Klik yea sayang!!

Lu Yang Sayang Gua

Wednesday, August 11, 2010

FADHILAT TARAWIH


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Monday, July 19, 2010

C I C A K


Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki Cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara Cicak melarikan diri. (Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Hebat Sungguh Encik Cicak Ini
Inilah Tanda Kekuasaan Allah SWT
Menciptakan Makhluk Pelbagai Rupa & Saiz
Allahuakhbar!!

Encik Cicak Ni Keje Beliau Makan Serangga Yang Terbang Kat Rumah Kita
Tempat Tinggal Beliau Pula Kat Atas Siling Rumah, Belakang Frame Gambar,
Dalam Almari, Bawah Katil & Lain2 Tempat Yang Beliau Fikir Selesa & Selamat
Encik Cicak Pun Dah Femes Skang Ni, Siap Ada Pilem 'Cicak Man' Lagi

Walaupun Encik Cicak Ni Femes Tapi aku Tak Meminati Beliau
Haha..
Malah Aku Benci & Geram Kat Encik Cicak
Mana Taknya, Beliau Suka Melepas Merata-Rata
Atas Lantai, Atas Tingkap, Atas Meja & Mana2 Tempat Beliau Suka
Rasa Tak Tahan Je Terus Melepas, Silap2 Atas Kepala Kita Pun Kena
Beliau Peduli Apa..

Paling Tak Syok
Bila Baru Pas Amik Wudhu'
Tiba2 Terpijak Bom Encik Cicak
Abis Batal Air Semayang Den
"Celaka Itu Encik Cicak"
kata Pak Mat Tempe Bila Terpijak Taik Cicak Kat Masjid

Kadang2 Bila Kita Nak Tido Je
Encik Cicak Ni Suka Menyanyi
Cukkk..cukkk..cakkk
Bersahutan Sana Sini
Kacau Mood Tido Betul

Orang Cakap Kalau bunuh Encik Cicak Ni Dapat Pahala
Betul Dak?
Sebab Ada Kisah Nabi SAW Dengan Cicak
Masa Nabi SAW Sembunyi Kat Gua Dari Orang Kafir
Cicak Ni La Yang Bagitau Orang Kafir Ada Orang Kat Dalam Gua Tu
Nasib Baik Ada Labah Yang Cepat Buat Sarang Kat Pintu Gua Tu..

Sebab Dah Tak Tahan Ngan Perangai buruk Encik Cicak
Harini Aku Nekad Nak Bunuh Beliau
Saya Nak Racun Beliau
Haha..Kejam Tak??


Nah Inilah Racunnya..
RM2 Sebotol
Aku Beli Kat Pasar Tani
Orang Yang Jual Tu Cakap Sapu Je Atas Tingkap
Kat Lampu, Kompem Encik Cicak Makan
Sebab Benda ni Bau Dia Sedap
Pas Makan Terus Mati
Menarik..
Malam Ni Aku Nak Jamu Encik Cicak
Sok Pagi Tahulah Hasilnya..
Bye2 Encik Cicak..

Bila Hati Sudah Busuk!!

Bila Hati Sudah Busuk!!
Maka Rosaklah Segala Perbuatan, Percakapan & Kelakuan Kita
Benda Haram Jadi Halal
Jaga Tepi Kain Orang Perkara Biasa
Mulut Dibasahi Umpat & Keji Bukan Zikir & Puji Pada Ilahi

Bila Hati Sudah Busuk!!
Hasad Dengki Berapi-api
TengokOrang Lain Senang
Diri Tak Sedap Duduk
Ibarat Ada Unggun Api dibawah Punggung

Bila Hati Sudah Busuk!!
Amanah Orang Dikhianati
Dendam Mendendam Dah Jadi Sebati
Musuh Dicari Setiap Hari
Kawan Baik Ditipu Sekali


Bila Hati Sudah Busuk!!
Diri Sendiri Saja Betul
Orang Lain Semua Salah
Dengan Orang Tak Mahu Kalah
Selalu Menegak Benang yang Basah






Bila Hati Sudah Busuk!!
Atas Dunia Semua Orang Benci
Hidup Pun Tuhan Tak Berkati
Tu Belum Cite Bab Mati
Kubur Berasap Berhari-hari







Monday, July 12, 2010

Nisfu Syaaban

Sempena Malam Nisfu Syaaban Ni Pakat2 Kita Tambah Amal Ibadat Kita.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Apabila telah selesai solat maghrib kata
Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca "Yasin"
dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah,
kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan
diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya,
kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin
serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan
doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang
boleh)
Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
Membaca al-Quran.
Membaca Tasbih. (seratus kali)
Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).
Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha,
Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat
Hajat ditengah malam sebaik- baiknya memohon hajat sesuatu). Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan
jangan sekali- kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana
dalam menangguh- nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.
Sabda Rasulullah S.A.W. :-
"Rebutlah peluang lima sebelum lima :

Masa muda
sebelum tiba masa tua.
Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
Masa hidup sebelum tiba mati."


Sabdanya lagi :-
"Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan
adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan
memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya."

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang
masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal
sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang
banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat,
yang
akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan
Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.

p/s: Dipetik dari galeriilmu.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...