulan lepas. gua diminta melaporkan diri di INTAN Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu. AAC atau PAC ni mengambil masa selama dua hari satu malam sahaja. Penginapan dan makan minum disediakan pihak INTIM.

Gua adalah batch pertama yang dipanggil untuk AAC yang baru pertama kali diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara untuk pengambilan Juruaudit W41. Kalau dulu, hanya jawatan PTD sahaja yang ada PAC. Tetapi kini boleh dikatakan semua pengambilan baru bagi gred 41 diadakan PAC. Tujuannya adalah untuk membuat tapisan yang mendalam bagi memilih calon yang betul-betul berkualiti daripada ribuan pemohon sebelum ke peringkat temuduga.

Aktiviti selama dua hari ni boleh dikatakan agak mencabar dan memerlukan kemahiran bercakap dan berfikir secara spontan atau communication skills yang baik. Kemahiran berbahasa Inggeris juga penting kerana terdapat dua aktiviti berbahasa inggeris iaitu group discussion - case study dan public speaking. Dua aktiviti lagi adalah dalam bahasa melayu. dan satu aktiviti senam robik.

Semasa seisi pendaftaran, gua telah menjalani satu ujian psikologi secara bertulis dan satu ujian air kencing ataupun urine test yang dijalankan oleh pihak AADK bagi memastikan calon calon bebas daripada sebarang jenis dadah.

Gua ada nak bagi tips sikit jika lu pun berjaya menghadiri PAC ini. Untuk public speaking sebaik baiknya lu cari atau sediakan lebih awal skrip atau teks untuk public speaking kerana apabila lu diberi tajuk, lu sudah ada apa yang perlu disampaikan. Tajuk-tajuk yang biasa untuk public speaking ni adalah sport, fraud, health, integrity, education..lebih kurang macam tu. Ada dua tiga tajuk lagi gua tak berapa ingat.

Jadi kalau lu terpilih, buat persiapan awal, banyakkan membaca akhbar berbahasa inggeris dan jangan malu untuk bercakap.

Gua doakan kita semua berjaya. Amin. InsyaAllah.


Ni motto Jabatan Audit Negara.

"Auditan Berkualiti Pasti Meningkat Akauntabiliti"




Ayat omputih gua "sharing is caring".

Tuesday, June 12, 2012

Khalifah Terhebat


Di zaman Saidina Umar Al-Khattab menjawat jawatan Khalifah, beliau berpidato, 

“Sesiapa di antara kalian yang melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka hendaklah kalian meluruskannya”. 

Mendengar hal ini, seorang Arab badwi dengan lantang menjerit,

“Demi Allah wahai Umar! Jika kami dapati kamu melakukan penyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!” 

Apakah tindakan Umar tatkala mendengar kenyataan sekeras ini? Khalifah yang hebat ini menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira, beliau menjawab, 

“Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan dari kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya”. 

Demikianlah seorang pemimpin yang adil dan baik, yang menerima secara terbuka nasihat dari rakyatnya.


Sekarang ini sangat berbeza. Apa yang gua lihat. Apa yang gua dengar. Apa yang gua tahu. Apa yang terjadi disekeliling gua dan di dalam negara kita sekarang ini sangat benar benar dan sangat besar perbezaannya dengan zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab.

Pemimpin yang salah bukannya ditegur, malah dipertahankan. Jika ada yang menegur, akan dicop sebagai pembangkang atau penderhaka. Sebabnya?

Ajaran!

Ajaran yang mengajar manusia lebih takut kepada murka manusia daripada kemurkaan Allah SWT.

Kepada pemimpin atau pemerintah ingatlah.

"Kamu adalah pemimpin  / pemerintah, dan kamu akan ditanya satu persatu tentang keadilan kepimpinan mu dan rakyat yang kamu pimpin di akhirat kelak di mana tidak ada satu pun kesalahan dan kesilapan tidak akan terlepas. 

Dan di situ juga Para Hakim dan Peguam yang handal tidak dapat dibeli dengan wang ringgit lagi.


Lu nanti sendiri!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...